0

Ana Raffali Sah Bergelar Isteri Ahmad Aznaim



KUALA LUMPUR - Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi popular  Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau Ana Raffali sah bergelar sebagai isteri Ahmad Aznaim Abdullah, 30, tepat pada jam 11.55 pagi tadi, pada majlis yang berlangsung di  Masjid Al Hidayah, Taman Melawati di sini.
Pasangan Ana-Ahmad Aznaim dinikahkan oleh bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor dengan mas kahwin RM11,412.
Pada majlis itu, Ana, 26, turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang.





Penyanyi Tolong Ingatkan Aku ini mengumumkan tarikh nikah mereka akhir bulan lalu. Ana mengenali Ahmad Aznaim sejak 2005.
Pada sidang media akhir bulan lalu, Ana berkata: "Naim ialah seorang jurugambar dan kami berkenalan melalui sepupu saya. Secara kebetulan, saya memang minat bidang fotografi."
“Disebabkan minat yang sama, kami semakin serasi. Namun, ketika itu Naim tidak mengetahui bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu,” katanya.
Katanya, sikap Naim yang penyabar membuatkan dia tertarik dengan jejaka pilihannya itu dan secara tidak langsung membuka hatinya untuk lebih serius dalam hubungan tersebut pada 2008.
Oleh:Siti Nursyahidah Abu Bakar
0

Lisa Surihani Kini Milik Yusry KRU

0

Al-Fatihah!! Anak Amir Ukay’s Meninggal Dunia



Penyanyi, Amir Ukay’s kehilangan anak lelakinya, Muhammad Imran,15, berikutan masalah kompilasi jantung yang dihidapi sejak kecil.

Menurut Amir, anaknya menghembuskan nafas terakhir waktu solat Maghrib semalam, ketika dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles, Ampang.

“Saya tidak sangka dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun saya redha dengan pemergiannya," katanya.

Jelas Amir, Imran menetap bersama ibu mertuanya sejak dia bercerai dengan isterinya pada 2006.

“Kali terakhir saya berhubung dengan arwah, empat hari lalu.

"Ketika itu Imran ingin memberi tahu nombor telefon bimbitnya yang baru,” katanya.

Amir berkata, sepanjang hayat, arwah pernah menjalani tiga kali pembedahan kerana masalah jantung.

Tambah Amir, semasa arwah kecil, doktor pernah memberitahu penyakit Imran agak kompleks dan tidak ada penawarnya, malah bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan.

Malah dia sering berdepan masalah kesihatan tidak menentu.

“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan,” ujarnya yang turut memberitahu bekas isterinya berada di London di saat putera kesayangan mereka meninggal.

Jenazah anaknya dikebumikan malam tadi di Masjid Attaqwa Taman Tun Dr Ismail.

Sementara itu, vokalis kumpulan Ukay’s yang terkenal dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, ini turut mempunyai seorang lagi anak yang merupakan saudara kembar Imran.
Oleh:Wartawan Sinar Harian
0

Jasadnya Sudah Tiada Tetapi Namanya Tetap Terpahat Di Sanubari

Allahyarham Sudirman Hj Arshad


PETALING JAYA: Hari ini (Rabu) bersamaan 22 Februari 2012, genaplah 20 tahun pemergian Sudirman Hj Arshad, penghibur nombor satu Asia. Beliau pergi meninggalkan kita ketika berusia 37 tahun.
Biarpun jasadnya sudah tiada, namanya tetap terpahat di sanubari terutama sekali kepada mereka yang pernah membesar ketika zaman kegemilangan beliau.
Berita kematian Allahyarham diumumkan ke seluruh negara oleh Radio Malaysia Rangkaian Nasional, pada satu pagi, waktu subuh.
Ia amat mengejutkan seluruh peminat tanah air. Ada yang menitiskan air mata kerana tidak percaya akan berita yang didengar itu.
Dan ternyata, pemergian Allahyarham sehingga kini masih tiada penggantinya. Tiada insan yang mampu menandingi kehebatan Allahyarham.
Beliau bukan sahaja penghibur tetapi boleh diumpamakan sepohon rendang yang lebat buahnya.
Pohon itu menjadi tempat bertaut dan tempat untuk menumpang teduh kerana sifat Allahyarham yang gemar menolong. Malah kebaikan beliau sering digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan.
Penulis lirik dan juga penerbit filem Habsah Hassan antara individu yang amat akrab dengan Allahyarham.
Lirik-lirik lagu yang dihasilkan oleh Habsah biasanya mempunyai makna tersirat menggambar hati naluri Allahyarham.
Habsah dalam diri Sudirman bagaikan kakaknya sendiri. Segala masalah di kongsi termasuklah kisah-kisah peribadi.
“Dia antara artis yang benar-benar rapat dengan saya. Dia tidak pernah menyembunyikan kisah peribadinya selain selalu meminta nasihat saya jika berhadapan dengan apa juga masalah.

