0
Bekas suami Daphne Iking dakwa Isobel bukan anak kandunganya
KUALA LUMPUR, 17 Dis — Bekas suami model dan pengacara TV Daphne Eleanor Iking hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Isobel Daniella Iking-Chong bukan anak kandungnya.
Ryan Chong Yiing Yih, 32, berkata perkara itu diketahui selepas melakukan beberapa ujian, termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Beliau mengambil keputusan melakukan ujian itu selepas beberapa kali membaca e-mel antara bekas pengarah Urusan Adidas Darren Choy Khin Ming, 45, dengan bekas isterinya.
Katanya, beliau membawa Isobel ke sebuah klinik di Petaling Jaya bagi melakukan ujian itu selepas berasa sangsi dengan e-mel Iking kepada Choy yang berbunyi “Muka dia (Isobel) lebih mirip kepada awak”.
Chong berkata hasil ujian menunjukkan darahnya dan Iking dari jenis “O” manakala Isobel mempunyai darah jenis “A”.
Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan saman peribadinya terhadap Choy yang didakwa memikat Iking, 31, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya di kondominium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, antara Julai 2007 dan September 2008.
Iking berkahwin dengan Chong pada 27 Jan 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Isobel, sebelum mereka bercerai pada 2009.
Jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy yang diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader, berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Pada prosiding hari ini, Chong berkata e-mel antara Choy dan Iking lebih terarah kepada cinta, dan melaluinya, beliau mengetahui mereka merancang bercuti ke Banyan Tree Bintan Resort, Indonesia untuk melakukan hubungan intim.
“Saya ada bukti bahawa Darren Choy mempunyai niat untuk menggoda bekas isteri saya untuk mengadakan hubungan seksual,” kata beliau ketika ditanya peguam Wong Kian Kheong Chong yang mewakilinya.
Perbicaraan di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah bersambung Isnin depan. -Bernama
0
Menurut maklumat yang diterima mStar Online, pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.
“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” kata sumber berkenaan, Rabu.
Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.
Difahamkan, kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.
Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.
Kata sumber itu lagi, setakat ini hubungan Jimmy dengan keluarga mentuanya berada dalam keadaan baik malah mereka sama sekali tidak mahu melihat perkahwinan yang dibina dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit itu hancur begitu sahaja.
“Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.
“Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan,” katanya.
Tambah sumber itu lagi, Jimmy menyerahkan kepada takdir bagi menentukan kedudukan rumah tangganya kerana dia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.
Jimmy yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak menjawab panggilan telefon selain gagal mebalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).
Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Oktober lalu di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).-mstar
Jimmy Shanley Dan Isteri Sudah Tidak Tinggal Sebumbung
PETALING JAYA: Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.
Menurut maklumat yang diterima mStar Online, pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.
“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” kata sumber berkenaan, Rabu.
Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.
Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.
Kata sumber itu lagi, setakat ini hubungan Jimmy dengan keluarga mentuanya berada dalam keadaan baik malah mereka sama sekali tidak mahu melihat perkahwinan yang dibina dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit itu hancur begitu sahaja.
“Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.
“Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan,” katanya.
Tambah sumber itu lagi, Jimmy menyerahkan kepada takdir bagi menentukan kedudukan rumah tangganya kerana dia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.
Jimmy yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak menjawab panggilan telefon selain gagal mebalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).
Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Oktober lalu di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).-mstar
0
Azad Jazmin Hentam Faezah Elai Dalam Melodi
Gosip mengenai Faezah Elai yang dikatakan menjadi punca kehancuran rumah tangga seorang pengarah, Heykal Hanifah dan Isterinya Jaja jadi semakin panas lagi-lagi apabila Azad muncul duk pompang pompang dalam Melodi hari Ahad yang lalu.. Tertanya-tanya juga MyGosip, Adakah betul apa yang dikatakan oleh Azad tu?.. Mungkin kurang adil jika dengar dari sebelah pihak je kan.. Jom kita baca apa kata Faezah Elai pula mengenai gosip ini…
Seperti biasa Faezah Elai manafikan sekeras-kerasnya yang dia menjadi punca keruntuhan rumah tangga Heykal dan isterinya.. Menurut Faezah, dia sudah menjelaskan keadaan sebenar kepada isteri Heykal..
