0

Perbezaan Umur 10 Pasangan Artis Popular Hollywood

http://www.gosipsensasi.co.cc

Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones
LOS ANGELES: Perbezaan umur yang jauh tidak menjadi halangan untuk bercinta dan berkahwin.
Malah beberapa pasangan selebriti Hollywood sendiri ramai menganggap perkara tersebut bukan suatu masalah.
Bagaimanapun ia bukan perkara mudah bagi selebriti tersebut untuk mempertahankan hubungan mereka berikutan lebih mendapat perhatian beberapa pihak yang ingin mengetahui kehidupan mereka.
Sepuluh pasangan Hollywood ini mempunyai perbezaan umur yang ketara terutama sekali pasangan wanita yang dilihat jauh lebih muda daripada lelaki.
Céline Dion dan René Angélil
Clint Eastwood dan Dina Ruiz-Eastwood
10 Pasangan Artis Popular Hollywood Dengan Jurang Perbezaan Umur Yang Ketara

1. Harrison Ford dan Calista Flockhart - Beza usia 22 tahun.
2. Hugh Hefner dan Crystal Harris: 60 tahun.
3. Kelsey Grammer dan Kayte Walsh: 27 tahun.
4. Céline Dion dan René Angélil: 26 tahun.
5. Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones: 25 tahun.
6. Donald Trump dan Melania Trump: 24 tahun.
7. Bruce Willis dan Emma Heming: 24 tahun.
8. Sean Penn dan Scarlett Johansson: 24 tahun.
9. Clint Eastwood dan Dina Ruiz-Eastwood: 35 tahun.
10.Woody Allen dan Soon-Yi Previn: 35 tahun.
-mstar
0

Pelakon Filem Veteran Terkenal Didakwa Cabul Pelajar

http://www.gosipsensasi.co.cc


KUALA LUMPUR - Seorang pelakon filem terkenal era 70-an dan 80-an,Mokhtaruddin Mohd. Said, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan mencabul seorang pelajar.
Mokhtaruddin, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.
Tertuduh yang juga merupakan pengasas kepada pertubuhan Raudah iaitu sebuah badan kebajikan, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun, di Asrama Raudah di No 336, Batu 11, Gombak pada 2.30 petang, 1 Mei lepas.
Mokhtaruddin adalah Pengasas Pertubuhan Kebajikan Islam Raudah
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Zaman Kegemilangan

Wajah Mokhtaruddin, pelakon popular era tahun 1970-an hampir seiras dengan Ed Osmera (Allahyarham) menjadikan kemunculan mereka kadang-kadang agak mengelirukan penonton. Bahkan, kedua-duanya pernah digandingkan dalam filem Raja Laut arahan Z. Lokman pada 1976.
Malah, antara Mokhtaruddin, Ed Osmera dan Z Lokman juga mempunyai iras wajah hampir sama menjadikan mereka kelihatan seolah-olah seperti bersaudara pula.



 
Aksi Mokhtaruddin bersama Pelakon Salina Ismail dalam filem Pasung Puaka arahan M.Osman



Mokhtaruddin, adalah antara hero filem Melayu dekad 1970-an sehingga 80-an. Kali terakhir beliau diundang muncul di layar perak pada 2002 menerusi filem Mendam Berahi, juga arahan Z Lokman. Beliau diperkenalkan ke layar perak oleh M Shahdan, menerusi filem Kapal Siam pada awal 70-an. Sejak itu, bakatnya semakin terserlah dalam dunia lakonan dan sering diberikan watak utama.
Kemahirannya bersilat menyebabkan tokoh pengarah veteran, Naz Achnas mengambilnya sebagai pelakon filem Loceng Maut pada 1976. Filem itu turut dibintangi Hussein Abu Hassan dan Teh Faridah. Selepas filem itu, beliau diberi kepercayaan memegang watak pembantu dan utama dalam filem produksi tempatan ketika itu, terutama filem bercorak purba dan aksi.
Sebenarnya, sebelum menjadi pelakon, Mokhtaruddin sememangnya terlebih dahulu menjadi jurulatih silat di Studio Merdeka Hulu Klang (sekarang Kompleks Finas), bermula pada tahun 1974.
Antara filem yang pernah dibintanginya sama ada watak pembantu atau utama, ialah filem Langkah Sumbang, Binjai Masin atau Kapak Siam, Langit Tidak Selalu Cerah, Pertentangan, Ribut Barat, Cahaya Sakti, Pasung Puaka, Cikgu Sayang dan Jauh Di Sudut Hati.