Sudirman mengadakan sidang media selepas menjadi penghibur nombor satu Asia pada tahun 1989.
 
“Saya benar-benar sayangkan dia kerana dia adalah anugerah Tuhan yang amat luar biasa sekali,” ujar Habsah kepada mStar Online dalam satu temu bual sebelum ini.
Allahyarham adalah manusia yang amat istimewa dan antara artis contoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya tetapi dalam pelajaran.
Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan membesar dalam keluarga yang aktif berpolitik menerusi Umno.
Ibunya Romlah Dahalan merupakan wakil rakyat wanita pertama di kawasan Temerloh. Beliau meninggal dunia ketika Sudirman berusia lima tahun.
Kematian ibunya itu menyebabkan bapanya Arshad Hassan berkahwin lain sebekum meninggal dunia pada tahun 1978.
Anak bongsu daripada enam beradik ini melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehinggalah berjaya mendapat ijazah dalam bidang berkenaan pada tahun 1980.
Beliau menjalani latihan amalan guaman pada tahun 1984 dan layak menjadi peguam bertauliah. Namun minatnya dalam bidang seni menyebabkan Allahyarham meninggalkan kerjayanya itu.
Sejarah dalam bidang seni Allahyarham terbuka luas apabila beliau berjaya menyandang Johan Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976.
EP pertamanya dihasilkan pada tahun 1977 berjudul Teriring Dosa dan Suratku Yang Ini terbitan Warnada Records. Ia diterbitkan ketika beliau masih lagi menjadi penuntut di Universiti Malaya.

Penghibur nombor satu Asia.

Kerjayanya seninya terus berkembang apabila EMI menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman pada tahun 1978.
Beliau bukan sahaja mempunyai lagu-lagu yang menyentuh jiwa sebaliknya Allahyarham turut berkeupayaan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita dan Warisan.
Paling membanggakan pada tahun 1986 Allahyarham dilantik sebagai Duta Nyanyian Pelancongan apabila berjaya mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysia ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat yang dijadikan tema Tahun Melawat Malaysia pada 1986.
Gegarkan Chow Kit
Kehebatannya tidak terhenti apabila mampu menjadi artis pertama negara dalam sejarahnya yang berjaya menarik lebih 100 ribu warga kota untuk menyaksikan konsertnya di Chow Kit, Kuala Lumpur secara percuma.
Penghasilan konsert itu adalah sebahagian daripada keluhuran budi Sudirman yang sanggup melayan peminatnya tanpa mengira pangkat atau darjat.
Chow Kit adalah simbol untuk mereka yang kurang berkemampuan dan di lokasi itulah Allahyarham memperdagangkan bakatnya untuk para peminat golongan tersebut supaya dapat mendekatinya dalam satu persembahan percuma.

Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986.
 
Kemuncak keagungan Allahyarham apabila beliau diumumkan sebagai Penghibur Asia Terbaik, Asia Popular Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengalahkan lapan peserta negara Asia termasuk Anita Sarawak yang mewakili Singapura.
One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown menjadi tuah kepadanya dalam pertandingan itu.
Sementara menerusi pertandingan Juara Lagu pada tahun 1987, Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan lagunya Merisik Khabar apabila tampil menggunakan pemetik api sebagai simbolik dalam persembahan itu.
Runtuhnya Istana Cinta
Seperti insan lain, Sudirman juga mahu memiliki keluarga dan memilih tarikh 14 Februari 1981 untuk mendirikan rumah tangga dengan Kamariah Jamaluddin tetapi sayangnya, mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa memiliki anak.
Penceraian itu disaksikan oleh rakan Sudirman sendiri iaitu penyanyi Norkumalasari yang menyifatkan suasana sayu menyelubungi perpisahan itu apabila pasangan tersebut tidak dapat membendung tangisan air mata tatkala cerai dilafazkan.
Dua perkara yang benar-benar menyentuh hati Sudirman dalam hidupnya iaitu kematian ibu tersayang dan kegagalan perkahwinan yang dibina.
Bukan Kerana HIV
Kematian Sudirman dikaitkan dengan pelbagai spekulasi sehinggalah ada pihak yang membuat tuduhan kononnya beliau dijangkiti HIV.
Allahyarham sebenarnya meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain turut dikaitkan dengan penyakit misteri.
Malah Habsah Hassan dan juga wartawan veteran Utusan Malaysia, Bahyah Mahmod antara individu yang diberi peluang menatap jenazah Allahyarham pada hari kematiannya.

