0

Shah Rukh Khan Berdepan Dengan Siasatan Polis

     
MUMBAI – Aktor terkenal, Shah Rukh Khan berdepan dengan siasatan polis dan larangan seumur hidup daripada memasuki sebuah stadium utama kriket di sini selepas dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan, kata beberapa pegawai.

Shah Rukh bertengkar dengan seorang pengawal itu di atas padang Stadium Wankhede di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku apabila Shah Rukh, 46, membawa beberapa remaja termasuk anak perempuannya, Suhana ke atas padang di stadium tersebut selepas satu perlawanan kriket.

Seorang jurugambar agensi berita AFP berkata, seorang pengawal keselamatan menghalang kumpulan remaja tersebut daripada bermain di atas padang.

Tindakan pengawal itu mencetuskan kemarahan Shah Rukh.

Pelakon itu kemudian bertengkar dengan pengawal tersebut selama 10 hingga 15 minit.

Dua lelaki dilihat campur tangan dalam pertengkaran itu.

Namun, Shah Rukh kemudian mengalah dan meninggalkan stadium tersebut.

“Beberapa pengawal keselamatan memintanya supaya dia beredar tetapi Shah Rukh yang memulakan pertengkaran,” kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai, Nitin Dalal.

Menurutnya, dia memasuki padang 30 minit selepas perlawanan berakhir.

“Beberapa pengawal memberitahunya bahawa dia memasuki padang pada masa yang tidak sesuai.

“Shah Rukh tidak berkelakuan baik dan menggunakan bahasa kesat,” katanya.

Dalal berkata, pihaknya telah memfailkan aduan kepada polis.

Menurutnya, pelakon itu mungkin dilarang daripada memasuki stadium tersebut pada masa depan.

Sebelum ini, Shah Rukh diarah hadir ke sebuah mahkamah di Jaipur pada lewat bulan ini selepas dia merokok di sebuah stadium kriket.

Merokok tidak dibenarkan berdasarkan undang-undang antimerokok di stadium.

Pada Januari lalu, dia turut berdepan dengan pergaduhan selepas seorang pengarah wanita mendakwa pelakon tersebut menyerang suaminya.

Shah Rukh merupakan pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders. – Agensi
0

Aidil Zafuan Beri Penjelasan Sebab-Sebab Mahu Berbaik Semula

Aidil Zafuan ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.
  

Kemelut yang melanda rumah tangga pasangan suami isteri- bintang bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar nampaknya masih belum menemui jalan penyelasaian.

  Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah  Daerah Petaling, Shah Alam petang semalam, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang difailkan minggu lalu.

Keputusan yang dibuat Aidil itu nyata memeranjatkan Rita apabila pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu memohon untuk menarik balik kes tuntutan lafaz cerai terhadapnya. Ini kerana
permohonan tersebut telah difailkan pada petang Selasa lalu iaitu sehari sebelum prosiding, oleh pihak plaintif (Aidil) atas alasan,

Pertama- permohonannya sebelum ini di bawah Seksyen 47 tidak boleh diteruskan kerana defendan tidak bersetuju dengan permohonan cerai tersebut.

Kedua-demi anak-anak Aidil mahu berdamai kembali dengan isterinya itu sekaligus mahukan perkahwinan mereka kekal.

Ketiga-jika diteruskan juga kes tersebut, akan ada campur tangan pihak ketiga dan Aidil yang diwakili peguam Wan Mahyuddin Wan Muhamad, risau serta bimbang perbincangan tersebut akan mengeruhkan lagi hasrat untuk berdamai. Justeru, Aidil mengambil inisiatif untuk menarik balik perkara tersebut.

"Sewaktu sebutan kali pertama lalu, dia meminta saya kemukakan sebab kenapa kami perlu bercerai. Pada pemahaman saya, itu tanda dia (Rita) tidak mahu bercerai dan saya buat keputusan untuk tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” kata Aidil Zafuan ketika ditemui di luar dewan sejurus selepas prosiding berlangsung.

