0

Aliff Aziz Nafi Telah Merisik Anne Ngasri



ANNE dan Aliff tidak menolak jika ditakdirkan mereka berdua bertemu jodoh.


SEBELUM ini pelakon Nasriah Ngasri atau Anne, 28, digosip bercinta dengan penyanyi muda kelahiran Singapura, Aliff Aziz, namun mereka menafikannya.
Terkini, Anne yang juga ibu tunggal kepada tiga anak, Abdul Warits, 6, Abdul Watri, 4, dan Na’szhara Afroza, 2, dihujani spekulasi ekoran kehadiran ibu Aliff, Siti Hafiza yang datang dari Singapura untuk berjumpa keluarga Anne di Kuala Lumpur.
Timbul gosip di Internet dan Twitter mendakwa keluarga Aliff datang merisik Anne. Bagi mendapatkan kepastian tentang gosip tersebut, Kosmo! telah menghubungi sendiri Anne, semalam.
Kosmo!: Mungkin Anne sedar bahawa ada gosip baharu mengatakan ibu Aliff terbang dari Singapura dan datang berjumpa keluarga Anne untuk merisik Anne. Adakah ia benar?
ANNE: Ibu Aliff datang ke Kuala Lumpur bukan untuk berjumpa Anne, tapi sebenarnya untuk berjumpa Aliff untuk melawat anaknya itu. Tapi, memandangkan kami sangat baik, jadi alang-alang ummi (panggilan Anne untuk ibu Aliff) Aliff langsung datang bertemu keluarga Anne untuk mengenali lebih dekat dengan siapa anaknya berkawan.
Kebetulan juga kami rapat kerana Aliff terlibat dalam drama terbitan syarikat produksi saya, Antara Kita. Anne mengaku agak rapat dengan Aliff dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Tapi sejujurnya, belum sampai tahap untuk pergi jauh sehingga itu.
Anne tidak rasa Aliff terlalu muda untuk pikul tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga orang anak Anne itu?
Anne memang menitikberatkan soal itu kerana apa yang penting ialah anak-anak saya. Tapi, bila cakap tentang perhubungan, saya kini solo dan tiada sesiapa dalam hidup saya, jadi tidak salah jika saya berkenalan dengan sesiapa. Namun buat masa ini, belum lagi hingga ke tahap tersebut. Usia bukan penghalang dan jodoh pertemuan ditentukan Allah. Dia juga sudah kenal dengan anak-anak Anne.
Keluarga pula bagaimana? Tidak kisah dengan perhubungan Anne dan Aliff?
Alhamdulillah, keluarga Anne tidak berkata apa-apa. Apa pun, Anne sentiasa memerlukan restu keluarga untuk berbuat apa jua dalam hidup ini. Anne juga sentiasa berdoa semoga Tuhan berikan yang terbaik buat Anne dan anak-anak.
Anne bukan mahu terlalu ingin hebohkan tentang perhubungan ini, tapi Anne tidak mahu menjadi hipokrit. Ini kerana jika orang nampak kami berdua, orang masih akan bercakap. Jadi lebih baik Anne jujur.
BERIKUT pula sedutan temu bual bersama Aliff, 21, yang bakal muncul dengan single, Jangan Ganggu Pacarku.
Kosmo!: Benarkah ibu Aliff datang ke Kuala Lumpur untuk merisik Anne? Boleh komen?
ALIFF: Sebenarnya, apa yang digembar-gemburkan dalam laman Twitter dan Internet mengatakan keluarga saya datang merisik Anne adalah tidak benar dan hanya propaganda. Memang ummi Aliff pergi berjumpa keluarga Anne, tapi hanya untuk mengeratkan silaturrahim memandangkan ummi ingin tahu dengan siapa anaknya berkawan.
Kedua-dua keluarga Aliff dan Anne tidak kisah dengan hubungan kalian berdua?
Kedua-dua keluarga kami tiada masalah, kami semua okay sahaja. Tidak salah, jika Aliff mahu berkawan dengan sesiapa. Biasalah, jika kita berkawan, mesti lepak dan keluar bersama, jadi saya memang rasa ia bukan masalah besar. Sebab pastinya jika kita berkawan rapat dengan sesiapa, ibu bapa pasti ingin kenal dengan rakan kita itu.
Berapa lama Aliff sudah mengenali Anne dan bagaimanakah sekiranya kalian berdua bertemu jodoh?
Baru empat bulan. Jodoh adalah untuk setiap orang dan kita tidak boleh melawan takdir. Jika dijodohkan oleh Tuhan kami bersama, saya tidak kisah. Tapi buat masa ini, belum lagi kerana memang saya terlalu muda untuk fikirkan perkara ini. Kalau jodoh, tidak kira apa pun, saya harus kotakan tanggungjawab sebagai suami. Kami sebenarnya masing-masing faham dan sentiasa menyokong.
Ada pihak kata Aliff terlalu muda untuk Anne. Boleh komen?
Pada saya, status dan usia bukan menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Apabila kita berkawan dengan orang, saya akan lihat karakternya. Lagipun, saya tidak boleh menjaga hati semua orang kerana orang sentiasa berkata-kata. So, just do whats best and always think positive. Saya akui kami sangat rapat berkawan dan ia bukan perkara besar. Saya tidak mengerti mengapa mereka harus memperbesarkan hal ini.