 Mokhtaruddin sebagai Hero dalam filem Pasung Puaka

Di era kegemilangannya, Mokhtaruddin pernah 2 kali dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia iaitu menerusi filem Pasung Puaka pada 1980 dan diikuti filem Pertentangan pada 1984. Biarpun tidak menang, bakat beliau diiktiraf antara yang terbaik ketika era 80-an.
Beliau juga turut berlakon dalam beberapa drama terbitan RTM, antaranya Wira iaitu drama televisyen warna pertama, menjadi pelakon utama berpasangan dengan Aznah Hamid dan Abdullah Zainol.
0

Cheryl Samad Kahwin Senyap-Senyap Dengan Pemuda Cina

http://www.gosipsensasi.co.cc


Tidak ada satu media pun yang mendapat tahu Cheryl Samad sudah berkahwin.Tiba-tiba terdengar yang dia sudah selamat pun berkahwin dengan seorang pemuda Cina bernama Ping pada Ahad lalu. Pasangan ini telah pun selesai mengadakan Majlis Perkahwinan mereka di Holiday Inn Subang Jaya.



Persoalannya kenapa Cheryl bertindak berkahwin senyap-senyap? Adakah sebabnya kerana Cheryl Samad mahukan ianya bercorak sederhana, atau pun hanya mahu dirai dengan keluarga terdekat sahaja? Apa pun, harapan kami agar pasangan ini akan berbahagia melayari hidup sebagai pasangan suami isteri sehinga keanak cucu.Adalah diharapkan Cheryl Samad akan dapat tampil memberi penjelasan tentang  isu perkahwinannya ini.
0

Memey DiBelasah Dalam Twitter Bila Anak Norman Ponteng Sekolah

http://www.gosipsensasi.co.cc

Memey bersama anak-anak Norman Hakim
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim tidak pernah mengajar anak-anaknya untuk ponteng sekolah apatah lagi jika disuruh oleh tunangnya, Memey Suhaiza.
Norman berkata, tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan Memey sengaja tidak membenarkan Mohd Danish Hakim, 8, dan Marisa Dania Hakim,6, ke sekolah adalah tidak benar sebaliknya sekadar salah faham.
“Sebenarnya, seorang anak saya iaitu Danish baru habis peperiksaan. Jadi, dia meminta untuk tidak pergi ke sekolah sehari selepas peperiksaan itu untuk meluangkan masa bersama saya.
“Memandangkan saya dan Memey tidak mempunyai penggambaran, maka saya memenuhi keinginan itu termasuklah membawa anak kedua saya, Marisa keluar bersama,” katanya.
Norman diminta mengulas kononnya Memey terlibat mengajar anak-anaknya ponteng sekolah seperti mana yang diperkatakan dalam laman Twitter sebelum ini.
Kata Norman, dia amat mementingkan pelajaran anak-anaknya dan tidak sesekali membiarkan mereka ponteng sekolah tanpa sebab tertentu.

Sementara itu, bercerita mengenai pemilihan tarikh pernikahan dia dan Memey, pelakon bertubuh sasa itu akan memilih tarikh di antara bulan September dan November depan.
"Setakat ini kami masih sibuk dengan karier masing-masing sehingga bulan Ogos.
"Jadi pemilihan tarikh masih lagi belum dibuat. Cuma kami menetapkan pernikahan akan berlangsung di antara September dan November. Bagaimanapun, segala persiapan perkahwinan sudah siap 99 peratus," tuturnya yang kini muncul menerusi drama Kerana Mu Laila (TV3) dan Sutra Cinta (TV2).

