0

Malu!! Anne Hathaway Kantoi Tak Pakai Seluar Dalam

Anne Hathaway yang mengenakan gaun hitam ketat rekaan pereka terkenal Tom Ford mahu turun dari sebuah kereta, tetapi entah macam mana dia gaunnya terselak secara tidak sengaja.



 Anna Hathaway mengenakan gaun hitam taffeta rekaan pereka terkenal Tom Ford sewaktu menghadiri tayangan 'Les Miserables' baru-baru.Anna Hathaway mengenakan gaun hitam taffeta rekaan pereka terkenal Tom Ford sewaktu menghadiri tayangan 'Les Miserables' baru-baru.


Insiden bahagian 'privasi' terlihat umum gara-gara kesalahan memakai busana, pernah dialami selebriti seperti Lindsay Lohan, Paris Hilton, Britney Spears mahupun diva popular, Jennifer Lopez. Tapi Bagaimana reaksi pelakon jelita Anne Hathaway jika perkara yang sama terjadi kepadanya. Tambah-tambah paparazzi sempat merakamkan gambarnya dan ia menjadi bahan tatapan umum di banyak media hiburan?

Kejadiaan memalukan itu terjadi sewaktu bintang Catwoman iyu menghadiri tayangan perdana file terbarunya Les Miserables pada 10 Desember lalu di New York. Ketika itu Hathaway yang mengenakan gaun hitam ketat rekaan pereka terkenal Tom Ford mahu turun dari sebuah kereta, tetapi entah macam mana dia gaunnya terselak secara tidak sengaja.

Lebih malang sebaik saja pintunya kereta dibuka, berpuluh-puluh kerdipan 'flash' kamera daripada para paparazzi ke arahnya. Tanpa dia sedari, ketika itulah kemaluannya terlihat.

Anne Hathaway benar-benar merasa malu. Apalagi fotonya itu beredar secara luas di internet.

"Sungguh mengecewakan. Mereka telah melihat segalanya', ujar aktres berusia 30 tahun kepada NY Daily News.



- mD
0

Julia Perez Dipenjarakan 3 Bulan Kerana Bergaduh



Jupe (berbaju kuning) bakal dipenjarakan selama tiga bulan kerana didapati bersalah dalam kes pergaduhan bersama Dewi Perssik pada November 2010.

JAKARTA: Keputusan Mahkamah Agung di sini pada Jumaat menetapkan aktres seksi Julia Perez (Jupe) dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan dalam waktu terdekat susulan kes pergaduhannya dengan aktres Dewi Perssik pada November 2010.

“Keputusan perbicaraan menetapkan hukuman penjara tiga bulan. Hakim juga memerintahkan tertuduh (Jupe) segera dipenjarakan,” ujar seorang sumber di mahkamah berkenaan ketika dihubungi Kapanlagi di sini, Jumaat.

Kes perbicaraan di antara dua penyanyi dangdut ini bermula ketika mereka menjalani penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada November 2010.

Difahamhkan Dewi memfailkan kes ke atas Jupe selepas mereka bergaduh di set penggambaran filem itu.

Dalam keputusan itu, ketua hakim Dr Artidjo Alkostar dan dua hakim anggota Prof Gayus Lumbuun dan Dr Salman Luthan mendapati Jupe bersalah kerana bertindak kasar dan melakukan penganiayaan ke atas pasangan pelakonnya Dewi Perssik ketika penggambaran filem terbabit.

“Ketiga-tiga hakim memutuskan tertuduh (Jupe) bersalah. Keputusan itu diambil sebulat suara tanpa ada sebarang percanggahan atau perbezaan pendapat,” ujar sumber itu lagi.
0

Polis Gagalkan Cubaan Untuk Membunuh Justin Bieber

Justin Bieber dilaporkan menjadi sasaran satu plot pembunuhan yang dirancang oleh seorang banduan.



LOS ANGELES - Penyanyi pop remaja, Justin Bieber dilaporkan menjadi sasaran satu plot pembunuhan yang dirancang oleh seorang banduan, Dana Martin, menurut beberapa laporan kelmarin.

Stesen televisyen ABC melaporkan, Martin, 45, merupakan banduan di sebuah penjara di New Mexico yang mahu Bieber, 18, dikasi dan dibunuh termasuk pengawal peribadi penyanyi berkenaan.

Martin dijatuhkan hukuman penjara selama 978 tahun kerana kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000.

Terdapat imej Bieber pada tatu banduan tersebut di salah satu kakinya.

Martin mahu membunuh penyanyi tersebut selepas dia gagal menghubungi Bieber, menurut afidavit polis yang didedahkan media.


Mark Staake yang diupah untuk membunuh Justin Bieber.

 
Dia menemui seorang bekas banduan, Mark Staake yang diupah untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Staake kemudian melakukan tugas tersebut bersama anak saudaranya, Tanner Ruane.

Menurut akhbar The Sun, serangan terhadap Bieber itu dirancang dilakukan pada November lalu semasa penyanyi berkenaan membuat persembahan di Madison Square Garden, New York.