Dalam pada itu peguamnya memberitahu, pihaknya akan memberikan notis kepada peguam Rita berkenaan meminta pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuan suaminya di rumah yang disediakan oleh plaintif di USJ 1 dalam tempoh sebelum kes ini disebut semula pada 18 Jun depan

"Kami akan beri notis kepada peguam Rita meminta Rita kembali ke pangkuan suami di rumah yang disediakan oleh plaintif di USJ 1. Dalam masa yg sama kalau dia bersetuju dengan arahan tersebut, perkara ini akan selesai. Kes yang kami failkan ini adalah sebagai satu tindakan susulan. Kalau notis tu dia tak balik, kes ini akan tetap diteruskan", ujar Wan Mahyuddin Wan Muhamad.

Minta Rita Kembali Taat, Pindah Rumah
Ditanya keputusannya itu dibuat kerana masihkan sayangkan Rita dan anak-anaknya, Aidil memberitahu,

“Jika boleh saya memang nak kembali bersama dengan dia balik. Tipulah saya cakap saya tak sayangkan anak-anak. Saya juga masih sayang pada dia, tapi bila dia selalu buat kenyataan memburukkan saya di akhbar dan cakap tentang keluarga saya masuk campur, itu buat saya rasa makin lama seolah-olah dia sengaja nak memalukan saya",

"InsyaAllah, jika dia boleh jadi isteri yang baik, mendengar cakap saya dan boleh ikut apa keluarga suami kehendaki, saya akan baik balik dengan dia. Saya buat macam ini pun demi anak-anak dan saya masih sayangkan anak-anak.”

Di tanya juga apa rasionalnya atas tuntutan pindah rumah, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang diberikan majikan beliau kini dan sesuai dengan pendapatannya sekarang.

"Rumah kat Damansara rumah sewa. Sekarang ni saya dah ada rumah sendiri diberi oleh majikan saya. Jadi saya rasa buat apalah membazir duit. Lagipun saya dah sediakan semuanya di rumah itu",katanya lagi.

Sementara itu, disebabkan Aidil menarik semula tuntutan lafaz cerai, selaku plaintif dia di minta oleh pihak defenden (Rita) untuk membayar kos ganti rugi sebanyak RM500 kepada wakil pihak Rita. Wakil tersebut adalah bapa tiri Rita yang sebetulnya hadir untuk sesi proses pendamaian.

Bagaimanapun Aidil telah meminta untuk mengurangkan bayaran tersebut menjadi RM100. Namun setelah meneliti semua perkara, hakim telah menetap Aidil agar membayar RM250.00.

"Berkenaan RM250 itu kita akan reveal pada peringkat lain sama ada nak bayar atau buat rayuan", ujar Wan Mahyuddin ketika di minta mengulas mengenai tuntutan tersebut.

Oleh Farahanim Rahim 
0

Aidil Batal Cerai, Minta Rita Rudaini Kembali Taat

Wajah terbaru Rita Rudaini ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.


“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa...?! Memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak. Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian. Saya nak tanya sekarang, siapa yang lari dari pada rumah? Dia bermimpi ker apa? Dia waras ker tidak?", ujar Rita Rudaini dengan nada bengang tatkala diminta mengulas mengenai keputusan suaminya itu yang menarik semula permohonan penceraian ketika berlangsungnya prosiding sebutan kali kedua, di Mahkamah Rendah Syariah  Daerah Petaling, Shah Alam petang semalam.

Ditanya mengenai pemintaan Aidil yang mahukan dia berpindah rumah atas alasan tidak perlu membayar sewa, ini jawab Rita,

Dia minta saya pindah kat rumah dia di USJ, nampak sangat sekarang ni dia yang keluar dari rumah (di Damansara). Rumah kelamin dia kat Damansara, dia naksaya pindah di USJ. Ni siapa yang kembali taat ni?? Dia yang patut balik ke rumah kelamin dia",

"Kalau dia kata tak perlu bayar sewa, ooo... dia berkira rupanya? Kedekut sangat ker dia...? Sewa rumah tu 3000 sebulan. Kami kongsi bayar, separuh-separuh. Segala perbelanjaan dalam rumah tu, kami kongsi. Bukan dia sorang yang tanggung. Saya tak tahulah dia ni... kedekut sangat ker apa...? Sebab itu, nafkah isteri dengan anak pun dia tak kasi",

Selain itu Rita juga turut menafikan dakwaan Aidil mengatakan pelakon itu menafikan haknya sebagai bapa kepada dua anak mereka. Kata Aidil kononnya Rita tidak membenarkan dia melawat anak-anak serta meminta dia memulangkan access card rumah mereka.