0

Penyanyi Lagu Penawar Rindu Menderita Kerana Ketumbuhan Meninggal Dunia

http://www.gosipsensasi.co.cc

ORKID disahkan menghidap ketumbuhan hormon tidak stabil.

 
SECEBIS doa agar kesihatan Datin Orkid Abdullah bertambah baik lebih adalah amat bermakna buat keluarga penyanyi era 60 an itu yang kini terlantar sakit, berbanding sumbangan wang ringgit.

Itulah yang dipohon oleh anak bongsu penyanyi ini, Nur Syafinaz Mokhtar, 31 terhadap peminat ibunya berikutan kesihatan yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Keadaan Orkid yang disahkan mengalami ketumbuhan hormon tidak stabil, semakin teruk sejak September lalu selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu pulang dari menghantar anak ketiganya Mohd Noor Shafri bertunang di Segamat, Johor.



Sejak anaknya itu, badan Orkid bertambah lemah menyebabkan dia hanya mampu berbaring. Bagaimanapun menurut anaknya Mohd Noor Shafri, ibunya seorang yang kuat semangat apabila tetap gagah berjalan walaupun cuma untuk seketika.
Tambah Mohd Noor lagi, ketika itu ibunya hanya sempat menyarungkan cincin di jari tunangnya dan selepas itu bergegas balik ke Kuala Lumpur kerana mengadu dirinya tidak selesa selain badannya mula berasa panas.

“Selain berasa panas badan, petanda lain ialah berpeluh, sakit ulu hati dan sakit belakang. Sekarang ibu hanya berbaring, jika hendak duduk, dia memerlukan bantuan untuk menyokong bahagian belakang badannya. Jika tidak, tubuhnya menggelungsur. Saya dan adik bongsu menetap bersama ibu, jadi kami bergilir-gilir menjaga ibu. Mujur saya menjalankan perusahaan katering dan memasak tempahan makanan di rumah. Jadi boleh dikatakan setiap masa saya berada di rumah.

“Jika ibu inginkan sesuatu, dia buat ‘missed call’ ke telefon bimbit kami. Itu isyaratnya ibu mahukan sesuatu dan kami adik beradik akan bergegas ke bilik ibu. Sebelum ini, keadaan ibu boleh dikatakan baik juga. Cuma hari ini keadaannya nampak teruk,” kata Mohd Noor.
Berikutan penyakitnya yang bertambah teruk, Orkid enggan lagi berulang alik ke hospital.

Menurut Mohd Noor lagi, mereka pernah berhabis sekitar RM21,000 untuk seminggu rawatan di sebuah hospital swasta tetapi keadaan ibunya yang disahkan menghidapi penyakit itu pada 2008 semakin teruk.

Orkid kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya dan menjalani pembedahan pertama pada 2008 tetapi dimaklumkan doktor bahawa ketumbuhan itu boleh berulang, dan pada awal 2010, sekali lagi pembedahan membuang ketumbuhan itu dijalankan.

“Doktor mencadangkan supaya ibu menjalani rawatan di sebuah hospital di Amerika Syarikat dan Belanda. Rawatan di sana percuma, cuma kos penginapan perlu ditanggung sendiri. Namun dengan keadaan ibu yang tidak mampu duduk, tentulah sukar kami ke sana apatah lagi perlu menempuh penerbangan berbelas jam. Jadi hasrat itu kami batalkan saja,” kata Mohd Noor.

Orkid dikenali pada 1965 selepas membuat persembahan pertama di peringkat kebangsaan pada majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Selain menyanyi, Orkid juga guru. Beliau berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun iaitu dari 1968 hingga 1985.

Album pertamanya dirakamkan pada 1966. Sepanjang pembabitannya dalam bidang nyanyian, Orchid sering membuat persembahan dengan diiringi kumpulan The Les Coaters.

