Monday 4 March 2013

Radhi OAG Masih Belum Pulih Daripada Dadah?

Radhi OAG

Agak lama juga kita tidak dengar perkembangan terbaru Radhi OAG bukan? Terbaru sewaktu bertemu di majlis penganugerahan Festival Filem Malaysia (FFM25), lensa kamera OHBULAN! telah sempat merakamkan foto Radhi OAG bersama pasangannya yang dikenali sebagai Nur Shahira Ayu Zahiri, 19.
Ketika dihampiri dan diajukan soalan bilakah agaknya hubungan Radhi dan Ayu akan menuju ke peringkat yang lebih serius? Dengan tergelak Radhi menjawab, “Buat masa ini tak ada perancangan yang khusus. Untuk tarikh dan sebagainya saya serahkan pada ketentuan Tuhan sahaja.
“Saya pun baru bebas dari Rumah Pengasih, jadi kalau boleh biarlah saya bersih dan pulih sepenuhnya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Bagi saya pemulihan lagi penting daripada perkahwinan, jadi biarlah saya betu-betul bebas dahulu.”
Berkongsi lebih lanjut mengenai hubungan kedua-dua pasangan ini, Radhi akui keluarga Ayu sudah mengenalinya dan menganggap perbezaan umur bukan penghalang untuk mereka saling mencintai antara satu sama lain.
“Keluarga memang dah kenal. Walaupun saya 15 tahun lebih tua daripada dia (Ayu), ia bukanlah penghalang untuk kami meneruskan perhubungan ini.
“Kami dah kenal hampir 4 tahun dan kalau nak tahu dia adalah sumber insipirasi saya dalam menghasilkan karya-karya yang akan datang. Memandangkan dia masih muda, jadi muzik-muzik yang dia minat dengan saya adalah berbeza. Oleh itu kami selalu bertukar-tukar muzik biar apa yang dia minat, saya pun boleh layan dan begitulah sebaliknya.”
Di sini kami paparkan beberapa foto Radhi bersama pasangannya untuk tatapan anda semua.
source: ohbulan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...