"Bohong! Sebelum ni saya memang ambil kad tu tapi dia tetap boleh masuk. Sebab kalau dia bagitau saya dia nak datang, saya akan beritahu pengawal keselamatan untuk benarkan dia masuk. So dia boleh masuk malah dia dah masuk dah pun. Takder masalah pun... Jangan salahkan access card pulak... Saya tak paham lah dia ni, cakap macam kartun!",

"Dia tak dapat jumpa anak? Kenapa dia tak dapat jumpa, sebab dia tak datang... Saya kata padanya, nak tengok anak, datang lah. Memang saya kata padanya kalau nak datang biar masa saya ada rumah sebab saya pergi shooting, saya bawa anak-anak saya. Jadi kalau dia datang, kami takder, dia nak tengok apa, pintu?"

"Sepanjang dia keluar rumah, hanya sekali saja dia beri duit untuk perbelajaan susu anak sebanyak RM1500. Itu saja. Sedangkan dia tahu perbelanjaan untuk Rayyan dan Arjuna lebih dari itu. Selama ini, pakaian anak-anak saya yang belikan. Jadi jangan cakap saya menafikan hak dia sebagai ayah, sebab samapai sekarang dia tak ambil kisah tentang segala keperluan anak-anak",

Tatkala di tanya adakah dia akan berbaik semula, tegas Rita walau apapun yang terjadi dia tetap akan terus berjuang mempertahankan hak anak-anak dan haknya sebagai seorang isteri.

"Saya tak kan biarkan kami anak beranak ditindas macam ni. Dia ada ambil tahu tak saya yang bayar peguam, saya yang bayar sewa rumah, saya yang bagi anak-anak saya makan selama hampir lima bulan dia tinggalkan kami. Saya bukan nak main tarik tali. Saya cuma pertahankan hak saya dan anak-anak. Tak kan dia sewenang-wenangnya tinggalkan saya dan anak-anak macam sampah",

Lebih membuatkan Rita panas hati, Aidil tidak pernah berbincang secara berdua tentang permasalahan mereka ini termasuklah soal mahu bercerai juga mahu berbaik semula.

"Saya cuma minta, jika dia betul-betul sedar dan ikhlas, saya minta dia matang. Saya tak perlukan lelaki yang duit banyak. Saya mahu suami yang ada pendirian, yang boleh jadi pelindung dam pembimbing sya dan anak-anak", ujar Rita.

Oleh Farahanim Rahim   



0

Dayang Nurfaizah Fobia Untuk Berkahwin



PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah menyifatkan pelbagai isu rumah tangga termasuk perceraian yang berleluasa ketika ini membuatkan dia berasa fobia untuk berkahwin pada masa terdekat.

Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini berkata, dia tidak terdesak untuk mencari pasangan hidup walaupun bakal mencecah usia 31 tahun pada 20 Julai depan.

“Faktor usia tidak menjadi isu buat saya. Malah ibu bapa dan keluarga saya juga tidak pernah bertanya kerana mereka memahami dan menghormati keputusan saya.

“Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat, keinginan untuk berumah tangga memang ada cuma saya belum bersedia dan tidak ada calon pun,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Dayang berkata kes-kes perceraian dan keruntuhan institusi keluarga yang berlaku di kalangan masyarakat mendatangkan kebimbangan kepadanya.

“Banyak sangat kes-kes perceraian yang berlaku membuatkan saya takut untuk berkahwin.

"Saya tidak sanggup untuk bertolak-ansur dalam banyak hal dan belum bersedia untuk menjaga orang lain (suami) dalam hidup saya.

“Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna,” jelasnya.