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
0

'Astro First' Rosakkan Industri Filem Tempatan



 Ahmad Izham Omar(kedua dari kiri) bertukar dokumen denganAhmad Idham Ahmad Nadzri(kedua dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures. 

PETALING JAYA: Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah.
Ahmad Idham berpendapat, berdasarkan dua buah filemnya iaitu Hantu Bonceng dan Senjakala yang telah pun disiarkan di saluran berkenaan, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang.
"Saya percaya setiap stesen televisyen mempunyai matlamat masing-masing dalam memuaskan hati penonton mereka.
"Tetapi berdasarkan pandangan saya, industri filem tempatan akan hancur kerana pada masa akan datang masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang kerana selepas dua minggu tayangannya di panggung, ia dengan mudah boleh didapati menerusi Astro First.
"Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga semakin ligat merakam filem-filem yang disiarkan itu dengan mudah. Sebab itu kita dapati karya-karya tempatan dengan cepat berada di laman Youtube," tegasnya yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Hotel One World, di sini, Khamis.
Justeru itu, Ahmad Idham mengambil langkah untuk kembali ke 'konsep lama' di mana filem-filem terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangan di panggung.
Dan selepas membuat perbincangan bersama, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama dua tahun.
"Dalam kolaborasi ini kami membuat perjanjian situasi menang-menang di mana pihak TV3 hanya akan menayangkan filem-filem terbitan Excellent Pictures selepas beberapa bulan tayangannya tamat di panggung.
"Dan jangka masanya tidak tentu sama ada siarannya akan dikeluarkan lebih awal atau ketika di musim-musim perayaan tertentu.
"Dengan cara ini, sekurang-kurangnya penonton di panggung tidak akan berasa rugi selain filem-filem tempatan kita akan menjadi lebih eksklusif," ujarnya.
Antara filem-filem yang bakal disiarkan di TV3 ialah Jangan Pandang-Pandang, Gerimis Mengundang, Mail Lambung dan Cinta Atas Tar.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Operasi, rangkaian televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, produksi Excellent Pictures menjadi pilihan pihaknya selepas melihat kejayaan filem dan drama terbitan syarikat tersebut yang berjaya menarik perhatian pelbagai golongan penonton.
"Sebelum ini kami pernah bekerjasama dan sememangnya sudah ada keserasian memahami cara kerja masing-masing.
"Menerusi kolaborasi ini, ia memudahkan kedua-dua belah pihak dalam memasarkan filem dan produk yang dihasilkan dengan lebih efektif.
"Dalam pada itu, pihak kami juga perlu peka dalam memberikan siaran yang terbaik buat penonton," katanya.
~mstar~
0

Azwan Ali Mahu Minta Maaf Untuk Apa?

 
KUALA LUMPUR – Selebriti yang tidak kurang panasnya, Didie Alias yang pernah ‘berperang Twitter’ dengan Azwan Ali, berpesan kepada pengacara sensasi itu agar memohon keampunan dari Allah SWT dan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.

Menurut bekas isteri kepada pelakon Ridzuan Hashim itu, permohonan maaf dari Azwan tidak bermakna padanya jika beliau masih lagi mengulangi kesilapan kemudian hari.