Imej Jalur Gemilang begitu sinonim dengan Sudirman ketika membuat persembahan.
 
Kata Habsah , tubuh Allahyarham begitu kecil seperti seorang kanak-kanak. Mungkin atas sebab itulah dia enggan gambarnya dirakamkan sewaktu sedang sakit kerana tidak mahu peminatnya meratapi ujian yang dihadapi itu.
Sudirman bagaikan sudah mendapat petanda dia sebenarnya tidak boleh hidup lama. Lagu Salam Terakhir yang ditulis oleh Manan Ngah sementara lirik oleh Habsah itu menggambarkan yang dia akan pergi buat selama-lamanya.
Kemuncak kejatuhan Allahyarham dalam kerjaya seninya bermula pada 17 Julai 1991 apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakal, Kuala Lumpur selama empat hari selepas dikatakan pengsan akibat terjatuh.
Selepas peristiwa itu, Sudirman sukar dijejaki apabila keluarganya merahsiakan lokasi tempat beliau mendapatkan rawatan.
Selama tujuh bulan peminat tertanya-tanya ke manakah hilangnya Allahyarham, akhirnya persoalan itu terjawab apabila beliau dilaporkan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di rumah kakaknya, Datin Rudiah Arshad di Lucky Garden, Bangsar Park.
Dalam suasana pilu, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.
Ribuan peminat menziarahi jenazah Allahyarham termasuklah Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Kejayaan Allahyarham dalam dunia seni sehingga berjaya mengharumkan nama negara membuatkan beliau dikurniakan darjah kebesaran daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 18 Jun 2009 yang membawa gelaran Datuk.
Sudirman, engkau pergi meninggalkan nama bersama jasa yang akan dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

0

Misha Omar Selamat Bertunang


Misha anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim pada majlis pertunangannya semalam.

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar, 30, menamatkan segala spekulasi mengenai status dirinya apabila memilih juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly,30, sebagai bakal suaminya.
Pasangan itu bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan kira-kira pukul 1 tengah hari, Isnin.
Misha yang anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim menerima lima dulang hantaran berbalas lima.
Penyanyi lagu Adam dan Hawa itu rasmi bergelar tunangan kepada Firos selepas disarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya, Asmah Kenin.
Misha bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun menjelaskan jika tiada aral melintang akan diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
"Firos menepati segala ciri yang saya impikan daripada seorang lelaki. Selain cinta yang tulus, Firos juga mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, selain rapat dengan anak angkat saya, Muhammad Adam Emir.
"Hubungan rapat mereka telah membuka pintu hati saya menerimanya sebagai bakal suami. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu memahami perjalanan hidup saya," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.
Misha berharap, semua peminat mendoakan impiannya untuk bergelar isteri terlaksana.
"Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil.
"Saya cuma memenuhi permintaan kedua belah keluarga yang mahukan pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup.
"Insya-Allah perkahwinan kami akan dilangsungkan dalam tahun ini juga tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi," katanya.-mstar
0

Penyanyi Dan Pelakon Wan 'Shades' Dituduh Rogol Anak Tiri

Wan Shades

KUALA LUMPUR  – Penyanyi dan pelakon, Mohamad Faizal Mohd Ali, 38, atau di kenali sebagai Wan Shades telah membuat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana semalam selepas dituduh melakukan serangan seksual iaitu merogol anak tirinya.
Wan terkena ‘tempias’ fitnah itu berhubung dengan isu seorang ‘pelakon buas’ yang dilaporkan baru-baru ini dalam sebuah akhbar tempatan telah bertindak liar dengan merogol dan melakukan serangan seksual terhadap anak tiri sendiri.
Malah, nama Wan juga semakin di sensasikan oleh sebuah blog gosip hiburan yang meletakkan diri pelakon dan penyanyi bekas kumpulan Shades itu sebagai suspek utama dalam kes jenayah rogol tersebut.
Namun, Wan telah tampil memberikan maklum balas berhubung isu itu dan menafikan bukan dirinya sebagai suspek yang melakukan serangan seksual itu dan melihat fitnah itu adalah tidak berasas memandangkan dia masih lagi belum berkahwin.
Selain itu, Wan juga terkejut dengan fitnah tulisan dari blog gosip tersebut yang telah menjatuhkan maruah dan memburukkan nama serta kredibilitinya yang memegang jawatan penting dalam Pertubuhan Silat Seni Gayung.
“Tuduhan palsu itu menjatuhkan maruah saya yang kini aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan. Kerana fitnah blog itu, ramai pihak menunding jari dan memarahi saya hingga menjatuhkan maruah sebagai artis dan memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.

