Friday 11 November 2011

Dira Abu Zahar (Pengacara Melodi) Selamat Diijab Kabulkan



KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2011: Selepas tiga kali lafaz, akhirnya pasangan yang memilih tarikh 11 November 2011 (11.11.11) Dira Abu Zahar,27, telah selamat diijab kabulkan bersama pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 33, sekitar jam 4 petang tadi.
Pasangan tersebut selamat dinikahkan oleh Imam 1 Masjid Kampung Merlimau, Hj Md Yamin Long di kediaman keluarga pengantin perempuan yang terletak di Kampung Merlimau, Melaka.
Dira yang juga Hos Melodi itu kemudian menerima sebentuk cincin bertahtakan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Helmi bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.
Selain sebentuk cincin, Helmi yang juga bekas tunang kepada pelakon Nasha Aziz itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM7777 serta wang hantaran sejumlah RM17171.17
Mempelai yang mengenakan busana rona putih bersih rekaan Hanizam Yusof serta kemasan labuci keemasan oleh Lynda Rahim itu juga turut berbalas hantaran sembilan dulang dari Dira dan 11 dulang dari Helmi.
Antara hantaran yang diterima Dira adalah seperti Ipad 2, telekung, tas tangan, topi keledar, wangian dan beberapa manisan. Manakala, Helmi pula menerima hantaran berupa jam tangan, wangian, MacBook Air, kek serta manisan.








Dira bersyukur, kerana semuanya berjalan dengan lancar dan mengharapkan agar perkahwinan kali keduanya itu akan menjadi satu ikatan yang lebih matang dan kekal hingga akhir hayat.
"Alhamdulilah, saya sangat gembira apabila semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas doa secara langsung dan tidak langsung yang telah diberikan kepada saya. Terutama sekali sokongan dari keluarga saya.
"Saya harap peluang kedua yang diberikan ini dapat saya tempuhi dengan dengan lancar hingga ke akhirnya. Apa yang penting saya mengharapkan hubungan suami isteri yang lebih matang dalam melayari bahtera perkahwinan," luahnya tanda syukur.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 15 Februari lalu di kediaman keluarga Dira di Merlimau Melaka.
Dira dan Helmi bakal melangsungkan resepsi perkahwinanya di Lanai Matic, Jalan Ampang pada 13 November ini.
Dira sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas suaminya Ash atau Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd dan telah dikurniakan seorang anak bernama Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah, 3.
Oleh: Syafiqah Jalal

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...