0

Ameng Spring kantoi lagi

http://www.gosipsensasi.co.cc




REAKSI selamba Ameng dan isteri ketika diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Melaka semalam.


MELAKA – Tidak serik-serik! Penglibatan segelintir artis tanah air dengan najis dadah seakan-akan tidak dapat dipisahkan walaupun mereka telah ditahan dan dikenakan hukuman tetapi ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Dalam serbuan Ops Tapis kira-kira jam 5.20 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri turut menahan seorang wanita berusia 40 tahun dipercayai isteri kepada penyanyi berkenaan.

Sumber berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kegiatan penyanyi berusia 40-an itu melakukan intipan sebelum menyerbu bilik hotel berkenaan untuk membuat pemeriksaan.Menurutnya, anggota polis mengetuk pintu bilik yang dihuni pasangan terbabit sebelum seorang wanita membukanya dan polis masuk membuat pemeriksaan.

“Sebaik anggota polis memasuki bilik, penyanyi terbabit duduk di atas kerusi dan pemeriksaan pada tubuhnya, tidak menemui sebarang bahan terlarang.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu ketulan daun kering dipercayai ganja, empat peket lutsinar mengandungi syabu dan empat peket lutsinar berisi ganja dalam beg di dalam bilik mereka.

“Malah, saringan awal ujian air kencing mendapati penyanyi itu positif dadah jenis methapetamin manakala isterinya negatif ujian itu. Bagaimanapun, kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai anak kepada pasangan terbabit yang turut berada dalam bilik berkenaan diserahkan kepada waris keluarganya.

Katanya, setakat ini polis sudah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Ayer Keroh menahan reman pasangan terbabit selama tujuh hari sehingga Selasa depan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Jaafar Mat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas penyanyi lelaki terbabit.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut ke atas pasangan berkenaan berhubung kesalahan memiliki dadah, selain kesalahan memasukkan dadah dalam badan,” katanya.

Sementara itu, penyanyi berkenaan hanya selamba apabila jurugambar merakamkan wajahnya yang berjalan keluar menuju ke trak polis selepas permohonan reman diperoleh daripada mahkamah, malah sempat meminta beberapa batang rokok daripada beberapa lelaki dipercayai saudara maranya.

Pada September tahun lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan penyanyi itu membela diri terhadap tuduhan memasukkan ganja ke tubuhnya pada 2 April 2010.

Selain kes dadah, dia berdepan satu lagi kes mahkamah apabila bekas isterinya A.Aida memfailkan tuntutan nafkah anak mereka yang dikatakan tidak dijelaskannya.
0

Kejadian Seram Selubungi Krew Klip Video Aril AF

http://www.gosipsensasi.co.cc


Kejadian Seram Selubungi Krew Klip Video Aril

Aril di dalam salah satu babak klip video Hanya iaitu sebuah lagu tema untuk filem Tolong! Awekku Hantu.
 
PETALING JAYA: Sebuah kejadian misteri berlaku semasa penggambaran klip video Hanya, iaitu sebuah lagu tema untuk filem Tolong! Awekku Hantu.
Pengarah klip video tersebut, Shuhaimi Lua Abdullah memberitahu bahawa seluruh warga krew produksi sangat terkejut dengan kejadian pelik yang berlaku itu di sebuah chalet dalam hutan di kawasan Kemesah, Hulu Klang.
"Bekalan elektrik tiba-tiba terputus dan sebuah pokok besar tiba-tiba tumbang di hadapan kami," kata Suhaimi ketika dihubungi Rabu.
Menurut pengarah itu, kejadian berlaku sejurus selepas seorang krew produksi menegur tentang persekitaran lokasi yang agak menyeramkan.
 
                    Shuhaimi Lua Abdullah
"Pokok itu hampir mengenai salah seorang krew kami dan sebuah lampu yang telah pun dipasang." tambah Shuhaimi.
Manakala Aril yang merupakan penyanyi dan pelakon utama klip video Hanya itu menyatakan ia adalah pengalaman pertamanya berhadapan perkara misteri yang sedemikian di lokasi penggambaran.
"Pokok sebesar empat pemeluk itu tumbang dan telah menghalang laluan ke kawasan lokasi. Krew telah memotong pokok yang tumbang dan kami meneruskan penggambaran," kata penyanyi dan pengacara itu.



