0

Gaya seorang putera raja yang kaya di dunia PUTERA AZIM HASSANAL BOLKIAH

Gaya seorang putera raja yang kaya di dunia.



PUTERA Azim Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, anak kedua Sultan Brunei berusia 25 tahun menghabiskan masanya dengan tunang tersayang. Kehidupan anak bilionair, bak kata 'hidup di dalam syurga'. Apa yang diingini mampu diperoleh dalam sekejap sahaja. Putera Azim bukan hanya tidur bangun sahaja, malah menghabiskan harta apanya yang tidak ternilai banyaknya. Itu pun belum boleh dihabiskan selagi minyak di Brunei kering.

Pada setiap hari, Putera Azim meluangkan masa bersama beberapa orang sahabat karib di studio rakaman. Apabila Putera Azim berada di studio berkenaan, orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali dengan izinnya. Putera Azim bercita-cita menjadi seorang penulis lirik lagu yang terkenal di dunia pada satu hari nanti. Beliau tidak perlu bimbang dengan masa depannya sebagai seorang artis memandangkan Putera Azim seorang anak jutawan tersohor di dunia.

Beliau boleh membeli dan menjual album berkenaan sekiranya mahu. Bukan untuk mengejar kekayaan, sebaliknya memenuhi masa hidupnya di mana kekayaannya tidak mampu dihabiskan sampai beberapa generasi.


Untuk menunjukkan rasa sayang kepada tunangnya, Putera Azim telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian yang dinamakan Furby. Belian berkenaan yang dilitupi dengan 'permata sehalus rambut' dan di dalam permata berkenaan terdapat bayangan beberapa orang penari yang bernilai Paun sterling 3 juta.

Maklumlah anak kesayangan Sultan Brunei, apa yang diminta semuanya diperoleh. Orang Barat kata, wang adalah Tuhan. Hendak apa kita boleh dapat dengan wang. Bagi orang Melayu, sekiranya ada wang semua pekerjaan boleh jalan. Kata Putera Azim, dengan menghadiahkan cincin permata berkenaan, diharapkan hubungan mereka akan bertambah mesra.

Sehingga kini, Putera Azim akan mewarisi kekayaan daripada hasil minyak bernilai Pound Sterling 25 billion pada setiap tahun. Bayangkan, bolehkah Putera Azim menghabiskan wang berkenaan pada setiap tahun!!!

Selain itu, Putera Azim menghabiskan masa dengan tunangnya di Mahiki, iaitu 'medan selera' yang dihuni oleh anak-anak orang kenamaan dan dihiburkan oleh artis terkenal yang kerap kali ke udara di dalam MTV. Bak kata, apa yang dilihatnya itulah yang mahu disentuhnya.

Putera Azim kerap kali berjumpa dengan superstar dari Barat dan mengambil foto bersama-sama dengan selebriti berkenaan. Beliau pernah menjemput selebriti tersohor datang ke rumahnya di Kensington. Antara selebriti berkenaan ialah pelakon utama dalam filem Titanic iaitu Leonardo DiCaprio. Dua tahun lepas, Putera Azam bertemu dengan pelakon Harry Portel dan sempat makan bersama-sama sambil bertanyakan perkembangan terkini dunia hiburan.

Sebenarnya ayahnya, Sultan Brunei mempunyai beberapa buah hotel antaranya Beverly Hills Hotel di Bandar Los Angeles dan Plaza Athenee di Kota Paris. Di hotel berkenaan terdapat beberapa padang golf dan turut melakukan aktiviti seperti lumba kuda.



Putera Azim pernah beberapa kali berjumpa dengan Putera Charles William (Britain) dan bermain golf bersama-sama. Kedua-dua anak raja ini begitu akrab sekali seakan-akan mempunyai hubungan kekeluargaan.

Putera Azim meminati muzik dan sering kali menjemput selebriti seperti Mariah Carey dengan jet peribadi ke kediamannya. Beliau sanggup membayar Paund Sterling tiga juta untuk sekali persembahan sahaja daripada penyanyi terkenal iaitu Mariah Carey. Beliau juga memberi kalungan berupa biji berlian dan cincin permata kepada penyanyi berkenaan atas sumbangannya menghiburkan hati anak raja ini.


Boleh dikatakan kehidupan Putera Azim banyak dihabiskan dengan menghibur diri sendiri. Pada tahun 2004 yang lalu misalnya, beliau telah menjemput Diana Ross untuk menghiburkan hatinya. Diana Ross menyanyi di hadapannya yang turut disertai menjemput kumpulan orkestra yang tersohor dari Britain dan Putera Azin pernah beberapa kali menyanyi dengan Diana Ross.

