0

Saif rela cium Shahrukh


SAIF ALI KHAN (atas) dan SHAH RUKHKHAN


Bintang Bollywood tersohor, Saif Ali Khan menolak tawaran berlakon filem Dostana bukan kerana filem itu mengandungi elemen gay, tetapi kerana pasangan pelakon suami isteri Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai.

Menurut Saif, ketika dia ditawarkan berlakon filem itu, Abhishek dan Aishwarya juga meraih tawaran yang sama. Sebelum ini, ramai yang menyangka Saif enggan berlakon dalam Dostana kerana isu gay dalam filem itu, tetapi katanya, "Saya tak takut berlakon watak gay. Saya ingat Abhishek dan Aishwarya akan turut berlakon dalam Dostana, jadi saya fikir adakah saya perlu untuk turut berlakon dalam filem itu?" ujarnya ketika muncul dalam program TV, To Catch A Star.

Dostana yang akhir membariskan pelakon terdiri daripada Abhishek, John Abraham dan Priyanka Chopra yang memerlukan Abhishek dan John melakonkan karakter berciri gay.

"Elemen gay dalam Dostana tidak menakutkan. Kenyataannya saya tidak fikir mereka (Abhishek dan John) benar-benar bercium.Kalau sayalah yang berlakon filem itu, saya akan benar-benar bercium," ujarnya.

Apabila diajukan persoalan adakah dia akan tetap melakonkan adegan cium jika dia dan Shahrukh Khan yang berlakon dalam Dostana, jawab Saif: "Ya, kalau Shahrukh yang berlakon, saya akan cium dia!"

0

Hairi juara sulung Anak Wayang



Program realiti pencarian bakat lakonan, Anak Wayang melabuhkan tirainya apabila berjaya menobatkan Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, sebagai juara sulung rancangan tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam kelmarin. Pengumuman itu dibuat pasangan pengacara Rusdi Ramli dan Fazura.

Hairi, penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Kuala Lumpur, mengatasi saingan penuntut Universiti Multimedia, Hafiz Halim, 21, dengan peratusan undi SMS yang dikumpul sebanyak 58 peratus.

"Saya rasa bersyukur sangat kerana menjadi juara sulung rancangan ini. Tahniah juga kepada Hafiz kerana beliau pesaing yang hebat kerana mempunyai kelebihan memori yang kuat. Kami selalu berkongsi idea untuk memantapkan bakat lakonan masing-masing. Terima kasih pada tenaga pengajar dan semua krew penerbitan Anak Wayang,” kata-kata yang terbit dari mulut anak jati Kedah itu selepas diumumkan sebagai juara.

Persembahan akhir Pentas Anak Wayang dimulakan dengan persembahan bertenaga penyanyi wanita popular tanah air, Ning Baizura menerusi lagu Drama. Kemudian, gimik pengacara rancangan tersebut, Rusdi Ramli yang tampil menyanyikan lagu Kasih Tercipta begitu mengagumkan apabila berjaya mencuri tumpuan setiap tetamu yang hadir pada malam tersebut. Lagu yang dipopularkan oleh Faizal Tahir itu berjaya disampaikan bak penyanyi profesional oleh Rusdi yang sebelum ini ditempelak hebat sepanjang mengacarakan Pentas Anak Wayang.

Kedua-dua peserta menyempurnakan tiga tugasan yang diberikan dengan cemerlang sehingga menarik perhatian ketiga-tiga juri profesional pada malam tersebut iaitu, Rashid Sibir, Nasha Aziz dan Erra Fazira yang diundang sebagai juri jemputan.

Selain itu, Farhan, Ella, Stacy dan Muslee Ramlee turut diundang untuk memeriahkan majlis dengan beberapa persembahan yang menarik. Pentas akhir Anak Wayang tersebut dipancarkan secara langsung menerusi Astro Ria selama tiga jam bermula jam 10 malam.

Selaku juara Hairi membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi, kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, berpeluang berlakon menerusi 60 episod drama di Astro Prima, selain menerima dua tiket penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat, kamera Canon dan rawatan kecantikan di Aster Spring selama setahun manakala Hafiz menerima RM5,000, trofi, televisyen LCD dan kamera Canon.
0

Noniswara dan Dato' Rosman selamat diijiabkabul

Tanggal 31 Julai 2009 menjadi detik bersejarah bagi dramatis, Noniswara Baharudin apabila selamat diijabkabulkan bersama pilihan hati, Dato' Rosman Ridzwan.

Majlis serba ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas waktu Isyak disaksikan keluarga dan rakan terdekat. Dengan sekali lafaz, Nonis sah menjadi milik Dato' Ridzwan.

Mas kahwin sebanyak RM317.00 diberikan sempena tarikh pernikahan. Pernikahan ini menyaksikan sembilan dulang hantaran diberikan sebelah perempuan dengan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki. Walau bagaimanapun, hantaran dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Pertemuan di Kota London tiga tahun lepas membibitkan debaran di hati namun dibiarkan berlalu begitu sahaja. Segalanya bermula hanya selepas pertemuan secara tidak sengaja membuatkan hati ingin mengenali dengan lebih rapat.


"Kami bertemu lagi secara tidak sengaja apabila menghadiri majlis yang sama di mana Nonis membuat persembahan di situ. Kalau tak silap pertemuan yang tak sengaja kali keempat" ujar Nonis mengimbas kembali detik perkenalannya dengan suami.

Percintaan selama setahun membuatkan hati Dato' Rosman terpaut menyunting Nonis menjadi suri dalam hidupnya.

Walaupun berlaku kejadian tidak diingini sejurus selepas pernikahan selesai, namun Nonis menganggap semuanya ketentuan Ilahi. Apa yang penting semuanya selamat dan mungkin ada hikmah disebaliknya.

0

Sah Fasha Sandha Rampas Suami Nora Danish!

image image

KUALA LUMPUR : Nampaknya sudah terang lagi bersuluh hubungan aktres dengan bekas suami pelakon comel sememangnya wujud. Kalau Cik Normah tak sebut pun mesti anda semua dapat agak kan? Buat apa nak nafikan lagi kalau memang sah kamu berdua memang menjalinkan cinta dan khabarnya akan menamatkan zaman bujang solo.

image

Kadang2 Cik Normah kasihan melihat nasib aktres ini yang semakin kurang publisiti tetapi adakalanya naik geram juga apabila dia tidak pernah serik dengan sikapnya. Ingat nak insaf lagi menjadi-jadi adalah! Nampaknya apa yang terjadi kepada dirinya tidak langsung memberi keinsafan,malah sikap plastiknya tetap terserlah. Cik Normah yakin ramai sudah mula naik meluat dengannya. Satu sumber memberitahu Cik Normah, aktres ini sudah mula menetap disebuah kediaman milik kekasihnya ini. Ia sebagai bukti untuk mengumumkan perhubungan mereka berdua memang bukan lagi rahsia.

image

Memang tidak rahsia lagi pun sebab semua orang dah tahu perhubungan plastik dia orang tu. Buat aktres itu cik normah kurang pasti apa akan jadi pada masa depannya didalam bidang lakonan, renungkanlah seketika kehidupan ini dengan bermuhasabah diri. Kecantikkan yang ada hanya bersifat sementara dan kalau hati sudah hitam, cantik sekalipun orang sudah tidak hairan. Ingat hari ini mungkin hari ko pashamon, esok lusa kalau tuhan nak tunjuk dengan 'bayaran tunai' akan terima padahnya sebab ko suka rampas laki orang! Hidup ini ibarat putaran roda, sekejap diatas sekejap lagi ngam pasti kat bawah terus!....