0

Sam D'Lloyd Meninggal Dunia

Sam semasa sedang dirawat di Hospital.

Sam semasa membuat persembahan.

 
JAKARTA 9 Jun - VOKALIS kumpulan terkenal era tahun 70-an iaitu D'lloyd, Saymsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 pagi pada Sabtu.

Allahyarham meninggal pada usia 64 tahun.

Sahabat baiknya yang juga ahli kumpulan D'lloyd iaitu Bartje Van Houten ketika dihubungi media Indonesia memberitahu, Sam meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dihadapinya sebelum ini.

"Sakit jantung dan kanser paru-paru adalah punca kematian Allahyarham. pemergiannya adalah satu kehilangan buat industri muzik Indonesia," ujarnya.

Sam (tiga dari kanan) bersama ahli kumpulan D'lloyd ketika bertandang ke Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.


Kiri ke Kanan: Chairoel Muluk (drum), Bartje Van Houten (gitar), alm Syamsuar Hasyim (vokal), alm Papang (bass), alm Budiman Pulungan (keyboards) dan alm Andre Gultom (vokal, flute, saxophone)

Tambah Bartje, jenazah akan dikebumikan di Tanah Kusir, Jakarta.

Antara lagu popular kumpulan itu adalah seperti Keagungan Tuhan, Mengapa Harus Berpisah,Cinta Hampa , Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam di Malaysia dan banyak lagi.

D'lloyd bukan sahaja popular di Indonesia malah di Malaysia, Singapura dan Brunei.
0

Pemain Bass Kumpulan New Boyz Berdepan Hukuman Mati

Zack masih mampu tersenyum ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa, semalam.
 

SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Zack bergaya disamping kereta sport kesayangannya. (Gambar fail)


Zack bersma isteri dan anaknya. (Gambar fail)


Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
0

'Jalan Kembali: Bohsia 2' Merupakan Filem Terbaik 2012

 Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2


Bakat Syamsul Datuk Yusof Haslam dalam bidang pengarahan sememangnya tidak dinafi kan lagi. Pada pandangan penulis, Syamsul merupakan pengarah muda yang tahu menyediakan hidangan yang kena dengan selera  penontonnya.

Justeru tidak keterlaluan penulis katakan, filem Jalan Kembali:Bohsia 2 (JKB2) merupakan filem terbaik 2012. Filem lakonan Syamsul sendiri bersama Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, dan Harun Salim Bachik cukup rencahnya.

Filem ini merupakan fi lem ketujuh arahan Syamsul dan pengalamannya menghasilkan filem box-office sebelum ini menjadikan Bohsia 2 digarap dengan cukup baik. Tidak hanya memaparkan kecelaruan masalah remaja kini,  Syamsul turut menyelitkan elemen Islamik untuk suntik kesedaran kepada golongan remaja untuk berfi kir.

Pada pandangan penulis, jangan terlalu melihat syot-syot negatif dipaparkan termasuk syot Sofi Jikan (Keting) menolak seorang  imam di depan masjid, sebaliknya lihat segala mesej tersirat yang cuba dipaparkan.

JKB2 mengisahkan dua bohsia - Amy (Salina Saibi) yang sedang cuba kembali ke jalan yang benar ditempatkan di Rumah Pengasih selepas kejadian di pengakhir fi lem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam. Berbeza dengan nasib Tasya,  yang semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang bohsia yang dikawal ketat oleh Keting.

Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya daripada lembah yang hina. Seperti Amy,  Muz juga bertaubat dan tidak mahu bergelumang lagi dengan kehidupan yang pernah mensia-siakan hidupnya.


Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2 

Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu saudara Tasya lalu berjanji untuk mengembalikan Tasya ke pangkuannya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasya enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha membawa Tasya ke  jalan kembali. ‘Raja’ kumpulan Mat Rempit, Keting kian rakus dengan aktiviti songsangnya dengan Tasya di sisinya.

Dalam masa sama, dia meneruskan niat jahat menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Bagaimanapun, pengakhiran cerita ini yang sedikit longgar menyebabkan penulis tertanya-tanya mengenai nasib Ejan dan kurang berpuas hati dengan cara kematian Keting. Namun, kelemahan itu boleh dimaafkan dengan jalan cerita yang begitu mantap sepanjang satu jam 35 minit fi lem ini dimainkan.