Ditanya tidakkah mahu berusaha ke arah itu, Dayang berkata, pada waktu ini dia lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian terlebih dulu.

“Namun, saya tidak sekat diri untuk berkawan dengan sesiapa pun cuma yang istimewa belum ada. Bagaimana hendak ada kekasih kalau kebanyakan waktu hanya untuk kerja dan saya jarang keluar berjumpa dengan orang ramai,” ceritanya.

Dayang baru saja terlibat dalam persembahan amal bersama penyanyi Anuar Zain pada konsert One Night Only di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam Selasa lalu.

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini juga akan membuat persembahan pada konsert Datuk D.J Dave di Istana Budaya pada 1 hingga 3 Jun depan.

Oleh WAHIDUZZAMAN
0

Saiful Apek Terpaksa Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo

Apek akur dengan keputusan mahkamah. 

SUBANG JAYA: Pelawak Saiful Apek yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM200,000 terhadap penerbit filem David Teo terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.

Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini.

"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa.

"Malah peguam saya sendiri tidak memberitahu hal itu kepada saya. Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David)," katanya.

Apek berkata demikian pada sidang media khas di Tease Restaurant, Subang Avenue, di sini, petang Selasa, bagi menjelaskan isu pergelutan antaranya dengan David.

Terdahulu dalam laporan akhbar sebelum ini, Apek mendakwa David yang juga pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG) menganiayanya apabila gagal membayar wang pelaburan sebanyak RM200,000 bagi kerjasama melaksanakan projek dua buah filem iaitu Anak Mami Kembali dan Lady Boss.

Menurut Apek, dia ditawarkan berlakon dalam kedua-dua buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000 sebelum ia dilaburkan semula untuk dijadikan sebagai kos pembikinan filem berkenaan.

Dia juga dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM200,000 atau 10 peratus sebagai penerbit bersama.

Bagaimanapun Mahkamah Seksyen, Shah Alam membatalkan tuntutan tersebut.

Dalam pada itu Apek bertegas, tuntutan yang dilakukannya itu bukan ingin mencetuskan isu atau memfitnah produksi berkenaan.

"Saya tidak akan menimbulkan isu tuntutan berkenaan sekiranya ia tidak benar, tetapi nak buat macam mana, mungkin saya kurang arif tentang hal kontrak yang diberikan kepada saya sebelum ini.

Tambah Apek, insiden itu membuatkan dia merancang untuk menjadi sukarelawan dengan menubuhkan Biro Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni (KEMAS) bagi membantu para artis memahami tentang isu kontrak dalam sesebuah produksi.

"Dengan pengalaman yang telah dilalui, banyak pengajaran yang saya peroleh. Sebab itu saya ingin menjadi sukarelawan di mana menerusi KEMAS, artis-artis yang kurang memahami tentang hal-hal kontrak bekerja di bawah sesebuah produksi boleh merujuk kepada saya,” katanya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
0

Kepala Pelakon Yatt Hamzah 'Melekat'


Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.


"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."


"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

By: IMAM MUDA 3
0

Jimmy Shanley Dakwa Isterinya Pernah Ditampar Oleh Ibunya

Jimmy dan Nursuhaila ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.
   
SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam diberitahu isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah ditampar ibunya sendiri, Oktober tahun lalu.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, Jimmy mendakwa, ibu mentuanya menampar defendan, Nursuhaila pada 1 Oktober 2011 kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai anaknya itu.

Menurut Jimmy selaku plaintif, selepas kejadian itu, pada hari yang sama ibu mentuanya lari dari rumah dan menghubunginya untuk tumpang bermalam di rumah.

“Ibu mentua hubungi saya untuk tumpang bermalam kerana tidak ada tempat lain untuk pergi,” terang Jimmy ketika menjawab soalan peguam syarie Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila pada sesi soal balas perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat.

Tambah bekas pengacara Trek Selebriti dan Akademi Fantasia itu, dia berjumpa dengan isterinya pada 4 Oktober 2011 selepas ibu mentuanya memaklumkan defendan mahu berjumpanya.

“Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah.

“Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan,” katanya.