Pada tahun yang sama, Putera Azim memanggil Micheal Jacson menyanyi di kediamannya dan perkara ini telah menjadi berita sensasi di Barat dan Eropah. Putera Azim juga memberi cincin yang bernilai Paun Sterling 300,000 kepada Micheal Jacson. Persembahan oleh Micheal jackson telah disaksikan oleh Putera Azim dengan tunangnya. Begitu hebat sekali kehidupan anak seorang jutawan dunia.

Putera Azim juga pernah mengadakan pertandingan Fasion For Relief yang diuruskan oleh Naomi Campbell yang bertujuan untuk mengutip derma mengumpul wang bagi membantu mangsa banjir di Amerika. Pada majlis berkenaan, Putera Azim telah menjemput Madonna untuk membaca sebuah lirik kepadanya sahaja sebelum mengambil gambar bersama-sama selebriti berkenaan.

Putera Azim juga gemar menghabiskan masa beristirahat di Barat Laut Kalimantan, Brunei. Berkelulusan dari Universiti Singapura dan Oxford Brookes, kehidupannya banyak dihabiskan dengan menikmati keindahan alam semula jadi selain berdampingan dengan selebriti yang terkenal di dunia.




Mak Tiri Muda Putera Azim yang merupakan pengacara dan wartawan TV3. Diiringi oleh pengawal keselamatan dan jururawat persendirian.

Isteri-isteri Muda Sultan Brunei. Banyak sangat sehingga hendak simpan di bahagian stok pun sudah tidak muat. Yang diiktiraf hanya pengacara TV3 sahaja. Yang lain-lain buat bekalan stok sahaja. Hebat kalau jadi orang kaya. Miliki isteri-isteri macam pelihara anak ayam. Bayangkan seorang isteri diberi puluh-puluh juta, 10 generasipun tak habis makan dan pakai oleh keturunannya.




Siapa hormat siapa? Putera Azim dihormati oleh Canselor yang memberinya ijazah bukan sebaliknya.
0

Waheeda-Akhill lebih tenang



MENEMPUH pelbagai cabaran dan kontroversi sebelum bergelar suami isteri kini Akhil Abdul Hai atau Akhil Hayy, 40, dan Norwahida Abdul Wahab (Waheeda), 31, menjalani kehidupan rumah tangga yang rukun dan damai.
Apatah lagi selepas bernikah pada 21 Ogos lalu, Waheeda yang sebelum ini bergiat cergas dalam dunia seni mengambil keputusan bersara demi memberi perhatian kepada rumah tangga dan dua anak tirinya, Siti Nur Maisara, 13 dan Mohd Sharif Hidayatulla, 12.

Selepas lebih dua bulan melayari bahtera rumah tangga, Sabtu lalu, mereka mengadakan majlis kenduri meraikan keluarga, sanak saudara, kenalan jauh dan dekat di Dewan Guthrie Bukit Jelutong, Shah Alam. Hampir 2,000 tetamu hadir.

Pasangan itu dinikahkan di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pada hari akad nikah itu Waheeda tidak menerima wang hantaran tetapi keluarganya meminta senaskhah al-Quran disertai hantaran tujuh dulang dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan dan mas kahwin RM80.


Ketika ditemui Waheeda berkata, sudah lama dia berhasrat hendak bersara dari dunia seni tetapi hajat di hati tidak kesampaian.

"Berhenti kerja masa bujang, siapa pula hendak menyara hidup saya. Takkan hendak bergantung kepada ibu bapa, tentu mereka akan bising.

"Justeru, impian untuk meninggalkan dunia seni dicapai selepas saya berumah tangga kerana sudah ada suami yang dapat menyediakan segala keperluan buat saya.

"Sekarang hati saya lebih tenang berada di rumah menjaga makan minum suami dan kesibukan menjaga Maisara dan Sharif membuatkan saya lupa apa yang pernah dilalui dulu.

"Saya tidak rindu untuk menyanyi lagi kerana kesibukan seharian. Kini waktu saya dipenuhi dengan aktiviti sebagai suri rumah tangga. Dulu tak ada anak boleh relaks, sekarang sudah ada anak macam mana letih pun saya tetap bangun awal menguruskan mereka makan minum mereka.