Tiada sebarang kemalangan yang berlaku dan pengarah juga krew-krew di situ berjaya memasang semula bekalan elektrik di atas bantuan pihak penyelenggaraan chalet.
Shuhaimi, krew-krew dan para pelakon berada di chalet itu pada malam Isnin lepas dan menghabiskan masa semalaman untuk menyiapkan klip video yang berunsurkan komedi seram itu.
Klip Video arahan pengarah filem pendek Cukang itu mengisahkan tentang seorang lelaki lakonan Aril yang mengesyaki bahawa teman wanitanya adalah hantu yang menjelma menjadi manusia.
0

Mila AF Terus Melangkah Cemerlang

http://www.gosipsensasi.co.cc

Kilauan bakatnya masih kelihatan biarpun kini sudah terlalu ramai bakat baru hadir memeriahkan gelanggang muzik di Malaysia ini.
Biarpun status popularitinya berada di paras stabil sahaja, namun ia cukup membanggakan gadis ini, kerana sekurang-kurangnya jenama Mila Jirin masih lekat di ingatan peminat-peminat seni.
Melahirkan album terbaru berjudul,Mila Jirin, Mila membuktikan dia bukan seperti kebanyakkan produk Akademi Fantasia (AF) yang lain, yang hanya popular sebentar dan kemudiannya sepi di bawa waktu.
Bertanyakan Mila, tentang strateginya untuk terus kekal di dalam industri ini, jelas Mila, AF hanyalah batu loncatan untuk dia hadir dalam dunia seni ini, dan kejayaan lainnya adalah atas usaha dan kegigihannya merebut peluang yang ada.
"Sebenarnya terpulang pada artis AF itu sendiri sama ada mereka hanya mahu popular sekejap sahaja ataupun perlu berusaha sepenuhnya untuk mengekalkan nama mereka dalam industri ini.
"AF adalah tapak untuk mereka masuk kedalam dunia hiburan ini, jika mahu terus kekal diingati, mereka perlu sentiasa beringat, jangan terlalu taksud dengan populariti yang mereka dapat sewaktu mula-mula menang, dan sebaiknya mereka mempunyai perancangan sendiri untuk terus berjaya.
"Dulu masa awal-awal menjadi juara, saya tak nafikan nama kita boleh meningkat naik dengan cepat, tapi jika tak di jaga dengan betul dan tidak keluar dengan apa-apa produk, peminat semakin lupa dan kita sendiri yang rugi.
"Bila saya berusaha sendiri mengeluarkan album dan mengumpulkan lagu tanpa bantuan syarikat label, ia memang susah dan jika tidak kuat, kita boleh berputus asa. Dari situ, saya mula menghargai apa yang telah diberikan pada saya sebelum ini.
"Memang saya takut jika populariti semakin berkurangan, kerana ini mata pencarian saya dan ini juga kerjaya saya, jadi sya perlu berkerja keras untuk meletakkan nama saya di paras yang sepatutnya,"jelas Mila.
Pilihan pendengar
Banyak membawakan lagu-lagu berentak rancak, menurut Mila, pemilhan lagu sebegitu adalah disebabkan oleh pemintaan pendengar sekarang.
"Saya lihat pendengar sekarang lebih minat lagu-lagu yang berentak rancak, jadi untuk album terbaru ini saya lebih banyakkan lagu berentak sebegini.
"Saya memang meminati muzik berentak balada, dan masih ada lagu balada dalam album ini tetapi ia tidaklah sebanyak album-album yang lalu.
"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan album kali ini, apatah lagi untuk album ini saya diberi peluang untuk merakamkan lagu yang dicipta oleh saya sendiri,"katanya lagi.
Nasihat Otai
Pernah merancang untuk keluar dengan single sahaja tanpa mengeluarkan album, hasrat itu terpaksa dibatalkan Mila atas nasihat daripada seorang otai.
"Pada awalnya, saya mahu keluar dengan single demi single, tapi bila bertemu dengan abang Jay Jay, dia nasihatkan saya supaya keluar dengan album terlebih dahulu, dan barulah dipromosikan single-single tersebut.
"Katanya, setiap artis perlu ada produk, barulah kehadiran kami dalam industri ini dirasai oleh peminat,"jelas Mila.
FOTO: MOHD FARIZWAN HASBULLAH