Bagaimanapun, Jimmy berkata dia hanya mendengar saja penjelasan Nursuhaila.

Pada prosiding semalam juga, Jimmy tidak menafikan dia pernah bertunang dengan orang lain, namun pertunangan itu putus sebelum dia bertunang dengan Nursuhaila.

Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi ‘Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I’.

“Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja,” katanya.

Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh dan Nursuhaila, 25, kini dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun tahun lalu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat bersambung 19 Julai 2012. (HMetroOnline)
0

Sedapnya Suara Tiz Zaqyah..Macam Agnes Monica!!


Umum sudah sedia maklum pelakon wanita, Tiz Zaqyah mempunyai bakat yang pelbagai apabila dia memperlihatkan bakatnya satu-persatu secara tersendiri.

Memulakan langkah seninya dengan menjadi pelakon, Tiz Zaqyah seterusnya mampu mempamerkan bakat melukis kepada para peminat.

Pada mulanya, dia hanya berkongsi kelebihan dirinya kepada peminat-peminat di laman sosial Facebooknya dan ternyata Tiz Zaqyah menerima pujian yang menggunung.

Seterusnya, Tiz Zaqyah membongkar pula bakatnya dalam bidang nyanyian apabila memuat naik video nyanyiannya ke laman Facebooknya juga secara suka-suka.

Terbaru, Tiz Zaqyah telah mendendangkan sebuah lagu nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica bertajuk Rindu.

Pada pengamatan penulis, Tiz Zaqyah mempunyai suara yang sedap dan seakan-akan sama seperti penyanyi asal lagu Rindu itu.

Apa kata anda pula? Dengarkan.




Oleh: NAIMAH SHAARI
0

Aaron Aziz Sedia Tunjuk Permit Kerja

Diyana Halik memakai set mutiara Raflessia bernilai RM250,000 sambil berkongsi kegembiraan bersama suaminya Aaron Aziz.

KUALA LUMPUR: Pelakon Aaron Aziz berani menyahut cabaran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang mahu Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) menyemak semula kemasukan artis-artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja.

Aaron yang merupakan warganegara Singapura berkata, dia tidak kisah untuk menunjukkan permit bekerja di negara ini yang dimilikinya jika diinginkan pihak terbabit.

"Saya menganggap perjuangan Seniman yang ingin membanteras kemasukan artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja adalah satu perkara yang dialu-alukan.

"Tetapi ia seperti tidak adil pula bagi artis seperti saya yang perlu melalui macam-macam perkara untuk berlakon di Malaysia termasuklah berhadapan dengan pihak Imigresen, sehinggakan mereka dah kenal dah saya yang kerap berulang alik ke pejabat mereka," katanya yang ditemui pada majlis pemberian hadiah barangan kemas bernilai RM250,000 di Rafflesia, Hotel Park Royal, di sini, Isnin.

Hadiah itu diberikan bersempena dengan kemenangan Aaron sebagai Bintang paling Popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011).

Tambah Aaron, walaupun ada sesetengah pihak merasakan perjuangan Seniman dibuat kerana ada kaitan dengan kemenangannya, namun dia menganggap dirinya langsung tiada kaitan dengan isu tersebut.

Sementara itu, mengenai hadiah barangan kemas yang diterima itu, Aaron bersyukur imbuhan yang diterima hasil daripada titik peluhnya itu dapat dikongsi bersama isteri tersayang, Diyana Halik.

"Selama ini bukan saya seorang yang bertungkus lumus mengukuhkan kerjaya sendiri tetapi isteri juga banyak membantu daripada segi pengurusan jadual penggambaran dan perjumpaan dengan pihak-pihak produksi.

"Jadi hadiah barangan kemas ini sememangnya layak buat Diyana yang bersusah payah untuk saya," tuturnya.

Dalam pada itu, ditanya tidakkah Aaron berasa risau dengan keselamatan keluarganya apabila mendedahkan penerimaan hadiah itu kata Aaron, dia ada menyediakan peralatan keselamatan di rumah.

"Semestinya saya ada meletakkan alat keselamatan dalam rumah kerana tidak mahu apa-apa perkara buruk yang terjadi kepada isteri dan anak-anak.

