Tuesday 4 August 2009

Saif rela cium Shahrukh


SAIF ALI KHAN (atas) dan SHAH RUKHKHAN


Bintang Bollywood tersohor, Saif Ali Khan menolak tawaran berlakon filem Dostana bukan kerana filem itu mengandungi elemen gay, tetapi kerana pasangan pelakon suami isteri Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai.

Menurut Saif, ketika dia ditawarkan berlakon filem itu, Abhishek dan Aishwarya juga meraih tawaran yang sama. Sebelum ini, ramai yang menyangka Saif enggan berlakon dalam Dostana kerana isu gay dalam filem itu, tetapi katanya, "Saya tak takut berlakon watak gay. Saya ingat Abhishek dan Aishwarya akan turut berlakon dalam Dostana, jadi saya fikir adakah saya perlu untuk turut berlakon dalam filem itu?" ujarnya ketika muncul dalam program TV, To Catch A Star.

Dostana yang akhir membariskan pelakon terdiri daripada Abhishek, John Abraham dan Priyanka Chopra yang memerlukan Abhishek dan John melakonkan karakter berciri gay.

"Elemen gay dalam Dostana tidak menakutkan. Kenyataannya saya tidak fikir mereka (Abhishek dan John) benar-benar bercium.Kalau sayalah yang berlakon filem itu, saya akan benar-benar bercium," ujarnya.

Apabila diajukan persoalan adakah dia akan tetap melakonkan adegan cium jika dia dan Shahrukh Khan yang berlakon dalam Dostana, jawab Saif: "Ya, kalau Shahrukh yang berlakon, saya akan cium dia!"

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...