Malah, Heykal sendiri yang memaklumkan kepada Faezah Elai yang isterinya sendiri memberi tahu bahawa Azad lah yang membawa mulut mengenai gosip ini.. Bukan sengaja Faezah untuk menunding jari kepada sesiapa.. Faezah juga turut terkejut apabila dia dikatakan tergila-gilakan si azad tu..
Nampaknya Gosip ni menjadi semakin rumit apabila kesemuanya tidak mahu mengalah.. MyGosip harap kes ini dapat lah diselesaikan dengan baik secepat yang mungkin.. Buat Azad pula.. Hang jangan lah duk melenting macam tu lagi dalam melodi.. burok benor rupanya..-mygosip

“Saya sudah menjelaskan kepada isteri pengarah itu (Jaja) gosip yang dihebohkan itu tidak benar. Tapi biasalah siapa yang nak percaya dengan cakap saya tapi saya yakin kebenarannya akan terbukti satu hari nanti,”
Malah, Heykal sendiri yang memaklumkan kepada Faezah Elai yang isterinya sendiri memberi tahu bahawa Azad lah yang membawa mulut mengenai gosip ini.. Bukan sengaja Faezah untuk menunding jari kepada sesiapa.. Faezah juga turut terkejut apabila dia dikatakan tergila-gilakan si azad tu..
“Tak sangka pula cerita ini jadi besar sehingga saya pula sekarang dikatakan tergila-gilakan Azad! Saya masih simpan semua mesej yang diberikan Azad kepada saya termasuk mesej cinta, tapi saya tak pernah layan semua itu. Niat saya hanyalah hendak bantu Azad mencipta nama dalam dunia lakonan kerana kami sama-sama berasal dari Pulau Pinang. Itu saja.”
“Memang benar saya juga pernah membuat laporan polis pada 2009 kerana dulu banyak ugutan saya terima daripada Azad termasuk membabitkan maruah keluarga saya.”
“Malah Heykal juga menjelaskan kepada saya isterinya sendiri beritahu Azad yang menceritakan kononnya kami ada skandal. Malah sewaktu kami berjumpa di rumah seorang penyampai TV, ramai lagi orang ada menjadi saksi. Saya dituduh datang berdua sedangkan ayah saya yang hantar ke rumah itu” (dipetik dari Hmetro)
Nampaknya Gosip ni menjadi semakin rumit apabila kesemuanya tidak mahu mengalah.. MyGosip harap kes ini dapat lah diselesaikan dengan baik secepat yang mungkin.. Buat Azad pula.. Hang jangan lah duk melenting macam tu lagi dalam melodi.. burok benor rupanya..-mygosip
0
RAKAN SS ini nampak aje ranggi, tetapi jiwanya sentimental dan rapuh. Lagu lama menjadi kegemaran dan sudah tentu SinarFM menjadi pilihannya. Tetapi baru-baru ini dia merungut sakan. Luahnya pada SS, kenapa Kak Engku sekarang selepas bercerai suaranya pekik terlolong dalam radio macam orang gila meroyan.
Dulu OK je. Sekarang ini apabila ada pendengar yang menelefon atau kirim SMS mengadu mengenai suami yang curang atau boyfriend cabut lari, Kak Engku apa lagi, mulalah emosi. Janganlah macam itu, waktu bekerja kawallah sikit perasaan itu. Beri nasihat dan pandangan cara berhemah. Jangan terjerit-jerit dan jangan babitkan sekali masalah peribadi.
Rimas mendengarnya. SS bukan apa, nanti lama kelamaan pendengar pun lari. Misalnya, kalau kita tengah sakit dan doktor yang merawat kita tu pulak baik serta lemah-lembut, terus kita rasa sihat. Tetapi kalau doktor itu asyik marah-marah dan muka masam macam cuka, terus masuk ICUlah jawabnya.