"Tiada masalah menguruskan anak tiri kerana sejak dulu saya memang sukakan kanak-kanak. Maisara dan Sharif pun sudah besar lalu tidak sukar menjaga mereka. Syukur juga ke hadrat Allah kerana mereka dapat menerima saya sebagai ibu dan memanggil saya mama.
"Mereka mudah menyesuaikan diri dengan saya dan dapat menerima saya seadanya.



"Kehidupan saya tambah membahagiakan kerana dikurniakan suami yang sangat memahami diri ini. Selepas bernikah ada tawaran untuk mengadakan sesi fotografi dengan media tetapi saya tolak. Apa yang pernah dilalui dalam dunia hiburan sebelum ini, biarlah ia tersimpan sebagai kenangan manis," katanya.

Tambah Waheeda, selepas berkahwin kehidupannya juga lebih tenang dan terkawal kerana tumpuan utama kepada rumah tangga dan beribadah kepada Allah swt.

"Sekarang saya berusaha mencari keredaan daripada Allah. Saya akan memperbaiki kekurangan diri dan kini kami bersama mengejar akhirat.

"Kami juga bercadang mencari rumah baru yang lebih selesa daripada rumah yang diduduki sekarang di Kota Damansara kerana Maisara dan Sharif semakin membesar," katanya.

Jelas Akhil pula, dia bersyukur kerana sama ada dia ataupun Waheeda memahami tugas masing-masing dalam rumah tangga.

"Kami mencuba untuk menjadi yang terbaik dalam apa juga keadaan. Saya tidak pernah melarang Waheeda meninggalkan bidang seni yang pernah diceburinya dulu tetapi apabila dia mengambil keputusan untuk bersara saya bersyukur kerana tempat isteri di sisi suami.

"Selain itu juga kami juga ada anak yang memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan. Saya masih menerima undangan berceramah dan jika ada permintaan dan keperluan Waheeda perlu hadir sama, kami akan pergi bersama.

"Selepas apa yang saya alami, barulah saya kenal siapa kawan dan lawan. Apa yang penting sekarang saya ingin rumah tangga yang bahagia dan diredai Allah," katanya.

Ditanya mengenai cahaya mata, Waheeda diam seketika dan Akhil menjelaskan bagi pihak isterinya, mereka terima apa yang ada sekarang.

"Yang penting sekarang, Waheeda dapat terima anak saya seperti anaknya sendiri. Apa juga spekulasi yang timbul saya serahkan kepada Allah swt kerana Dia lebih tahu dan hanya kami berdua yang faham.

"Walaupun saya sudah berpisah dengan bekas isteri namun kami tidak pernah memisahkan hubungan mereka adik-beradik. Hubungan yang terlerai antara suami isteri tetapi mereka tetap adik beradik seibu dan sebapa.

"Anak yang tinggal bersama saya akan dijaga dengan sebaik mungkin dan sebagai ibu saya yakin dia juga akan menjaga anaknya dengan baik.

"Sebagai bapa juga sudah tentu saya merindui anak yang sekarang tinggal bersama ibu mereka," katanya yang akan kembali sibuk mengendalikan program realiti di Astro Oasis tidak lama lagi.

Mengenai majlis kenduri yang diadakan, Akil berkata sebenarnya mereka hanya inginkan sebuah majlis pernikahan dan perkahwinan yang ringkas. Cukup dengan mengadakan majlis akad nikah tetapi atas permintaan keluarga kedua-dua pihak mereka adakan juga majlis kenduri ini.

"Waheeda adalah anak dan cucu sulung dalam keluarganya, jadi ibu bapa dan kaum keluarganya teringin sangat hendak melihat kami bersanding. Apa yang kami buat hari ini demi memenuhi permintaan keluarga.

"Pelamin ini dibuat pun sebenarnya untuk bergambar dengan keluarga, saudara mara dan rakan," katanya yang akan mengadakan majlis kenduri sebelah keluarganya pada November ini di Gopeng, Perak.

Sebagaimana pasangan pengantin baru yang lain, pasti ditanya ke mana berbulan madu.
Sambil tersenyum manis pada isteri di sisi, jawab Akhil, setiap hari mereka berbulan madu.

Pada hari berbahagia itu pasangan mempelai menggayakan busana serba hitam berkonsep Maghribi yang diilhamkan oleh jurusolek dan perunding perkahwinan, Ain, menerusi syarikat Pro Event Management & Consultancy.
Tambah Akhil, kelancaran majlis itu juga banyak dibantu persatuan Nasyid.com.