Kilauan bakatnya masih kelihatan biarpun kini sudah terlalu ramai bakat baru hadir memeriahkan gelanggang muzik di Malaysia ini.
Biarpun status popularitinya berada di paras stabil sahaja, namun ia cukup membanggakan gadis ini, kerana sekurang-kurangnya jenama Mila Jirin masih lekat di ingatan peminat-peminat seni.
Melahirkan album terbaru berjudul,Mila Jirin, Mila membuktikan dia bukan seperti kebanyakkan produk Akademi Fantasia (AF) yang lain, yang hanya popular sebentar dan kemudiannya sepi di bawa waktu.

Aksi Mila di malam showcasenya
Bertanyakan Mila, tentang strateginya untuk terus kekal di dalam industri ini, jelas Mila, AF hanyalah batu loncatan untuk dia hadir dalam dunia seni ini, dan kejayaan lainnya adalah atas usaha dan kegigihannya merebut peluang yang ada. "Sebenarnya terpulang pada artis AF itu sendiri sama ada mereka hanya mahu popular sekejap sahaja ataupun perlu berusaha sepenuhnya untuk mengekalkan nama mereka dalam industri ini.
"AF adalah tapak untuk mereka masuk kedalam dunia hiburan ini, jika mahu terus kekal diingati, mereka perlu sentiasa beringat, jangan terlalu taksud dengan populariti yang mereka dapat sewaktu mula-mula menang, dan sebaiknya mereka mempunyai perancangan sendiri untuk terus berjaya.
"Dulu masa awal-awal menjadi juara, saya tak nafikan nama kita boleh meningkat naik dengan cepat, tapi jika tak di jaga dengan betul dan tidak keluar dengan apa-apa produk, peminat semakin lupa dan kita sendiri yang rugi.

"Bila saya berusaha sendiri mengeluarkan album dan mengumpulkan lagu tanpa bantuan syarikat label, ia memang susah dan jika tidak kuat, kita boleh berputus asa. Dari situ, saya mula menghargai apa yang telah diberikan pada saya sebelum ini.
"Memang saya takut jika populariti semakin berkurangan, kerana ini mata pencarian saya dan ini juga kerjaya saya, jadi sya perlu berkerja keras untuk meletakkan nama saya di paras yang sepatutnya,"jelas Mila.



Pilihan pendengar
Banyak membawakan lagu-lagu berentak rancak, menurut Mila, pemilhan lagu sebegitu adalah disebabkan oleh pemintaan pendengar sekarang."Saya lihat pendengar sekarang lebih minat lagu-lagu yang berentak rancak, jadi untuk album terbaru ini saya lebih banyakkan lagu berentak sebegini.
"Saya memang meminati muzik berentak balada, dan masih ada lagu balada dalam album ini tetapi ia tidaklah sebanyak album-album yang lalu."Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan album kali ini, apatah lagi untuk album ini saya diberi peluang untuk merakamkan lagu yang dicipta oleh saya sendiri,"katanya lagi.

Mila bersama orang kuat disebalik pembikinan albumnya


Nasihat Otai
Pernah merancang untuk keluar dengan single sahaja tanpa mengeluarkan album, hasrat itu terpaksa dibatalkan Mila atas nasihat daripada seorang otai. wajah terbaru Mila "Pada awalnya, saya mahu keluar dengan single demi single, tapi bila bertemu dengan abang Jay Jay, dia nasihatkan saya supaya keluar dengan album terlebih dahulu, dan barulah dipromosikan single-single tersebut."Katanya, setiap artis perlu ada produk, barulah kehadiran kami dalam industri ini dirasai oleh peminat,"jelas Mila.
oleh wahida othman 
 
0

Video Seks: Ariel Peterpan dihukum penjara tiga setengah tahun

http://www.gosipsensasi.co.cc



JAKARTA, 31 Jan — Penyanyi Nazriel Irham atau Ariel Peterpan dikenakan hukuman penjara tiga setengah tahun hari ini selepas didapati bersalah berhubung tuduhan mengedar klip video seks membabitkan dua artis wanita — masing-masing teman wanita dan bekas kekasihnya tahun lalu.
Dia juga didenda RM80,000 (AS$28,000).
Bagaimanapun hukuman penjara itu kurang satu setengah tahun berbanding apa yang diminta oleh pendakwa raya.
Laman web Jakarta Globe melaporkan, sebelum mahkamah mengumumkan keputusannya Ariel tiba di pekarangan mahkamah dengan jeritan kira-kira 1,000 pengikut Pakatan Gerakan Islam, yang mengadakan tunjuk perasaan.
“Kami berada di kawasan mahkamah sejak perbicaraan bermula. Ini saat untuk mempertahankan undang-undang negara ini.
“Jika Ariel Peterpan dibebaskan, kami akan mengambil tindakan,” kata seorang pengikut kumpulan itu.