"Bagaimanapun selebihnya, saya berserah kepada Tuhan dan berdoa kepada supaya kami semua berada dalam keadaan selamat dalam semua perkara," tegas Aaron.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
0

Doktor Sahkan Fasha Sanda Mengandung


KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan disahkan mengandung seminggu lebih selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta di Ampang, semalam.

Dia yang diijabkabulkan dengan suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36, pada 28 April lalu di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai berita gembira itu kerana semuanya terlalu baru dan masih perlu menjalani satu lagi pemeriksaan minggu depan.

Fasha yang dihubungi semalam menyifatkan berita itu hadiah paling istimewa buat dia dan suami.

“Alhamdulillah semuanya rezeki dan saya sendiri tidak pernah menyangka ia terlalu awal buat kami berdua. Saya sebenarnya tidak tahu sehingga membuat pemeriksaan pagi tadi (semalam) di klinik di Ampang bersama pembantu peribadi dan kemudiannya doktor mengesahkan ujian air kencing positif yang mana saya sah mengandung.

“Suami sendiri terkejut kerana tidak menyangka menerima berita ini. Jika benar apa yang dikhabarkan kepada kami berdua ini, ia adalah rezeki dan doa kami berdua akhirnya terjawab untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin.

“Namun saya masih perlu menjalani ujian seterusnya bagi mengesahkan sekali lagi yang saya benar-benar mengandung,” katanya.

Fasha yang sebelum ini popular menerusi puluhan filem dan drama termasuk Cicak-Man dan Anak Halal sah menjadi isteri kepada Rizal yang juga seorang usahawan berjaya dalam majlis perkahwinan yang cukup indah dan sederhana di hadapan ahli keluarga dan sahabat rapat.

Pasangan ini baru saja pulang dari berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu pada minggu lalu selama lima hari.

Sementara itu Rizal yang lebih dikenali sebagai Jejai berkata, dia bersyukur dengan berita gembira ini dan mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar.

“Siapa gembira apabila dia (Fasha) menghubungi saya dan menyampaikan berita ini. Saya terlalu seronok dan bersyukur kerana diberikan rezeki begitu awal. “Sudah pasti saya akan lebih menjaga Fasha dan inginkan dia berehat dengan cukup bagi menjaga kandungan anak kami bersama. Inilah hadiah paling bermakna buat saya dan isteri,” katanya.
0

12 Selebriti Bergelar Ibu Paling Popular


Belum terlambat rasanya untuk kami ucapkan selamat hari ibu kepada semua mereka di’luar sana yang bergelar ibu. Dan, kami tahu laman gossip kami yang terpinggir ini menjadi pilihan ramai ibu ibu Malaysia untuk menghabiskan masa. Heh.

Anda sudah ucapkan selamat hari ibu buat ibu tersayang anda? Walaupun ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang Hari Ibu haram untuk di’sambut, anda & kami tahu kita bukan meraikan ibu gereja seperti kata mereka.

Bersempena Hari Ibu hari ini, kami kompilasikan 12 selebriti tempatan yang kini bergelar ibu dan paling popular di kalangan peminat dunia hiburan. Bagaimana kami tahu mereka popular? Melalui pertanyaan rambang di Facebook & Twitter. Heh.

Dan, ada selebriti yang masuk senarai ini atas pilihan kami sendiri. Seperti biasa, kami memang bias & memilih. Jika ada selebriti yang kami tertinggal atau lupa, jangan anda ketinggalan untuk undi mereka untuk senarai tahun hadapan. Enjoice!!


Kredit: Sumber
0

Gambar Majlis Pernikahan Anang Dan Ashanty

Anang Hermansyah memanjatkan doa setelah selamat diijabkabulkan. Kini Ashanty secara rasmi telah menjadi isterinya yang sah.

JAKARTA: Selepas melalui proses persiapan yang panjang, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dan Ashanty akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri.

Dengan sekali lafaz, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti itu bernikah dengan Ashanty di Masjid Albina, Senayan,Jakarta Selatan di sini pada petang Sabtu. Majlis akad nikah itu disaksikan keluarga kedua belah pihak.