Kumpulan Shades (Wan duduk paling depan) 


“Saya terkejut selepas melihat dakwaan itu selain mendapati peminat dan orang ramai memberi kata-kata negatif hingga menjatuhkan maruah. Saya akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk saman malu terhadap penyebar fitnah,” kata Wan Shades yang diambil dari blog gosip Beuatifulnara.com.
Semalam, seorang penyanyi kumpulan R&B yang terkenal suatu ketika dulu dikatakan telah ditahan reman kerana disyaki merogol anak tirinya sendiri.
Dalam kes jenayah tersebut, butiran diri tentang pelakon yang melakukan ‘aksi’ tersebut masih tidak diketahui memandangkan polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut.
Oleh: NAIMAH SHAARI
0

Al-Fatihah!! Latif Ibrahim Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.
Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).
Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.
Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.
Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.
Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.
0

Cincin Jadi Bukti Video Bogel Melia Aimiellia Adalah Benar



Kecoh dunia hiburan tanahair dengan tersebarnya video bogel pelakon Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia.
Seorang pengirim tidak dikenali yang hanya mahu dikenali sebagai “Paddox” telah mengirim video yang berdurasi hampir 30 saat dan memaparkan seorang gadis mirip Melia Aimiellia kepada OHBULAN!.
Video itu menunjukkan gadis mirip Melia itu sedang melakukan aksi ghairah dan mendedahkan bahagian atas tubuhnya termasuklah payudaranya.
Sehubungan itu, wartawan OHBULAN! segera menghubungi Melia Aimiellia untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang sedang melanda pelakon yang baru hendak mencipta nama ini.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip yang tersebar mengenai diri saya. Selepas melihat gambar tu, hampir tergelak pun ada kerana itu bukan saya. Lucu betul,” ujar Melia menafikan isu video bogel tersebut.
Melia yang baru sahaja berumur 19 tahun turut meluahkan rasa terkejut dan terkilannya kepada OHBULAN! mengenai Gossip: Video Lucah Heroin Filem Tersebar! yang hangat diperkatakan sekarang ini.
   “Saya agak terkejut dan terkilan sebenarnya, tapi sedikit pun saya tak takut dengan gosip ini sebab itu bukan saya. Saya akan cuba bersihkan nama saya selepas ini, Insyaallah,” tambah Melia Aimiellia lagi.
Namun begitu, Melia yang sedang sibuk menjalani penggambaran sekarang ini berkata bahawa dia akan menyerahkan segala urusan lain kepada ibunya untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.
“Terserahlah, kalau orang mahu percaya atau tidak. Saya tak paksa orang untuk percaya, hanya orang (Ibu) yang kenal dan rapat dengan saya tahu bentuk tubuh saya. Saya hairan kenapa jadi begini, saya tahu saya ramai musuh tapi saya cuba buat yang terbaik walaupun saya tahu ada orang tak suka saya.”
Ditanya jika Melia ada mengesyaki sesiapa berkenaan penyebaran video bogel mirip wajahnya ini, Melia menjelaskan bahawa dia hanya berserah pada Tuhan. Melia juga sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya bahawa gadis dalam video itu bukan dirinya dan ini semua angkara fitnah orang yang dengki terhadapnya.
    “Itu memang bukan saya, saya menafikan sekeras-kerasnya. Tuhan itu Maha Adil, semoga dia memberikan balasan pada mereka,” jelas Melia Aimiellia mengakhiri perbualan.
Bagaimanapun seorang pembaca OHBULAN! yang prihatin telah menghantar e-mail kepada kami mengenai penemuannya terhadap sekeping gambar dari artikel kami sebelum ini!



Dalam tidak sedar, rupanya sekeping gambar yang pernah diambil oleh wartawan OHBULAN! ketika mengikuti Jelajah Festival Filem Malaysia Ke-24 mempunyai bukti bahawa video bogel yang sebelum ini tersebar adalah benar.
Gambar yang kami muat-naik untuk artikel bertajuk “Video Bogel Itu Bukan Saya!” – Isu Video Bogel Mirip Melia Aimiellia menunjukkan Melia memakai cincin berwarna hitam di jari hantunya dan cincin berwarna perak di jari manisnya tangan kanannya sama seperti gadis didalam video bogel tersebut. Ini menguatkan lagi bukti bahawa gadis didalam video itu adalah Melia.
Kami sangat berharap bahawa gambar ini adalah hasil dari teknik ‘super-imposed’ tahap dewa yang kami yakin adalah perbuatan dengki pihak yang tidak sukakan Melia.
Apa yang pasti, Melia Aimiellia sudah menafikan sekerasnya bahawa gadis didalam video tersebut bukanlah dirinya. (www.ohbulan.com)