                  ARIEL dan Luna Maya di mahkamah, semalam.

ARIEL PETERPAN diiringi oleh polis keluar dari pekarangan Mahkamah Daerah Bandung selepas dijatuhi hukuman semalam.
Teman wanitanya Luna Maya juga berada di mahkamah dengan ditemani beberapa artis termasuk penyanyi legenda dan penulis lirik Titiek Puspa, bintang rok Achmad Albar dan pemuzik Melly Goeslaw.
Luna Maya memberikan Ariel pelukan mesra sebelum dibawa ke dalam mahkamah.
Ketika bercakap kepada pemberita sebelum hukuman dijatuhkan, Ariel berkata dia berharap hakim akan membebaskannya.
“Saya mahu dibebaskan. Saya sangat berharap saya akan dibebaskan,” katanya.
Anggota keluarganya tidak hadir di mahkamah hari ini.
Bagaimanapun peguam Ariel, OC Kaligis juga melahirkan keyakinan dia akan dibebaskan, tetapi khuatir akan keselamatannya jika mahkamah membebaskan.
“Jika dia dibebaskan, saya bimbang mereka yang mengadakan demonstrasi akan membakar mahkamah,” katanya.
Selepas mendengar hujah penggulungan balas pendakwa raya awal bulan ini Hakim Singgih Budi Prakoso berkata, sekiranya kesemua berjalan dengan lancar dan tiada gangguan proses perbicaraan, beliau akan mengumumkan keputusan hari ini.
Pasukan pembela membidas tuntutan pendakwa raya supaya Ariel dikenakan hukuman penjara lima tahun.
Pasukan pembela membentangkan hujah penggulungan 107 halaman manakala Ariel pula membacakan kenyataan tiga muka surat.
Ketua pasukan pendakwa raya Rysmanto berkata kekasih Luna Maya itu terbukti melanggar Undang-undang No. 44 Tahun 2008 Tentang Pornografi dan Fasal 282 Undang-undang Jenayah.
Ariel dituduh mengedar video porno setelah dua rakaman video porno beliau dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari beredar bebas di internet sejak Jun lalu.


Tidak seperti Cut Tari yang telah mengakui bahawa video yang diedarkan itu adalah dirinya dan Ariel, hingga kini Ariel tidak mengakui sebagai pelaku dan pembuat video berkenaan.
Perbicaraan dia bermula pada 22 November lepas.
Laporan Bernama menyebut, keputusan hukuman dibacakan oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.





Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.
Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.
Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.
Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.
Kumpulan radikal Islam menyatakan rasa kecewa mereka terhadap keputusan itu dan menunut mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Ariel.
Selepas keputusan, berlaku insiden melempar batu oleh beberapa penunjuk perasaan ke arah kumpulan penyokong Ariel namun keadaan dapat dikawal.
0

Aidil Zafuan Kata Sudah Berdamai Tetapi Rita Rudaini Menafikannya

http://www.gosipsensasi.co.cc



KUALA LUMPUR: Krisis rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35, memasuki episod baru apabila satu pihak mengeluarkan kenyataan sudah menemui jalan damai manakala satu pihak lagi menafikannya dengan tegas, semalam.
Aidil yang dihubungi Harian Metro untuk mengesahkan laporan satu portal Internet mengenai Rita dikatakan sudah memohon maaf dengan mentuanya, mengakui perkembangan positif itu berlaku ketika isteri dan ibunya berjumpa selepas anak mereka, Airil Rayyan Rizkin, 2, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Khamis lalu.



“Ibu saya menziarahi anak saya yang mengalami demam panas dan dia berbual panjang dengan Rita. Mereka sudah bermaafan antara satu sama lain. Bagaimanapun lebih baik persoalan mengenai perkara ini ditanya kepada Rita kerana dia yang mempunyai masalah dan bukannya saya,” katanya.