OLEH NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
0

Aktres Carmen Soo Paling Seksi di Asia Tenggara



Sebahagian besar daripada anda mungkin tidak mengenali siapakah gerangan gadis ini. Diperkenalkan... Carmen Soo. Aktres Malaysia berketurunan Cina yang sering muncul menerusi lakonannya dalam drama ataupun filem pelbagai bahasa. Itu pun kalau anda tonton drama mahupun filem tempatan lah. Atau senang kata, gambar salah satu model yang terpampang di papan iklan mega di Bukit Bintang bagi jenama fesyen Jepun, Uniqlo, dia lah tu.

Baru-baru ini, majalah lelaki Complex telah menyenaraikan 25 pelakon antarabangsa paling seksi yang mungkin peminat hiburan tidak pernah dengar nama mereka dan apa yang menjadi perhatian. Sekaligus pelakon teater 'A Girl From Ipoh' ni merupakan satu-satunya figura yang mewakili Asia Tenggara yang berada dalam kedudukan top 5.



Pelakon kelahiran Ipoh, Perak ni mula mendapat perhatian selepas membintangi drama Kahit Isang Saglit pada tahun 2008. Sementelah drama TV hits Filipina itu tercalon dalam finalist anugerah Antarabangsa Emmy.

Perkembangan terkini, Carmen Soo sedang menjalani tiga projek besar di Asia termasuk filem 3D pertama Malaysia, The Hunter.





- mD
0

Gambar Majlis Perkahwinan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Detik Bahagia..Eric Daniel Depp mengucup dahi isterinya Nurul selepas diijabkabulkan.

Ayu Nazirah (tengah) di samping ibunya penyanyi Nurul Wahab dan bapa tiri Eric Depp pada majlis pernikahan mereka di Duchess Place di sini, Rabu.







KUALA LUMPUR: Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47, dengan sekali lafaz di Duchess Place di sini, Rabu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 14, manakala Eric hadir bersama kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Nurul yang menggalas status ibu tunggal selama lima tahun menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (RM20,000).

Nurul turut menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Pada majlis berkenaan, Nurul tampil anggun mengenakan gaun berona putih rekaan Riezman Ruzaini dan Eric pula segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal. Kedua-dua mempelai dirias jurusolek Deq Sha.

Pada majlis itu, emosi Nurul tersentuh dan dia tidak henti-henti mengalirkan air mata ketika memberikan ucapan kepada 200 tetamu. “Saya terlalu terharu dan bersyukur dengan perkahwinan ini. Maklumlah sepanjang lima tahun bersendirian, saya menempuh pelbagai dugaan secara sendirian sehinggalah Tuhan mempertemukan saya dengan seorang lelaki yang begitu penyayang dan ikhlas. “Eric lelaki yang sangat matang dan menerima diri saya seadanya. Dia juga sangat menghormati semua ahli keluarga saya,” kata Nurul.

“Pertemuan kami terjadi di majlis rumah terbuka hari raya rakan kami, Zahidah Rafik pada September 2010. Sejak mengenali Nurul, saya mulai faham budaya Melayu dan sekarang saya sedang mempelajari bahasa Malaysia,” kata Eric yang ditemani ibu bapanya, Roland dan Germaine Depp.

Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura dan suami, guru vokal Siti Hajar dan pelakon Jehan Miskin.

Majlis diacarakan oleh pelawak Eida Moin dan penulis lirik Shah Shamsiri.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat pasangan ini.

Sebelum ini, Nurul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Mohd Faizal Maas (Ajai) pada 25 Disember 1996.

Hasil perkahwinan selama 11 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.












Kredit Gambar: budiey.com
0

Nurul Wahab Nikah Esok



Saat ini, pastinya hati insan bernama Nurul Huda Abdul Wahab atau mesra disapa Nurul, 35, sedang berbunga-bunga, gembira bercampur gementar (MD dah macam tukang tilik la pulak...), menanti detik bahagia. Kurang lebih, 24 jam saja lagi penyanyi hitam manis ini bakal menamatkan status ibu tunggal yang telah dipegang selama enam tahun. Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Azali ni bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya, Eric Depp atau nama Islamnya Eric Daniel Depp, 47, seorang berketurunan Perancis.

