Wednesday 12 October 2011

Pian Cecupak Syok Sendiri!!

Petikan kenyataan Pian sebelum ini:

Pian ketika ditemui di Balai Berita, di sini semalam
12 Oktober 2011, berkata dia gembira kerana menjalinkan hubungan cinta bersama model sambilan, Aida Hazira Adi Razman, 21, dari Sungai Petani, Kedah dan merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh oleh Allah.

“Hubungan cinta kami terjalin secara serius sejak seminggu lalu dan kini merancang mendirikan rumah tangga bersama malah keluarganya ada memberitahu akan menerima saya seadanya jika ditemukan jodoh,” katanya.


KUALA LUMPUR: “Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin.
“Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan,” kata model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman, 23.



Aida Hazira membidas kenyataan yang dikeluarkan pelakon yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41 atau Pian Cecupak kononnya mereka merancang untuk berkahwin.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan Pian memberitahu media dia sudah berubah sepenuhnya dan kini merancang untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman yang juga seorang model sambilan, Aida Hazira dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh.

Aida ketika ditemui di Ampang Park, di sini, semalam melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon terbabit dan menafikan sekeras-kerasnya dia pernah merancang untuk berkahwin dengan selebriti itu.

“Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu,” katanya.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...