Malah, Aidil berkata dia juga menarik balik tindakan proses sulh yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung soal penjagaan anak yang dibuat sebelum ini.

“Saya akan menarik balik tindakan memfailkan proses sulh yang dibuat sebelum ini dalam masa terdekat dan bersyukur sekiranya apa yang berlaku sebelum ini tidak berpanjangan dan berakhir dengan baik dan selamat,” katanya.






Bagaimanapun Rita yang dihubungi pula, menafikan segala yang diperkatakan suaminya dan tidak mahu kenyataan diputar belit sehingga menimbulkan masalah kepadanya seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.

“Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi,” katanya.

Rita yang kini hamil enam bulan juga hairan mengapa Aidil tidak menceritakan perkara sebenar bahawa dia datang melawat Rayyan hanya selepas dipaksa.

“Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak.

“Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya,” katanya.

Rita berkata, Adil dan kelurganya memohon maaf ke atas kesalahan mereka, namun itu hanya berlaku selepas dipujuk oleh wartawan yang kebetulan berada di hospital berkenaan.

“Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan,” katanya.

Rita juga menegaskan, kenyataan Aidil yang dia menarik balik permohonan hak penjagaan anak mereka sesuatu sukar diterimanya kerana pihak Mahkamah Syariah Seremban baru menghubunginya dan memaklumkan bawa Aidil mahu perbicaraan kes itu diteruskan.

“Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.

“Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya,” kata Rita.
Oleh Rudy Imran Shamsudin dan Mohd Amin
0

Rita Rudaini Sudah Berdamai Dengan Mertua

http://www.gosipsensasi.co.cc



PETALING JAYA: Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Rita dan Adil bersama anak mereka Airit Rayyan.
Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.
“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.
Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.
Aidil Zafuan (kanan) bersama ibu dan bapanya, Azizah Arshad dan Abd. Radzak Salleh sewaktu ditemui wartawan di rumah mereka di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.
“Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.





Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.
Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.
Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.
Selain Aidil Zafuan, kembar bintang bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan tersebut iaitu Zaquan Adha turut memilih artis sebagai isteri apabila bernikah dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu.
0

Benarkah Suami Erra Fazira Bermain Kayu Tiga??

http://www.gosipsensasi.co.cc



PETALING JAYA: Aktres popular Erra Fazira, 36, enggan melayan sebarang gosip yang mendakwa rumah tangganya sedang bergolak gara-gara suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin kononnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Menjawab dakwaan terbaru yang kembali diperkatakan, Erra bagaimanapun menyifatkan cerita yang timbul itu sebagai sesuatu yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.
"Jujurnya, memang saya pernah dengar cerita yang mengatakan Emran mempunyai hubungan dengan wanita lain di luar tetapi saya selalu ambil pendekatan untuk tidak ambil pusing selagi tiada bukti kukuh.
"Kadang-kala orang boleh bercakap dan memfitnah macam-macam tentang kita. Jika benar dakwaan tersebut, saya sentias berdoa agar ditemukan bukti dan petunjuk," katanya yang tidak hairan dengan dakwaan terbaru itu.
Ditanya pula adakah dia pernah bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut kepada suaminya, Erra mengakui pernah berbincang dalam keadaan yang santai dan bergurau.
Namun perkara tersebut tidak pernah diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan perbalahan kerana tidak terbukti kesahihannya.






"Memang saya pernah bertanyakan perkara itu kepadanya tetapi dalam keadaan yang santai dan bergurau. Namun, selagi tidak terbukti, saya tidak mahu ambil serius.
"Tidak perlulah sampai kami berbalah di rumah semata-mata mendengarkan cerita yang timbul sedangkan belum terbukti kebenarannya," katanya yang mengakui pengalaman bergelar selama hampir 18 tahun dalam bidang seni banyak membantu dalam menangani gosip sebegini.
Bagaimanapun, Erra turut bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam rumah tangganya seandainya perkara yang tidak diingini itu benar-benar berlaku seperti mana yang didakwa.
"Sebolehnya saya tidak mahu memikirkan tentang perkara remeh-temeh yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.
"Bagaimanapun, seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program rombongan Erra Art Club di Borders, The Curve, di sini, Jumaat.