0

Rihanna Akui Keluar Dengan LA Dodger Matt Kemp


Rihanna membuat persembahan di Nickelodeon's 23rd Annual Kids' Choice Awards yang diadakan di Pauley Pavilion, Los Angeles pada 27 Mac 2010. - Foto AFP
PENYANYI Rihanna buat pertama kali mengaku dia keluar dengan LA Dodger Matt Kemp.
Rihanna, 22, mendedahkan dia keluar dengan Kem, 25, dan bukannya Ryan Seacrest (KISS-FM) di Los Angeles pada 8 April.
Matt Kemp dari Los Angeles. - Foto AP
"Dia ialah teman lelaki saya," katanya kepada media.
"Perhubungan ini masih baru dan menyeronokkan. Belum lagi terlalu serius. Saya tidak ingin perhubungan ini menghabiskan tenaga dan masa saya," tambahnya.
0

50 Cent Bernilai RM240,000 Amerika Hanya Dengan Berkata “Hey!”...

JANGAN ingat hanya kerana rapper terkenal British, 50 Cent bernama “50 sen” nilainya serendah itu. Sebaliknya dia telah diupah $AS75,000 (RM285,000) hanya untuk berkata “Hey!..” . Itu saja.
Akhbar British, The Daily Mirror melaporkan baru-baru ini, sebuah kelab di Britain bernama Bamboo telah berjaya memujuk 50 Cent untuk hadir pada majlis pembukaannya dengan membuat tawaran yang tidak mampu ditolak oleh rapper itu....hanya untuk berkata “Hey!” dan kemudian beredar.
Beratus orang peminat telah menyerbu kelab malam tersebut hanya untuk melihat 50 Cent dari dekat tetapi kemudian kecewa apabila rapper itu sekadar muncul untuk berkata “Hey!”.
Kata seorang peminat, mereka menyangkakan 50 Cent akan muncul membuat persembahan salah satu daripada lagu popularnya memandangkan jumlah bayaran yang tinggi yang diberikan kepadanya tetapi sebaliknya kehadirannya hanyalah untuk berkata “Hey!” dan kemudian turun semula ke tempat duduknya untuk menikmati minuman dan bercanda dengan dua orang wanita yang seksi.
Nampaknya untuk sesetengah orang, begitu mudah untuk menjadi kaya.
0

Isteri Ajak David Beckham Buat Hubungan Seks Lima Kali Sehari


Victoria Beckham memasuki sebuah gedung membeli-belah di Moscow, Rusia pada 25 Mac lalu. Victoria merasmikan sebuah butik di situ. - Foto AFP

ISTERI pemain bola sepak David Beckham, Victoria Beckham, teringin untuk mempunyai anak lagi. Oleh sebab sudah tidak sabar, Vic sanggup mengajak David untuk melakukan hubungan seks sebanyak lima kali sehari.
Ajakan tersebut dilakukan saat pasangan itu bercuti di kepulauan Caribbean walaupun David mengalami kecederaan.


"Dia tidak mengeluh tetapi dengan keadaan kaki dibalut dengan kain dan seperti melakukan 'olahraga' di tempat tidur lima kali sehari, sungguh berat," ujar seorang teman pasangan itu kepada The Sun semalam.
Menurut sumber itu lagi, Victoria memang sangat obses untuk hamil lagi. Sebab itu anggota kumpulan Spice Girls itu mempunyai jadual yang menetapkan bila dia perlu melakukan hubungan intim dengan suaminya.
Setelah 'panas' bercuti di Caribbean, kini David beristirehat di rumah mereka di Los Angeles. Sedangkan Vistoria melakukan aktiviti perniagaan di London.


David mengatakan kepada rakannya yang dia sedang berusaha keras memulihkan kesihatannya. Dia mengaku sungguh penat dengan isterinya.
Sehingga kini, Victoria sedang berusaha untuk memiliki anak perempuan kerana sebelum ini dia sudah melahirkan tiga anak lelaki iaitu Brooklyn Joseph, Romeo James dan Cruz David.
0

Saif ialah lelaki idaman saya - Kareena Kapoor


SELEPAS berpisah dengan Shahid Kapoor, Kareena Kapoor kini berpacaran dengan Saif Ali Khan.

Dia yakin Saif ialah lelaki idamannya yang dicari-cari dan ingin hidup bersamanya sepanjang hayat.

"Seseorang itu berasa selesa dengan pasangannya dalam sesuatu perhubungan. Bagaimanapun kali ini agak berbeza kerana saya ingin hidup bersamanya sepanjang hayat saya," Kareena memberitahu Karan Johar, rakan serta pengarah filem 'Lift Kara De'.