“Azwan mahu minta maaf untuk apa? Bukankah dia sudah minta maaf dengan saya sebelum dia berangkat untuk mengerjakan umrah baru-baru ini? Apapun, saya rasa lebih elok jika dia memohon keampunan daripada Tuhan lebih dulu.

“Saya rasa tidak guna untuk dia mohon maaf, jikalau dia masih mengulangi kesilapan lalu. Sama ada ikhlas atau tidak, hanya Tuhan saja yang tahu,” katanya yang dipetik dari laman blog hiburan terkenal, Murai.com.my.



Didie mengulas mengenai permohonan maaf Azwan secara terbuka menerusi program baru Astro, Propaganza, pada Ahad lalu kepada beberapa selebriti hiburan tanahair seperti Datuk Siti Nurhaliza, Adlin Aman Ramli, Adibah Noor, Ifa Raziah dan dirinya.

Didie atau sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 38, turut menjelaskan bahawa beliau tidak mahu memanjangkan isunya dengan Azwan dan bersedia untuk memaafkannya jika pengacara itu datang bersemuka dengannya.

“Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita ini. Kami pun sudah tua dan masing-masing tahu apa yang patut dilakukan.

“Setakat ini, Azwan masih belum datang berjumpa saya untuk minta maaf.. Malah, dia belum menghubungi saya menerusi telefon.

“Saya rasa kalau betul dia ikhlas ingin meminta maaf, dia boleh hubungi saya terus tanpa menggunakan pihak media. Saya rasa tidak salah kalau dia telefon saya. Dia pun masih menyimpan nombor telefon saya.

“Sekali lagi, saya tidak mahu panjangkan cerita ini lagi. Untuk 2012 ini, hati saya sudah beku untuk rasa kecil hati dengannya,” katanya panjang lebar.
Azwan melalui satu sidang akhbar pada Januari lalu mengumumkan permohonan maaf dan bersumpah dengan bersaksikan nama Allah untuk tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.
0

Jay-Z Tidak Benarkan Rihanna Temui Anaknya

Beyonce Knowles,Jay-Z  dan Ivy Blue Carter



PASANGAN Beyonce Knowles dan Jay-Z yang baru sahaja mendapat cahaya mata iaitu Ivy Blue Carter mempunyai peraturan khusus untuk penyanyi Rihanna.
Jay-Z dilaporkan berkata dia tidak akan membenarkan penyanyi lagu We Found Love itu menemui anaknya jika dia masih berhubungan dengan bekas kekasihnya, Chris Brown.
Penyanyi rap terkenal itu menegaskan dia tidak menggemari Chris terutama sekali selepas peristiwa Rihanna dibelasah pada tahun 2009.
Pasangan kontroversi itu baru-baru ini kembali menjalinkan hubungan walaupun hanya sekadar kawan dan telah bekerjasama untuk versi remix lagu Rihanna berjudul Birthday Cake.
Dalam pada itu, Beyonce dan Jay-Z yang sangat menentang dengan apa juga hubungan antara mereka berkeras supaya Rihanna tidak kembali kepada Chris.


Rihanna,Jay-Z dan Chris Brown.


"Jauhi diri Chris atau dia tidak akan dapat berjumpa dengan anak kami," katanya.
Jay-Z kecewa dengan tindakan Rihanna kerana dia bukan sahaja sebagai mentor kepada penyanyi itu malah telah menganggapnya sebagai adik dan hubungan mereka sangat rapat.
"Saya ingin Blue mempunyai contoh positif di sekelilingnya dan bukan seseorang yang senang memaafkan pihak yang telah mengasarinya," ujarnya.
Penyanyi lagu Empire State of Mind itu turut meminta isterinya menyampaikan pesanan itu kepada Rihanna.
0

Awal Dan Scha Umum Tarikh Majlis Pernikahan Mereka



PETALING JAYA: Desas desus mengenai tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.

Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.

Jemputan mengenai sidang media majlis itu telah dikirimkan kepada pihak media lewat petang Rabu.

Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican yang dihubungi mStar Online di sini memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.

