0

Anzalna Tak Akan Minta Maaf Dengan Neelofa



ANZALNA mendakwa, sehingga kini dia masih belum mendapat notis daripada peguam Neelofa untuk membuat sebarang permohonan maaf atau menunjukkan sebarang bukti mengenai kenyataan yang dikeluarkan terhadap Neelofa.

PERANG antara dua pelakon baru meningkat naik, Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, atau Neelofa dan Nur Anzalna Md. Nasir, 24, atau Anzalna nampaknya sudah sampai kemuncak. Neelofa telah melantik dua orang peguam iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk memastikan Anzalna bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dianggap satu fitnah ke atas dirinya.

Anzalna juga tidak berdiam diri. Pelakon tersebut bagaimanapun enggan mengulas panjang kerana memberitahu dia kini juga telah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman yang akan mengendalikan kes tersebut.

Bagaimanapun Anzalna dengan tegas memberitahu dia tidak akan menurut tuntutan yang dibuat oleh Neelofa kerana sehingga kini, masih belum menerima sebarang notis daripada pihak peguam pelakon kelahiran Kelantan itu.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Anzalna selanjutnya.

Boleh anda komen apabila Neelofa melantik peguam dan mahu menyaman anda berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar?

Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa apabila dia ambil perkara ini terlalu serius sehingga melantik peguam. Saya tidak akan memberi apa jua penjelasan kepadanya (Neelofa).

Kenapa anda terkejut dengan tindakan Neelofa sedangkan anda sendiri membuka aib dia?


Bukan tujuan saya mahu buat publisiti murahan. Kalau saya mahu buat, dah lama saya buat dan buka cerita. Tetapi saya tidak sangka cerita ini diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu.

Maksud anda penulis akhbar tersebut?

Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak. Tetapi, saya enggan komen panjang takut isu lain pula yang timbul.

Apakah tindakan anda selepas ini?

Bila dia (Neelofa) ambil benda ini serius, saya juga akan buat perkara yang sama. Saya juga sudah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman, peguam yang sama mengendalikan kes pelakon Fazura dahulu untuk mengendalikan kes ini.

Setakat ini adakah anda menerima sebarang surat atau tuntutan daripada Neelofa?

Setakat ini, saya tidak menerima sebarang surat atau notis tuntutan daripada dia. Jika dapat nanti, biarlah peguam saya yang uruskan semuanya. Sekarang, segala urusan kes ini telah mula diambil alih oleh peguam saya.

Adakah anda menyesal dengan kenyataan yang telah anda berikan?

Sikitpun saya tak menyesal kerana apa yang saya luahkan itu benar. Cuma, saya tak mahu memanjangkan cerita atau mengaibkan dia lagi. Cukup sekadar apa yang disiarkan itu.

Adakah anda akan membuat permohonan maaf dan menunjukkan bukti dalam tempoh tujuh hari seperti yang dikehendaki Neelofa?

Saya tak akan buat permohonan maaf atau memenuhi kehendak pihak Neelofa. Bukan kerana saya tak mahu buat, tapi masalahnya, selepas tempoh tiga hari, saya masih belum menerima sebarang notis daripada dia. Jadi macam mana saya nak selesaikan masalah ini secara profesional jika belum mendapat notis tersebut. Selebihnya, saya serahkan kepada peguam saya.

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
0

Siti Sarah Fobia..


Kehilangan mengejut pembantu rumah menjejaskan kelancaran rutin harian Siti Sarah.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah berasa fobia apabila orang gajinya meninggalkan rumah secara tiba-tiba sejak seminggu lalu tanpa sebab ataupun sebarang notis.

Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin Hamzah, 28, berkata pelbagai urusan harian terutamanya melibatkan hal penjagaan anaknya Uwais Alqarni yang berusia enam bulan, terjejas ekoran ‘kehilangan’ secara mengejut amah dari Indonesia itu.

“Saya menjadi fobia dengan insiden kehilangan pembantu rumah secara mengejut. Pada satu petang kira-kira seminggu yang lalu dia tidak pulang ke rumah selepas keluar bersiar-siar.

“Ketika dihubungi, dia kata ada urusan yang perlu diselesaikan dan langsung tidak pulang semula sejak itu.

“Saya agak ‘patah kaki’ kerana terpaksa meninggalkan Uwais di pusat asuhan kanak-kanak apabila hendak keluar bekerja,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya adakah dia bersikap kasar terhadap amah berkenaan sehingga menyebabkan wanita itu melarikan diri, isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) ini berkata dia tidak berbuat demikian kerana menyenangi kerja pembantu rumah itu.

“Saya tidak pernah memarahi dia apatah lagi untuk memukul atau bertindak kasar. Dia bekerja dengan baik dan mengasuh anak saya dengan penuh kasih sayang. Malah, suami (Shuib) juga senang dengan tugasannya.

“Saya sendiri terkejut dan hairan dengan apa yang berlaku kerana dia tidak pernah melakukan sebarang perbuatan khianat atau mencurigakan ketika di rumah,” ujarnya.

