0

Lady Gaga memakai pakaian daging di MTV VMA music awards

0

Kes Cerai Zakiah Anas: Jawatan Kuasa Pendamai Diberi 3 Bulan


PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, memberikan tempoh tiga bulan kepada Jawatan Kuasa Pendamai yang dilantik dalam kes perceraian personaliti TV3, Zakiah Anas (gambar) dan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taid untuk meneruskan perbincangan.
Hakim Syarie Ghazali Ahmad memutuskan untuk memberikan tempoh masa baru itu memandangkan beliau tidak berpuas hati dengan laporan pelaksanaan seperti yang telah dibuat oleh jawatan kuasa terbabit sebelum ini.

Ini kerana, perbincangan yang diadakan sebanyak dua kali, iaitu pada 6 ogos dan 23 Oktober lalu tidak dihadiri oleh wakil plaintif, iaitu Zakiah, 43, yang melantik anak saudaranya, Affendi Yusoff.
Mohamad Yusof, 48, diwakili oleh Md Hairi Md Salleh dalam jawatan kuasa tersebut yang dipengerusikan oleh pegawai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Mahkamah telah memberikan masa selama tiga bulan, bagaimanapun masa itu terbuang begitu sahaja dengan kedua—dua pihak tidak bekerjasama untuk melaksanakan jawatan kuasa yang dilantik.
“Sebelum ini, wakil yang dilantik telah menyatakan kesanggupan untuk menjadi wakil, tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku.
"Oleh demikian, saya beri tempoh masa lagi untuk kedua-dua pihak meneruskan proses tersebut,” kata Ghazali.
Sehubungan itu, Ghazali menetapkan kes itu ditangguhkan kepada 9 Februari depan untuk mendengar laporan penuh jawatan kuasa terbabit.
Pada prosiding itu, Zakiah yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan 999 hadir dengan peguam syarienya, Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof yang dinamakan sebagai defendan tidak diwakili peguam.

Zakiah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga sejak 17 tahun yang lalu dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Aiman Muzammil, 16, dan Amir Muzhaffar, 14.
0

Yuna Menang Besar...

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau Yuna (gambar) meraih pemenang keseluruhan apabila membawa pulang tiga anugerah Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.
Tiga anugerah tersebut ialah Popstar Award, Break Out Award dan Ultimate Shout! Award di mana saingan terdiri daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi.
Manakala, Kumpulan Bunkface turut mencuri perhatian apabila mengulangi kemennagan tahun lalu dalam Roctstar Award, selain muzik video terbaik dalam Music Vidoe Award pada malam anugerah tersebut.
Selain itu, kemenangan Zizan Raja Lawak sebagai personliti TV kegemaran ramai dalam Favourite TV Personality Award tidak dijangka kerana dapat menewaskan pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi.
Turut menerima anugerah adalah Faizal Tahir melalui vokal terbaik dalam Power Vokal Award yang pernah dimenangi oleh Jaclyn Victor tahun lalu.
Anugerah penyanyi Hip Hop dan R&B terbaik atau Flava Award pula diraih oleh penyanyi wanita yang sedang meningkat naik iaitu Mizz Nina menggantikan Joe Flizzow pada Shout! Award 2009.
Dalam pada itu, Hot Chick Award dan Hot Guy Award juga dimenangi oleh pelakon jelita Scha Al-Yahya dan pengacara The Quickie 8TV, Henry Golding menerima anugerah tersebut.
Berikut adalah senarai pemenang malam kemuncak Shout! Award 2010:
Rockstar Award (Rock Award) - Bunkface
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
Popstar Award (Pop Award) - Yuna
Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) - Faizal Tahir
Fresh TV Series Award - Nur Kasih (Filmscape)
Favourite TV Program (Non Drama) - Showdown 2010
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) - Mizz Nina
Hot Guy Award - Henry Golding
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
Favourite Radio Show - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)
Best On-Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artist Of The Year - 6ixth Sense (Tanpa)
Break Out Award (Best New Act) - Yuna
Ultimate Shout! Award - Yuna