“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir,29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini.
0

Gambar Pelakon Fazura Bercuti Bersama Kekasihnya



Gambar-gambar pelakon sensasi Fazura dengan kekasihnya iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail di Universal Studios,USA.
Kredit Sumber: beautifulnara.com


0

Anak Rozita Che Wan Yang Hilang Sudah Ditemui

Aniq Ezra


PETALING JAYA: Pelakon jelita, Rozita Che Wan menarik nafas lega apabila anak keduanya, Aniq Ezra yang dikatakan hilang sebenarnya hanya lari dari rumah akibat merajuk pada Sabtu lalu.
Rozita memberitahu, Aniq Ezra,14, ditemui di rumah rakannya di USJ Subang Jaya, dekat sini selepas aktiviti mencari yang turut disertai pihak polis dilakukan pada hari kejadian.

Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan anaknya itu, Rozita dan pihak polis berjaya menjejaki anaknya yang memberitahu dia berbuat demikian kerana merajuk.


 "Saya panik apabila mengetahui dia hilang tanpa sebarang sebab tetapi akhirnya dia dapat ditemui atas bantuan pihak polis dan rakan-rakannya yang memberikan informasi di mana dia berada.

"Dia beritahu polis dia lari dari rumah sebab merajuk kerana saya melebih-lebihkan si abang daripada dirinya," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, pada Isnin.
Selain Aniq Ezra, Rozita mempunyai seorang lagi anak iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.

Dalam pada itu Rozita juga sempat bergurau dengan berkata selepas ini dia pula yang akan merajuk.
“Kalau saya merajuk, saya pergi lagi jauh,” selorohnya.

Pada Sabtu lalu kecoh di Twitter apabila Aniq menjadi trending topic di kalangan pengguna laman sosial itu apabila dia dikatakan hilang.

Sebuah hashtag menerusi laman sembang berkenaan telah diwujudkan atas nama #PrayForAniqEzra menjadi popular dalam satu usaha mengesan remaja berkenaan yang kali terakhir dilihat di kawasan perumahannya di USJ 11/12 dekat sini.

Sebelum ini, anak sulungnya, Ammar dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar di sekolahnya iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang.

Ekoran insiden itu, Rozita telah mengambil keputusan untuk menukarkan anaknya ke sebuah sekolah di Subang Jaya yang lebih dekat dengan rumah mereka.Aniq yang juga bersekolah di tempat sama turut dipindahkan demi keselamatan mereka atas nasihat bekas suami Rozita iaitu Azuar Effendy Zulkaply.

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
0

Gempar!! Anak Rozita Che Wan Lari Dari Rumah?



KUALA LUMPUR - Kehilangan Aniq Ezra yang merupakan anak lelaki kepada selebriti jelita tanahair, Rozita Che Wan, menggemparkan sekejap laman sosial Twitter semalam namun berjaya reda apabila dia dikatakan telah ‘dijumpai’ semula hari ini.

Berita kehilangan Aniq yang dikatakan baru bersekolah di tingkatan dua itu tersebut tersebar secara meluas di kalangan pengguna laman Twitter semalam dan dikatakan khabar tersebut bermula dari beberapa kenalan pelakon tersebut.

Kebimbangan jelas dilihat di kalangan para peminat artis jelita itu apabila ada di antara mereka yang menawarkan diri untuk mencari Aniq dan berpesan agar menyerahkan anak lelaki Rozita ke balai polis berhampiran sekiranya ditemui.

 Aniq Ezra





“Rozita Che Wan is looking for her son, Aniq Ezra. Please this news if anybody sees him anywhere. Form 2 very small and wearing light blue,” kata ReenaMuhamad yang dipercayai mengenali artis itu secara peribadi.

“Anak aku missing please tolong carikan…dont worry rozita che wan i will find him,” kata al pancho selamba.

“Aniq Ezra (Rozita Che Wan‘s son) is missing. If you see him anywhere, please bring him to the nearest police station. Please,” rayu natasha afifi pula.

Bagaimanapun, seorang pemilik akaun Twitter hari ini telah memaklumkan bahawa Aniq sebenarnya tidak hilang sebagaimana yang didakwa dan telah pulang ke rumah hari ini.

Menurut ceritanya, Aniq merajuk terhadap ibunya dan dipercayai tanpa pengetahuan Rozita, anaknya itu telah melarikan diri ke rumah rakannya.

Walau bagaimana pun kesahihan berita ini masih belum dapat disahkan kerana ianya hanyalah melalui perbincangan di Twitter.