Justeru itu, dia sudah melaporkan kehilangan amah itu kepada ejen terbabit dan kini masih menunggu pembantu rumah yang baru.

“Memang susah apabila tiada pembantu rumah kerana saya terpaksa melakukan segala urusan di rumah sendiri terutamanya hal mengasuh anak.

“Saya sudah membuat laporan kepada ejen berkenaan dan sedang menunggu amah yang baru sebagai pengganti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sarah yang sedang giat mengamalkan diet dan senaman intensif bagi mengembalikan berat badan asalnya berkata, dia perlu berhati-hati dalam gerak-geri walaupun sudah tamat tempoh berpantang.

“Saya perlu berhati-hati dalam pergerakan walaupun sudah habis tempoh berpantang bagi mengelakkan kemudaratan kepada kesan jahitan daripada pembedahan melahirkan Uwais.

“Saya melahirkannya melalui pembedahan, jadi saya tidak boleh lasak ketika bersenam. Sebab itu, saya mendapatkan khidmat jurulatih ketika di gimnasium,” katanya yang sudah susut berat badan sebanyak dua kilogram sejak seminggu lalu.

Oleh WAHIDUZZAMAN
0

Apakah Motif Apex Dan Leuniey Tunjuk Cincin??




Kalau dahulu, penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex dilanda gosip yang mengatakan dia bercinta dengan seorang gadis manis bernama Leuniey.

Hubungan itu dikatakan berlaku hingga menyebabkan tali pertunangan Leuniey dengan seorang lelaki terputus di tengah jalan.

Tetapi, Apex menafikan gosip tersebut dan kenyataan itu disokong oleh bekas tunang Leuniey sendiri yang mengatakan Apex tiada kena-mengena dengan kekecohan cerita cinta yang timbul.

Mungkin rezeki untuk kedua-dua belah pihak, Apex danLeuniey dipertemukan sebagai model dalam iklan komersial minyak wangi milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Sekali lagi timbul cerita mengatakan mereka mempunyai hubungan cinta.

Dan sekali lagi juga kedua-dua mereka menafikan kenyataan serta menepis semua dakwaan tersebut

Namun, sedikit pelik kerana sekarang ini, mereka dikatakan sedang hangat menyulam kasih dan sayang antara satu sama lain!

Apex dan Leuniey dikatakan tidak segan untuk menyatakan ‘sesuatu’ di laman-laman sosial yang semakin banyak ketika ini.

Terbaru, Apex menggungakan gambar gabungan mukanya dengan seorang gadis yang kalau diperhatikan wajahnya mirip seperti Leuniey di profil Blackberry Messengernya (BBM).




Selain itu, Apex juga ada memuat naik beberapa gambar yang jarinya memakai sebentuk cincin dengan ‘caption’ menunjukkan seorang permaisuri telah pun hadir dalam hidupnya.

Tindakan Apex itu sama juga dilakukan oleh Leuniey.

Gadis cantik itu juga telah memuat naik gambar jarinya yang memakai cincin dan gambar mukanya yang sama aplikasinya dengan Apex.

Apex dan Leuniey bercintakah? Apa kata anda?

Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber Foto: Rotikaya.com
0

Anzalna Terkejut Dengan Tulisan Artikel Tentang Dirinya

 Anzalna Nasir


KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang terjebak dalam kontroversi terbaru, Anzalna Nasir mengakui terkejut dengan penulisan seorang wartawan, Zubir dalam sebuah artikel hiburan tentang dirinya baru-baru ini.

Dalam blog gosip hiburan Rotikaya.com, Anzalna menyatakan berulang kali memberi peringatan kepada wartawan itu untuk tidak menyiarkan dan menulis kenyataan yang dikeluarkan dari mulutnya.

Malah, dia juga tidak tahu maklumat terperinci dalam artikel tulisan hiburan itu sehingga tercetusnya perang dingin dengan Neelofa.

“Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak.” Kata Anzalna.

Anzalna turut berasa terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Neelofa yang telah pun melantik dua orang peguam bagi menangani kes tersebut.

Bagi Anzalna, perkara tersebut boleh dibawa berbincang secara baik dan tidak perlu ditarik ke peringkat mahkamah.

Neelofa


Tasha Shilla

“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama.

“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa dan tindakan selanjutnya. Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang dituntut,” katanya.

Semalam, Neelofa telah mengadakan sidang media tergempar di Bandar Utama berhubung isu fitnah yang telah dilemparkan terhadap dirinya.

Neelofa telah melantik dua orang peguam bagi menyelesaikan kes fitnah tersebut.

Malah, pelakon wanita dan pengacara rancangan Nona itu juga memberikan tempoh masa selama tujuh hari kepada Anzalna untuk mengemukakan bukti-bukti terhadap segala fitnah yang telah dikatakan oleh Anzalna.

“Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang.

“Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi.

“Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya,” kata Neelofa.