Kalau dah tak ada jodoh Kak Engku hendak berbalik semula dengan bekas suami, reda sajalah. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.
Oleh itu kepada Kak Engku, Khairil dan Salleh Yaakob, teruskan kecemerlangan SinarFM. SS sendiri ketawa bagai hendak pecah perut bila tiba segmen Mak Neng. Dalam nada suaranya yang agak kelakar, tetapi nasihat yang disampaikan Mak Neng kedengaran sangat ‘keibuan’. SS yang dah tak ada emak ini, tiba-tiba terasa rindu sangat dengan emak yang dah lama pergi menghadap Ilahi.
Sebagai penyampai radio yang baik, setiap kata-katanya mesti meresap ke dalam hati pendengar, bukannya terjerit-jerit macam dirasuk polong.-hmetro
Kenapa Kak Engku Terpekik Terlolong Dalam Radio

PETALING JAYA: Aktres popular, Ida Nerina dan suami, Shahrin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin.
Sumber yang dihubungi mStar Online memberitahu, perceraian dibuat selepas pasangan tersebut mencapai persetujuan untuk meleraikan ikatan perkahwinan yang terjalin selama empat tahun secara baik.
“Shahrin melafazkan cerai dengan talak satu pada pukul 10 pagi, Isnin pada prosiding mahkamah yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi,” kata sumber.
Permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sumber juga memberitahu, pelakon filem Susuk dan Anak itu bersetuju menerima nafkah edah RM1,000 sebulan untuk tiga bulan dan nafkah mutaah RM10,000 daripada Shahrin.
Pada prosiding itu, Ida diwakili oleh peguam syarie Akbardin Abdul Kader manakala Shahrin, bekas anggota kumpulan Blackrose diwakili peguam syarie Hamzah Abdul Latif.
Perkahwinan yang dilangsungkan pada 2 Jun 2006 merupakan perkahwinan kedua bagi Ida dan Shahrin atau nama sebenarnya, Sha’arin Mohd Razali.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata manakala Shahrin mempunyai dua orang anak, Narissa, 14, dan Arman, 8, dari perkahwinan pertamanya.
Perceraian ini berlaku lebih enam bulan selepas mahkamah sama memutuskan bahawa pasangan itu masih sah bergelar suami isteri apabila menolak permohonan pengesahan lafaz cerai yang didakwa berlaku di luar mahkamah.
Permohonan pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Shahrin kerana mendakwa dia telah melafazkan cerai terhadap pelakon kelahiran Middlesex, England tersebut pada Hari Raya Aidilfitri kedua, 22 September 2009.
Berdasarkan keterangan bersumpah Shahrin di mahkamah pada 13 April lalu, dia mengakui ada melafazkan cerai selepas bertengkar dengan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ketujuh itu.
Dakwanya lagi, lafaz itu berbunyi “baiklah, saya ceraikan kamu” tanpa menyebut bilangan talak dibuat pada kira-kira pukul 11 pagi, di bilik tidur rumah yang terletak di Metropolitan Square, Bukit Damansara Perdana.
Shahrin juga memberitahu, telah mengarahkan pembantu rumah untuk mengemaskan barang dan telah keluar daripada rumah sebelum mengisi borang pengesahan lafaz cerai pada 9 Oktober 2009.
Bagaimanapun, pada 1 Julai lalu, Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin membuat keputusan bahawa pasangan tersebut masih suami isteri selepas Shahrin gagal untuk membuktikan lafaz cerai itu dan memerintahkan mereka untuk menjelaskan kos mahkamah.
Pada 22 Januari lalu, iaitu semasa prosiding pengesahan lafaz cerai sedang berjalan, finalis rancangan realiti The Amazing Race Asia itu menerusi Akbardin memaklumkan bahawa dia bersetuju untuk diceraikan secara baik.