Anang Hermansyah dengan rasminya telah menikahi Ashanty di Masjid Albina, Senayan, Jakarta Selatan, Sabtu (12/05/2012) dengan mas kahwin sebanyak Rp 12.512.
 


Ciuman mesra Anang Hermansyah untuk Ashanty setelah selesai upacara akad nikah di Masjid Albina, Senayan, Jakarta Selatan semalam.


Pasangan selebriti Anang Hermansyah dan Ashanty menunjukkan surat nikah mereka.


Bapa kepada Aurel dan Azriel itu menyunting Ashanty dengan mas kahwin berupa sepersalinan pakaian solat, dua set perhiasan dan wang hantaran sebanyak RM4.187 (Rp12.512), melambangkan hari jadi mereka.

“Dia (Ashanty) sekarang sah menjadi isteriku,” ujar Anang dalam nada bahagia sebelum memeluk dan mencium Ashanty di hadapan media.
Kebahagiaan terpancar dari senyum pasangan selebriti Anang Hermansah dan Ashanty.

Pernikahan tersebut berjalan dengan  lancar.Duda beranak dua itu dengan hanya sekali lafaz mengucapkan ijab kabul di hadapan wali,penghulu dan saksi serta para hadirin yang memenuhi Masjid tersebut.

Kredit Sumber: TRIBUNNEWS.COM
0

Dira Abu Zahar Tidak Lari Dari Wartawan


SECARA fizikalnya si pengacara dan pelakon itu nampak lasak. Menggemari motosikal berkuasa besar sudah cukup untuk menggambarkan bahawa dia bukan seorang wanita yang penakut kepada cabaran.

Apabila diteliti pada dalamannya pula, Dira Abu Zahar nampak kuat. Banyak kontroversi yang melanda dirinya, tetapi ditelannya bulat-bulat.

Biarpun dihambat cerita-cerita negatif, Dira tetap tegar percaya bahawa pahit manis merupakan asam garam yang harus dilaluinya sejurus bergelar orang popular.

"Biarpun cerita baik dan buruk keluar tentang diri ini, saya tidak takut dan sudah lama bersedia. Saya terima segala perkara (kontroversi) kerana percaya bahawa ia sudah termaktub dalam 'kontrak' setelah bergelar selebriti.

"Apabila cerita kontroversi melanda saya tidak pernah lari daripada wartawan kerana faham akan situasi seperti ini," katanya yang baru-baru ini tampil dengan filem Chow Kit.

Sebelum ini nama Dira masih samar, namun setelah menjadi pengacara rancangan hiburan popular, Melodi, namanya tiba-tiba meletup.

Tidak cukup dengan itu, nama Dira bertambah popular setelah tersebar cerita kes pergaduhannya di pusat hiburan saat setahun bergelar pengacara rancangan itu.

Kini nama Dira sudah dikenali. Kontroversi yang terpalit membuatkan namanya lebih melekat. Sayangnya, dek cerita negatif itu dia direhatkan daripada mengacara rancangan tersebut.

Bahkan, kontroversi itu turut dikaitkan dengan keengganan pihak produksi menyenaraikan Dira untuk mempromosikan filem Chow Kit yang membariskannya sebagai bintang utama.
0

Saiful Apek Tetap Tuntut Hutang Dari David Teo

SAIFUL APEK tetap akan meneruskan tuntutan terhadap haknya walaupun terpaksa berjuang di mahkamah.

PERKATAAN 'sedekah' yang diulang sebut oleh penerbit terkenal, David Teo sebanyak dua kali dalam sebuah program sensasi televisyen terhadap Allahyarham Bob Kuman mencetuskan polemik.

David yang sering mengeluarkan kenyataan celupar kali ini menyebabkan Saiful Apek hilang sabar. Sahabat baik Bob Kuman itu meluahkan perasaan tidak puas hatinya dalam laman sosial Twitter dan Facebook. Apek menyelar David dan menuntut tauke Metrowealth International Group Sdn. Bhd. (MIG) itu memohon maaf secara terbuka.