Kunjungan rakan ringankan derita

SELAIN beruntung dijaga dengan sempurna oleh anak-anaknya, Orkid beruntung kerana tidak menanggung penderitaan itu sendirian, tetapi turut mendapat perhatian rakan seperjuangan. Menurut Mohd Noor, rakan-rakan ibunya kerap berkunjung dan ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada ibunya.

Pada Rabu lalu, Orkid diziarahi oleh ahli Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) diketuai presidennya Datuk Freddie Fernandez serta beberapa teman lamanya, iaitu Datuk Sarimah Ibrahim, Datin Paduka Julie Sudiro, Datuk Aspalela Abdullah, MY Shamsuddin dan Shamsuddin Lamin.

Mereka meluangkan masa kira-kira satu jam bertanya khabar dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga itu.

Suasana petang itu di kediaman Orkid sedikit bungkam apabila teman yang berkunjung turut merasai penderitaan yang ditanggung keluarga Orkid. Julie Sudiro dan Sarimah nyata tidak dapat menahan kesedihan dan sebak melihat keadaan Orkid. Apakan tidak, tubuhnya yang satu ketika dulu berisi, kini susut dek penyakit luar biasa itu.

Tiupan kata semangat dan doa yang dibacakan Julie Sudiro serta diaminkan tetamu lain, sedikit sebanyak memberikan semangat kepada wanita campuran Arab - Inggeris itu.

Pada kunjungan itu, Freddie dan teman-teman artis turut mengambil peluang menghulurkan derma buat keluarga Orkid yang dikumpul hasil sumbangan ehsan teman-teman, bukan daripada tabung KARYAWAN.

“Ini bukanlah kunjungan pertama kami. Sebelum ini pun KARYAWAN pernah melawat Datin Orkid ketika beliau dirawat di hospital tahun lalu,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang yang didermakan.
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

.........................................................................................................................................................

 Al Fatihah! Penyanyi Orchid Abdullah Meninggal Dunia

 Rakan artis iaitu Datin Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Datuk Sarimah Ahmad serta Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez melawat penyanyi Datin Orchid Abdullah di rumahnya di Dataran Ukay, Ampang, 27 April lalu.

KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari Jumaat.
Menurut anak bongsu Allahyarham, Nur Shafinaz Mokhtar,31, menerusi akaun Twitter miliknya, jenazah akan dimandikan di hospital tersebut dan dibawa ke Masjis Al-Ansar, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.
"Doakan dia (Orchid) dirahmati Allah dan ditempatkan dengan golongan orang yang beriman," katanya pada Twitter tersebut.
Penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sejak tiga tahun lalu.
Beliau telah dibawa ke hospital tersebut pada pukul 3 pagi, Khamis.
Setelah tiba di hospital, Allahyarham yang pada mulanya ditempatkan di wad biasa dipindahkan pula ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.
Selain Shafinaz, Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak yang lain iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, dan Mohd. Noor Shafri Mokhtar,35.
Suami Allahyarham Datuk Mokhtar Omar,70, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital yang sama kerana komplikasi kesihatan yang serius.
Difahamkan, ibu saudara Shafinaz yang rapat dengan keluarganya, Rogayah Yaakob, 59, juga ditempatkan di hospital sama sejak Jumaat lalu kerana penyakit asma.
Sementara itu, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, di sini, selepas solat Asar.
Antara rakan selebriti yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir termasuklah pelakon veteran Datin Umi Kalthum dan Datuk Sarimah Ahmad, penyanyi 60-an Datuk Jeffrydin, promoter persembahan Mas Omar dan penyanyi muda Nadia Aqilah.
Anggota kumpulan marhaban dan zanji yang dianggotai oleh Allahyarham iaitu Kawan turut hadir seperti Aspalela Abdullah, Datuk Yusni Hamid, Zalifah Ibrahim, Hamidah Urip, pelakon Maimunah Ahmad (Mak Jah) dan ramai lagi.