Acara ijabkabul akan berlangsung di satu majlis penuh eksklusif sekitar jam 10.30 pagi (Rabu) bertempat di Dutches Place, Jalan Ampang. Dijangka seramai 200 tetamu jemputan yang akan hadir.

Lebih istimewa majlis pernikahan itu nanti akan dilangsungkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis sebagai memudahkan pemahaman para tetamu yang datang dari pelbagai bangsa.

Difahamkan ibu bapa bakal suaminya telahpun sampai dari Perancis pada 25 Mei lalu. Begitu juga anaknya Ayu Nazirah, 14 yang juga telah menemani Nurul Wahab bagi membuat persiapan bersama-sama sejak bermulanya cuti sekolah.

Nurul yang bakal menyarungkan persalinan indah rekaan Rizman  Ruzaini, manakala bakal suami akan menggayakan sut rekaan Bon Zainal.

Dikhabarkan juga sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bong Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.

Bagaimanapun pasangan ini tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan.

MD doakan semoga majlis pernikahan nanti berjalan dengan lancar dan selamat pengantin baru (lebih dulu), semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

- mD
0

Adda (Bekas Kekasih Mamat Sepah) Bercerai Selepas 17 Hari Berkahwin



Nur Syuhada, 24, atau lebih dikenali sebagai Adda vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin.

Adda yang ditemui semalam ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem 'Mael Lambong' mengesahkan perkara tersebut.

"Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.

"Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan," jelasnya.


Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja.

Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui.

Terkini, dia dalam proses mempromosikan album kumpulan Butterfly bertajuk 'Lelaki Pilihan'.
0

Gambar Majlis Persandingan Fasha Sandha Dan Jejai di Tasoh Lake Resort, Perlis

Dengan berlatar belakangkan Tasik Timah Tasoh yang luas dengan persekitaran keliling banjaran bukit yang begitu indah, Fasha dan suaminya, Rizal sekali lagi diraikan dalam majlis resepsi untuk sebelah keluarga perempuan dengan meriah.

Memang betullah kata-kata pengantin perempuan, Nur Fasha Sandha Hassan bahawa kampung halamannya begitu cantik untuk dijadikan lokasi persandingannya bersama lelaki yang berjaya menambat jiwanya, Rizal Ashram Ramli.

Pasangan yang diijabkabulkan pada 27 April lalu dalam majlis pernikahan tertutup di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur itu tampil dalam persalinan Melayu tradisional sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini di depan kira-kira 2,000 tetamu yang terdiri daripada kalangan keluarga, sahabat, teman media dan peminat daripada kelab We Love Fasha Sandha.


Ia turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri, Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan isteri serta bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan isteri.

(Gambar-Gambar Sumbangan Jurugambar Saiful Salleh dari Kuala Perlis,Perlis...terima kasih banyak2 Epoi)











0

Nia Ramadhani Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Nia Ramadhani dan suaminya Ardie Bakrie pada hari pernikahan mereka pada April 2010. - Foto KOMPAS

JAKARTA: Aktres Indonesia Nia Ramadhani selamat melahirkan seorang bayi perempuan Mikhayla Zalindra Bakrie pada pukul 7.25 pagi di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan di sini, Sabtu.

“Alhamdulillah, telah lahir putri pertama kami, Mikhayla Zalindra Bakrie, pada hari Sabtu pukul 07.25 pagi,” kata sumber yang juga ahli keluarga pelakon itu dikenali sebagai Yasmin menerusi kiriman Blackberry Messenger kepada portal Kapanlagi.com.

Nia yang terkenal menerusi drama sinetron Bawang Merah, Bawang Putih itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram itu hasil perkahwinannya dengan usahawan Ardie Bakrie pada April 2010.

Difahamkan, kedua-dua bayi dan ibunya berada dalam keadaan sihat.

“Dengan berat 3130 gram dan panjang 48 cm. Ibu dan anak dalam keadaan sihat,” kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu, suaminya Ardie Bakrie tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak di atas kelahiran bayi itu sehingga menitiskan air mata kesyukuran.

“Saya membayangkan kesakitan yang ditanggung oleh Nia sehingga dia selamat melahirkan anak kami sampai saya menitiskan air mata,” ujar Ardie saat ditemui pemberita di hospital berkenaan.