Tuntutan Apek itu mendapat pelbagai respons termasuk media arus perdana. David akur dengan kecaman Apek dan membuat satu kenyataan menerusi e-mel, Khamis lalu.

Masih tidak puas hati dengan bahasa David yang dianggap kurang beradab, Apek kemudian tampil dengan tuntutan-tuntutan sampingan termasuk memperjuangkan isu bayaran tertunggak berjumlah RM200,000. Dakwa Apek, bayaran itu sepatutnya dilangsaikan David hasil kutipan filem lakonannya dalam filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali, lima tahun lalu.

Permohonan maaf David sebelum ini dianggap belum cukup untuk membasuh luka dan hina terhadap keluarga Allahyarham Bob. Tidak sahaja hutang lakonan dan pelaburannya, pelawak itu turut menuntut David membayar tunggakan puluhan artis serta kru yang lain.

"Tanggungjawab nombor satu saya ialah menuntut David supaya membayar hutang maaf secara terbuka, bukan menerusi e-mel tetapi menerusi media elektronik.

"Dia (David) keluarkan kenyataan menerusi media elektronik jadi permohonan maaf juga harus dengan media elektronik. Memang David tiada hutang duit dengan arwah Bob, dia cuma ada hutang maruah kepada arwah dan keluarga arwah. Itu sahaja," jelas Apek saat dihubungi Sensasi Bintang baru-baru ini.

Sensasi Bintang juga difahamkan Apek bersama sekumpulan artis serta kru penggambaran akan mengadakan sidang media tergempar. Selain itu, Apek didakwa akan mengemukakan bukti-bukti penyelewengan pemilik rumah produksi gergasi itu.

Boleh namakan artis yang akan hadir untuk menuntut hak mereka nanti?


SAIFUL APEK: Terlebih dahulu saya minta maaf, saya tak boleh nak nyatakan di sini. Biarlah mereka hadir dulu ke sidang media berkenaan dan barulah masyarakat akan tahu dengan sendiri. Jika tidak dapat, saya memang mahu merakamkan luahan mereka untuk dipertontonkan kepada media pada sidang media berkenaan.

Adakah David Teo digesa hadir ke sidang media berkenaan?

Saya memang tak jemput tapi kalau David dan pihaknya ada rasa tanggungjawab, maka kehadiran mereka dialu-alukan.

Masalah ini nampaknya sudah berlarutan daripada satu isu kepada satu isu, apa sebenarnya tuntutan Apek?

Nombor satu, saya mahu tuntut hutang maruah dan permohonan maaf secara terbuka. Minta maaf menerusi e-mel tidak beri erti. Cara David bercakap kepada Melodi lain, dan cara dia hantar e-mel juga lain. Memandangkan David dan MIG ada masalah dengan ramai artis dan kru penggambaran, sidang media itu juga akan perjuangkan soal bayaran yang selama ini tidak diketahui pihak luar. Ramai yang takut mahu buka mulut sebab sayangkan periuk nasi.

Kenapa tak guna persatuan atau peguam untuk selesaikan soal bayaran itu?

Saya tak berniat nak ketepikan persatuan seni dalam soal ini. Media sudah buat hebahan dan saya yakin persatuan sudah sedar perkara ini. Saya amat berbesar hati jika ada pihak persatuan yang mahu turun padang bersama-sama saya nanti. Soal peguam pula, saya memang sedang berbincang dengan peguam. Saya sudah lantik peguam yang baharu untuk kendalikan kes ini. Kes saya dulu pernah dibicarakan di mahkamah, tapi hingga ke hari ini, saya sendiri tidak tahu apa statusnya.

Anda sendiri ada hubungi David berhubung isu bayaran itu?

Saya sudah puas saya turun naik pejabat MIG, sekarang tak guna lagi berdiam diri. David sendiri tidak hubungi saya, tapi seorang stafnya ada menghantar pesanan menerusi Twitter seolah-olah memperlekehkan saya. Tak mengapalah, saya berani kerana benar.

OLEH: TENGKU SUZANA RAJA HAMAT