Dalam filem itu, Kareena berkongsi dengan para penonton tentang kehidupannya.
Kareena Kapoor

Aktres itu juga akan tampil dalam filem 'Milenge Milenge', 'Ra.One' dan 'Stepmom'.
0

Ameng dakwa ada pistol


KUALA LUMPUR: “Saya tak sangka pesanan supaya menghentikan ‘SMS berlagak’ menyebabkan dia naik berang dan mengugut mahu mencederakan saya serta suami,” kata penerbit dan pengarah drama, A Aida berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan Spring, Ameng.
Aida atau nama sebenarnya, Zuraidah Awang, 39, berkata bekas suaminya itu kerap menghantar SMS mendakwa kononnya dia bakal menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk dan mempunyai wang jutaan ringgit serta sanggup memberikan sebahagian wang itu kepadanya.
Bagaimanapun, Aida yang tidak tahan dengan gangguan SMS itu membalas pesanan teks itu kepada Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 41, dengan meminta penyanyi itu tidak mengganggunya lagi. “Saya minta dia jangan ganggu saya dan segera berhenti menghantar SMS sebab saya sudah meluat.

“Suami saya juga turut menghubungi dia (Ameng) meminta dia tidak berterusan mengganggu, namun sebaliknya dia berang dan mula memaki-hamun suami saya dengan kata-kata kesat,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Aida berkata, bekas suaminya itu turut mengancam keselamatan dirinya dan suami dengan mendakwa kononnya dia mempunyai sepucuk pistol. “Pada mulanya dia bercakap lembut dengan suami saya, malah menceritakan keburukan saya. Dia turut mendakwa saya sering menghantar SMS kepadanya tapi suami tidak mempercayainya dan menasihatkan dia menghentikan tindakan membuang masa itu,” katanya. Aida bagaimanapun menafikan laporan polis yang dibuat itu mempunyai kaitan dengan hak penjagaan anak, sebaliknya lebih kepada ugutan diterima.

“Tiada kaitan langsung dengan hak penjagaan anak kerana bekas suami memang tidak ada hak ke atas mereka selepas berlaku kes dera, malah pihak mahkamah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memutuskan hak itu kepada saya,” katanya.

Mengenai keadaan Ameng yang didapati positif dadah selepas ditahan polis, Aida enggan memberikan sebarang komen.

“Saya serah perkara itu kepada polis dan tak mahu ambil tahu berhubung penahanan dia. Sekarang saya rasa lebih selamat dan tenang,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang vokalis kumpulan rock terkemuka tanah air yang popular pada era 90-an ditahan kerana disyaki mengugut bekas isteri, selain didapati positif dadah Penyanyi `rock kapak’ yang sebelum ini pernah ditahan kerana kes dadah, diberkas polis kira-kira jam 5 petang kelmarin ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk memberi keterangan berhubung kes ugutan terhadap bekas isterinya.
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Asmah Rusman
0

Benjy Failkan Habeas Corpus



Amer Hamzah Arshad (kanan) peguam kepada dramatis terkenal Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy menfailkan writ Habeas Corpus di kaunter Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama ibu kepada Benjy, aktres Azean Irdawaty (belakang). Amer Hamzah memfailkan writ Habeas Corpus itu bertujuan mendapatkan deklarasi mengenai penahanan dan penangkapan anak guamnya oleh polis sebagai tidak sah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, memfailkan writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.
Writ itu difailkan pada pukul 12.15 tengah hari ini oleh peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad.
Ibunya, Azean Irdawaty dan suami, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi serta dua adik perempuannya turut hadir.
Amer Hamzah memberitahu sesuatu kepada aktres Azean Irdawaty (dua,kiri) selepas menfailkan writ Habeas Corpus di kaunter Mahkamah Jalan Duta.
Mereka membuat permohonan itu bagi menuntut Benjy dibebas dengan segera ekoran dakwaan ditahan secara salah.
Benjy kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil di bawah Seksyen 3(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1952 yang memperuntukkan dia ditahan tidak melebihi 60 hari.
Dalam pada itu, Majistret Hafizza Sauni menetapkan 12 Mei ini untuk sebutan semula kes tersebut.
Benjy sebelum ini ditahan kerana disyaki mengedar dadah, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas.
Azean (tengah) dan peguam, Amer Hamzah Arshad (kiri) hadir ke mahkamah bagi mendengar kes perbicaraan anaknya yang juga dramatis popular Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pada 25 Mac lalu, anak lelaki tunggal Azean itu ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret berhubung kes dadah tersebut.
Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus sahaja ibunya selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.
0

Penyanyi Rock Ameng Spring Ditahan Polis Kerana Ugut Bekas Isteri


Ameng pernah didenda sebanyak RM3,000 dan diletakkan dalam pengawasan polis selama 2 tahun oleh Mahkamah Majistret Besut di Terengganu. Ameng, 37, dijatuhi hukuman setelah mengaku bersalah menagih methamphetamine di Kampung Batang Gergaji, Besut pada 3 September 2005. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Seorang penyanyi sebuah kumpulan rock 90an akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini berikutan ugutan yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas isterinya baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail ditahan ketika hadir di balai polis Sentul kira-kira pukul 2 petang semalam untuk membantu siasatan.
"Bekas isterinya membuat laporan polis pada 30 Mac lalu setelah menerima SMS ugutan itu. Esok (Hari ini), dia akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta," katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.
Pada 14 Disember 2005, Ameng pernah dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Kampung Raja dekat Jertih setelah mengaku bersalah menagih dadah jenis syabu awal September 2005.