0

Memey ada kekasih baru?


SOALNYA jadi ke Memey Suhaiza dan Norman Hakim berkahwin? Jawapan menunda perkahwinan seolaholah menggambarkan ada sesuatu yang sedang berlaku, apatah lagi timbul perkhabaran Memey meminta kekasihnya merujuk kembali kepada bekas isteri, Abby Abadi tidak lama dulu.

Hairan pula, tak tahulah apa drama yang sedang mereka lakonkan! Macam-macam perkara timbul sejak akhir-akhir ini. Dan kelibat Memey bersama seorang jejaka berusia 31 tahun sambil berpegangan tangan mungkin merungkai persoalan yang menjadi tekateki hingga hari ini.
pix_gal0
Seorang teman Raja terkejut melihat Memey bersama jejaka kacak yang dipercayai bekerja di syarikat minyak dan gas. Melihat kemesraan mereka sambil berpegangan tangan menimbulkan tanya tanda, adakah Memey sudah meninggalkan Norman? Jadi, betullah khabar angin yang bertiup kencang, hubungan Memey dan Norman sudah bernokhtah! Apapun, sukar meneka pergolakan mereka, hanya empunya diri lebih mengetahuinya. "Aku lihat dengan mata kepala sendiri, Memey keluar dengan lelaki itu. Lelaki tu teman baik kawan aku. Manja saja gayanya, berjalan pun berpimpin tangan. Bukan sekali dua melihat mereka, kerap jugalah. Aku tidaklah bertanya apa, tapi melihat gaya mereka aku dapat agak mereka sedang dilamun cinta," kata sumber itu kepada Raja.

Sayang, hubungan yang hampir dua tahun berlarutan, Memey dan Norman menempuh pelbagai onak duri, tetapi akhirnya hubungan mereka mungkin akan terlerai begitu saja. Perbicaraan kes khalwat mereka juga belum selesai, tetapi nampaknya hubungan mereka yang selesai terlebih dulu. Susah meneka hati manusia, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Kalau benarlah seperti diceritakan itu, Norman dan Memey kenalah tampil beri penjelasan. Khabarnya juga, kelibat Memey sudah lama tidak kelihatan sekitar pejabat Norman.

Kalau dulu Memey dilihat sering menemani buah hatinya tak kira siang atau malam, tetapi kini tidak lagi. Mungkin masing-masing sibuk di lokasi penggambaran. Yalah, Memey sekarang pun semakin laku, dah berlakon banyak drama.
Kalau betul cerita yang Raja dengar ini, Raja kasihan pada Norman dan Memey. Dulu, muka mereka tebal dua inci apabila ditangkap khalwat, selepas itu tercetus pula drama Norman dan bekas isteri, Abby bergaduh di lokasi penggambaran. Malu lagi. Memey pula tak sudah-sudah dipersalahkan atas perceraian Norman dan Abby, hingga kini, masih ada yang membencinya.

Tapi kesudahan perhubungan mereka, hancus juga! Tentulah orang yang membenci mereka tepuk tangan dan tergelak besar jika mereka berpisah. Malah, mungkin ada yang cakap itulah balasan bagi manusia yang menghancurkan kehidupan orang lain.

Bagaimanapun, kalau dah tiada jodoh apakan daya. Kita manusia ni hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Raja harap apa yang Raja dengar ini hanyalah gosip semata-mata. Raja masih mengharapkan Memey dan Norman berkahwin suatu ketika nanti. Mereka sudah lalui macam-macam kemelut hidup, takkan nak biarlah ia berlalu begitu saja kan. Tapi ia berbalik soal hati juga.

Kalau Memey dah bertemu jejaka lebih baik daripada Norman, paling penting punya masa depan dan bujang, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Lagi pun Memey masih muda untuk memegang status isteri dan ibu kepada tiga anak. Memanglah mungkin Memey rapat dengan anakanak Norman, tetapi hati Memey kita tak tahukan...

Lagi pula melihat Norman ada kalanya keluar bersama bekas isteri dan anak-anak kononnya membeli barang rumah, dah tentu sedikit sebanyak hati Memey tersentuh. Jangan bohonglah cakap berfikiran terbuka, Raja pasti bab-bab macam ini ramai wanita tidak akan boleh bertoleransi. Entahlah, apa pun tepuk dada dan tanya selera.-bharian
0

Raja Azmi Dicekup Polis Selepas Buat Laporan Di Balai Polis Ampang


KUALA LUMPUR: Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil.
Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Ketua Polis Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata Raja Azmi datang ke balai tersebut kira-kira pukul 4 petang dengan ditemani seorang rakan sebelum polis bertindak menahan beliau setelah mendapati namanya di dalam senarai dikehendaki.

"Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malahan hari ini duakali iaitu kira-kira pukul 1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasilmenemuinya.
"Ketika kami tiba di rumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada sesiapa membuka pintu, justeru apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa bertindak menahannya," kata Abdul Jalil kepada pemberita di pejabatnya di sini Khamis.
Beliau berkata Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan esok akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi.
Pada 21 Julai lalu, Raja Azmi yang merupakan isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang samadipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991.
Muka depan beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Raja Azmi merupakan punca Roslin bercerai dengan isterinya, Norhayati Othman yang baru dikahwininya pada 9 Julai lepas. - BERNAMA
0

Roslin Hashim ceraikan Norhayati Othman selepas kantoi bersama Raja Azmi disebuah bilik hotel

Agak pelik kisah perceraian Roslin Hashim vs. Norhayati Othman ni. Ada sesiapa boleh tampil beri penjelasan?
  • Roslin Hashim telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, dalam keadaan tegang setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.
  • Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila dia mengesyaki Roslin Hashim berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur  pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.
  • Norhayati sekeluarga telah ke tingkat lima hotel tersebut sementara menunggu kelibat Jalani Sidek yang dikatakan akan membawa mereka masuk ke bilik bernombor 533 tersebut.
  • Namun, Jalani Sidek didakwa cuba melengah-lengahkan perjumpaan tersebut dan menalipon Roslin Hashim supaya keluar daripada bilik itu untuk menghindari dari dicekup khalwat oleh pegawai jabatan agama.
  • Apabila Norhayati sekeluarga tiba di bilik itu didapati Raja Azmi seorang diri dan Roslin didapati telah melarikan diri keluar dari bilik tersebut.
  • Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.
  • Akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak “I cerai you-lah.”
Nampaknya selain bermain badminton, hobi Roslin Hashim ialah menceraikan isteri. Jangan tiba-tiba pula, “Akak Raja, I ceraikan you jugak-lah”.-mediamalaya
0

Shahir Mengaku Penat, Tiada Masa Untuk Keluarga



SEJAK menjuarai program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) pada Mei lalu, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir mengakui belum pernah berpeluang bercuti untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
Dia yang kini sibuk dengan jadual seninya memberitahu akan tetap mencuri masa berpuasa bersama keluarga pada bulan Ramadan ini.
"Sejak jadi artis saya belum pernah bercuti, rasanya memang sangat penat sehingga suara saya hilang namun saya tidak kisah fasal kerja. Apa yang saya ralat ialah kurang masa bersama keluarga.
"Kadang-kadang jika saya terlalu rindu dengan keluarga, saya sanggup balik sendiri ke Perak selepas habis kerja dan pulang semua ke Kuala Lumpur beberapa jam selepas itu. Biarpun sekejap tetapi saya dapat melepaskan rindu kepada mereka.
"Selain peminat, keluarga adalah kekuatan pada diri saya, jika lama tidak jumpa mereka saya mula lemah untuk bekerja," jelasnya.
Tambah Shahir seperti tahun-tahun sebelumnya, dia berjanji kepada keluarganya untuk menjalani ibadah puasa bersama-sama biarpun tidak seperti dahulu.
"Ada masa atau tidak saya akan tetap usahakan untuk balik berpuasa bersama keluarga. Biarpun pada Ramadan ini jadual saya agak padat dengan aktiviti berbuka puasa dan beberapa Road Tour yang akan dijalankan.
"Insya-Allah saya akan balik biarpun tak lama seperti tahun sebelum ini. Saya sangat teringin bubur gandum masakan emak," katanya.
Bercerita tentang kerjaya, Shahir yang sedang menjalani penggambaran filem terbitan KRU Production berjudul Karak juga akan muncul dengan drama Lawaknya Fantasia Raya pada Hari Raya ketiga nanti.
Dia yang mengakui masih kekok untuk berlakon bimbang menerima reaksi daripada peminat tentang hasil lakonannya.
"Saya rasa susah sangat berlakon, mungkin sebab saya baru. Saya tidak tahu bagaimana pandangan orang nanti dan sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang ini.
"Jika ramai yang beri pandangan negatif saya mungkin akan menyanyi sahaja," ujarnya sambil tertawa.-mstar