0

Gambar Majlis Pernikahan Yasmin Hani Dan Shahrin


PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, dekat sini, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.
Yasmin telah menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.








Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran termasuklah cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah kitab Al-Quran.
Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Qamilla manakala wajah Yasmin disolekkan oleh teman rapatnya, Tengku Putra Iskandar Tengku Othman.
Pelamin kedua-dua mempelai ditaja oleh Mohd Ali.
Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) Di lokasi yang sama.
Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya.
Sha'arin juga pernah bernikah dengan pelakon Ida Nerina untuk perkahwinan keduanya tetapi tidak bertahan lama.
Kredit: Berita
Kredit: Gambar
0

Rozita Che Wan Terpilih Sebagai Pengacara Anugerah Skrin 2011


KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Rozita Che Wan dipilih sebagai pengacara Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, pemilihan Rozita adalah bagi memberikan kelainan kepada penganjuran kali ini.
"Pemilihan Rozita adalah unik dan akan memberikan kelainan pada malam itu nanti. Walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai pengacara, pihak kami yakin dia mampu melakukannya," ujarnya pada sidang media ASK2011 di sini, Rabu.
Ahmad Izham berkata, Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar pada majlis tersebut.
Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar

Beliau yakin gandingan itu akan memberi kelainan dan percaya Ally dapat menjadi mentor kepada Rozita sebagai persediaan.
Ahmad Izham berkata, acara karpet merah pula akan dikendalikan oleh Nabila Huda, Adzriefaiz Adzlan dan hos Bintang Pantene.
Sementara itu, Rozita yang ditemui berkata pada mulanya dia terkejut dengan pemilihan itu namun memandang positif dengan amanah yang diberikan.
Ujarnya, tugas itu adalah peluang besar untuknya dalam mengembangkan kerjaya seninya ke tahap lain.
"Sudah tentu saya takut dan fikir banyak kali sebelum menerima tawaran itu. Namun atas dorongan dan keyakinan pihak produksi serta Ally saya menyahut cabaran tersebut," katanya.
Manakala Ally pula berkata, dia akan mempersiapkan diri untuk acara gilang gemilang itu dan akan memastikan keserasian mereka berdua.
"Sebelum ini saya banyak mengacarakan program berbentuk hiburan dan ini kali pertama untuk ASK2011.
"Persediaan tetap perlu dilakukan kerana ia sebuah majlis anugerah dan latihan bersama Rozita akan diteruskan bagi mencari keserasian antara kami supaya tidak kekok nanti," ujarnya.
Sementara itu secara keseluruhan, ASK2011 akan mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman selain dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene selaku penaja utama.
Sepuluh kategori drama bakal dipertandingkan manakala jumlah kategori filem kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.
ASK2011 ini akan mempertandingkan 17 buah drama, 10 drama rantaian dan tujuh drama komedi. Manakala kategori filem pula melibatkan 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan.
Menurut Pengurusan Penjenamaan TV3, Nurul Aini Abu Bakar calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011.
"Drama terpilih juga berdasarkan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielson Media Research berdasarkan genre masing-masing," katanya.
Penghakiman juga adalah telus dan juri yang dilantik tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam drama atau filem.
Bercakap mengenai konsep ASK2011 tahun ini, Nurul Aini memberitahu tema 'Golden Glamour' dipilih pada malam tersebut.
"Konsep itu dipilih bagi merujuk kepada sentuhan magis para karyawan dan produksi yang menghasilkan karya hebat selain melahirkan bintang baru yang bersinar," katanya.
Malah katanya, persembahan pada malam itu juga akan menampilkan muka baru bagi memberi kelainan pada penganjuran tahun ini.
Antara artis yang akan menjayakan persembahan pada malam itu adalah Black, Ferhad, Najwa Latiff, Tomok, Shila Amzah dan Jaclyn Victor.
Persembahan daripada dramatis popular seperti Kilafairy, Nur Fathia, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay dijangka menarik perhatian penonton.
0

Enot Kena Kutuk Kerana Buat Kek 18SX..

Agak lucu juga bila melihat kek yang dibuat sendiri oleh Enot atau Aliza bt Abdullah ni. Mana tak nya, kek yang dihasilkan berbentuk tubuh wanita ini menjadi satu isu hot kerana ada sesetengah pihak yang mengatakan tidak patut untuk membuat kek bebentuk sedemikian dan sehingga Enot agak emosi membalas komen lalu mengatakan dirinya macam tak tahu langsung mengenai agama.  Pada kami, Enot sememangnya berbakat dalam menghasilkan seni reka bentuk kek yang unik tetapi janganlah terlebih pula yea Enot. Jom tengok gambar kek yang dihasilkan oleh Enot ni. comel kan.

Gambar terpaksa ditutup sebab lama kami bukan laman porno! icon smile Kek Enot Yang Agak 18SX?
Sanggup tak anda makan kek berbentuk diatas ini?
Dan ini adalah antara beberapa komen yang diambil dari Enot cookies N Cakes ini. Macam-macam komen yang pelik dan lucu.

Kredit: Sumber
0

Istana Cinta Nabila Huda Akhirnya Runtuh Jua...


Akhirnya, gosip sebelum ini yang mengatakan rumahtangga anak penyanyi rock malaysia Amy search iaitu Nabila Huda retak kini sudah menjadi kenyataan apabila Nabila tampil membuat kenyataan mengenai status rumahtangganya. Imbas kembali gosip sebelum ini, Nabila Huda telah pergi ke pejabat kadi untuk menuntut perceraian tetapi malangnya dia gagal mempamerkan sijil nikah kepada pihak kadi menyebabkan urusan itu tergendala.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata hasil perkahwinannya dan Zaidy Zailani yang diberi nama Keisha Laila yang baru sahaja berusia 1 tahun setengah. Kata nabila yang selesai dipanggil Abil ini mengakui, mereka akan membesarkan Keisha Laila bersama-sama walaupun sudah berpisah.


“Kami memilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan berpisah menjadi jalan terbaik buat kami. Tapi apa yang lebih penting, Abil mahukan yang terbaik untuk Keisha. Abil dan Zaidy (bekas suami) mempunyai perancangan untuk sama-sama membesarkannya secara bergilir,

Apabila diajukan soalan mengenai orang ketiga dalam hubungan mereka, Nabila menafikan sekeras-kerasnya dan mengatakan hanya mereka sahaja yang mengetahui sebab asal mereka bercerai.

“Hanya Abil dan Zaidy (bekas suami) saja yang tahu hal sebenar. Banyak lagi benda lain yang Abil nak fikirkan daripada memeningkan kepala memikirkan cakap-cakap orang. Abil tak mahu dan tak kisah orang nak kata apa kerana itu lumrah manusia yang sesedap rasa menjatuhkan hukum. Tapi jangan semudah itu melemparkan prasangka perpisahan kami berpunca daripada lelaki yang dilabelkan sebagai orang ketiga. Carilah kehidupan sendiri daripada menyibuk hal orang. Tapi apa yang diperkatakan itu tidak langsung menjadi kudis buat Abil. Mahu atau tidak, saya kena kuatkan diri untuk menempuhi apa saja yang mendatang. Saya memang kena jadi survivor. Apatah lagi saya jenis yang lone ranger,”