Pada 21 Jun tahun lalu, Ida Nerina telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat terjatuh ketika berada di rumah.
Kemalangan itu berlaku ketika dia menaiki tangga di ruang tamu rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.
Dia juga difahamkan turut menjalani rawatan kesihatan di India.
Oleh SALWA SHA’ARI
Ida Nerina Dan Shahrin Sah Bercerai Talak Satu

PENYANYI Justin Bieber yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Selena Gomez dilaporkan mula rapat dengan bintang That's So raven, Jasmine Villegas.
Menurut sumber kepada akhbar The Sun, Justin dan Jasmine ditemui di sebuah lokasi rahsia di Atlanta dan mereka sedang bercumbuan pada ketika itu.
"Justin dan Jasmine mula rapat dan sering kelihatan bersama sejak kebelakangan ini. Mereka membuat rakaman video sesama sendiri dan sekali sekala pasangan itu bercumbuan," kata sumber tersebut.
Tambahnya, Selena pula dijumpai bersama Justin sarapan bersama pada minggu lepas di Philadelphia.
"Difahamkan Selena sering menceritakan mengenai Justin kepada teman-temannya. Justin pula kini mengelirukan semua kerana memberi tanda soal adakah Justin sedang bercinta dengan dua gadis yang dua tahun lebih berusia daripadanya?
"Selena pernah berkata dia sanggup melakukan apa saja untuk Justin. Pasti Selena akan bengang jika dia tahu tentang hubungan Justin dengan Jasmine nanti," kata sumber itu lagi.
Justin Bieber Ada Dua Kekasih

Sah Maria Farida Dan Shahz Jazle Sedang Hangat Bercinta
PETALING JAYA: Pelakon Shahz Jazle, 22, dan Maria Farida,yang berusia lewat 30-an, sah sedang hangat dilamun cinta.
Pasangan tersebut mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter baru-baru ini.
Walaupun pasangan itu membuat kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan rapat, mesej-mesej mereka pada Twitter pula seperti mengiakan perhubungan cinta mereka.
Bagaimanapun, Shahz yang dihubungi mStar Online, Ahad, enggan memberi komen mengenai hal tersebut kerana tidak mau kisah privasi diketahui umum.
"Maaf, saya tidak mahu bercakap tentang hal itu dan tidak mahu kisah cinta saya dijaja.
"Saya buat begini berdasakan pengalaman saya yang lepas dimana kisah cinta saya tidak sudah-sudah dipaparkan di akhbar mahupun laman-laman portal.
"Ini membuatkan keluarga saya tidak senang dengan perkembangan kerjaya saya yang penuh dengan cerita-cerita peribadi. Saya harap anda faham," katanya yang sedang berlakon drama Gemilang arahan Khabir Bahtia bersama dengan Tiz Zaqyah dan Kamal Adli, yang akan disiarkan di TV3 tahun depan.
Sebelum ini, Shahz dan Maria dikatakan sering keluar bersama dan yang terbaru, Maria menunggu Shahz yang sedang membuat sesi fotografi untuk sebuah majalah di dalam kereta.-mstar

Koleksi gambar-gambar keluarga Rosham Nor yang amat jarang terpapar dimana-mana media hiburan.Kerana menjadi prinsip Rosham Nor untuk tidak mendedahkan keluarganya kepada publisiti yang tidak perlu.Terima kasih kepada rakan saya Bro Johari dari Silterra yang telah sudi mengirimkan gambar-gambar ini untuk tatapan kita bersama.
Gambar Rosyam Nor bersama keluarga semasa bercuti.
Gambar Rosyam Nor bersama isteri dan keluarga.
Gambar Rosyam Nor bersama keluarga.
Gambar terbaru Rosham Nor bersama dua orang anak gadisnya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17 di Majlis Anugerah Skrin 2010.
-Emkay Abdul
Gambar Anak-Anak Gadis Rosyam Nor

Subscribe to:
Posts (Atom)