Bieber akan dijerut dengan menggunakan tali leher.

Tali leher yang perlu digunakan untuk membunuh Bieber mesti mengandungi satu corak yang sama.

Polis mendakwa, Staake menemui Martin di penjara Las Cruces di New Mexico.

Martin dilaporkan mahu membunuh empat orang termasuk Bieber.

Polis berjaya mematahkan percubaan itu selepas mengintip perbualan Martin, Staake dan Ruane.

Ruane dilaporkan memberitahu Martin bahawa plot pembunuhan tersebut masih belum dilakukan.

Martin dilaporkan membuat pengakuan kepada polis dan memberikan nama Staake dan Ruane berhubung plot tersebut.

Menurut akhbar Toronto Star yang mendakwa melihat kandungan afidavit itu, Staake dan Ruane akan menerima AS$2,500 (RM7,635) bagi setiap testikel yang mereka potong.

Staake kemudian ditangkap di Vermont manakala Ruane ditahan di New York dengan gunting pemotong ditemui di dalam keretanya.

Staake masih ditahan manakala Ruane telah dibebaskan.

Setakat ini, kedua-dua mereka tidak dikenakan dakwaan percubaan membunuh.

Sementara itu, pengurus Bieber, Scooter Braun mengeluarkan kenyataan kepada US Weekly dengan menyatakan pihaknya mengambil setiap langkah untuk melindungi dan memastikan keselamatan Bieber dan para peminatnya. - Agensi


0

Siti Nurhaliza Batal Konsert,Datuk K Terbabit Kemalangan Motosikal

 Siti Nurhaliza bersama Datuk K.


KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33, terpaksa membatalkan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang sepatutnya berlangsung di Banjarmasin, Jakarta, Indonesia, hari ini, selepas suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terbabit dengan kemalangan, di Queensland, New Zealand, tengah hari semalam.


Siti menerusi akaun twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam...maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua ‘team’ konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” katanya.

Menurut kakak iparnya, Datin Zaitun Mohd Jiwa, Siti ketika dihubungi terkejut apabila perkara itu dimaklumkan kepadanya.

“Dia meminta saya membeli tiket penerbangan ke New Zealand dan akan berbincang dengan pihak penganjur untuk membatalkan Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Jakarta,” katanya.

Siti dan seorang rakan berangkat ke New Zealand jam 9 pagi tadi.


Gambar Datuk K dan Siti Nurhaliza menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan gaya tersendiri semasa menyertai Kembara 1Malaysia tahun lepas.


Zaitun berkata, kemalangan itu berlaku ketika Datuk K menunggang motosikal kuasa besar menyebabkannya patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.

“Datuk K berada sejak beberapa hari lalu kerana mempunyai urusan perniagaan dan beliau bersama rakan lain menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal,” katanya. Bagaimanapun, katanya, keluarganya bersyukur kerana dimaklumkan keadaan Datuk K yang stabil. 




Seorang kenalan rapat Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memaklumkan suami penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang mengalami kemalangan motosikal kelmarin mungkin terlantar selama 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand sebelum dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Beliau yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, keputusan untuk membawa pulang Datuk K bagi menjalani rawatan di Malaysia bergantung kepada keluarga ahli perniagaan itu sendiri.

Keputusan tersebut juga bergantung kepada tahap terkini kesihatan Datuk K.




0

Pengacara Zakiah Anas Selamat Bernikah Dengan Kawan Lama

ZAKIAH dan Raja Shahrul pada majlis pernikahan mereka di Petaling Jaya semalam.

Petaling Jaya: Pengacara wanita, Zakiah Anas dilaporkan telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pagi tadi.

Menerusi blog tulisan Mazidul Akmal Sidek, beberapa keping gambar Zakiah sewaktu majlis akad nikah itu berlangsung dipaparkan untuk tontonan pembaca blognya.

Zakiah telah selamat dinikahkan berwalikan abangnya, Mohd Adnan Anas dengan mas kahwin sebanyak RM13,500 tunai.

Bercerita mengenai detik perkenalan antara mereka, Zakiah memberitahu Azmi adalah merupakan kenalan lama sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dahulu.

Selepas itu, mereka ada berkawan sekejap dan kemudiannya persahabatan mereka terputus kerana sukar untuk menghubungi antara satu sama lain.

“Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM.

“Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun,” kata Zakiah.

Zakiah memberitahu Azmi telah melamarnya pada bulan Ramadhan lalu dengan disaksikan oleh ibu Azmi sendiri.

Melihatkan kesungguhan Azmi, Zakiah bersedia untuk menjadi isteri kepada Azmi.

“Bulan Ramadhan lalu, masa berbuka puasa, di hadapan ibu Azmi di rumah mereka di Kepong,” katanya.

Selepas selamat diijab kabulkan, Zakiah dijadualkan akan mengadakan majlis resepsi pada bulan Januari tahun hadapan.

Turut hadir di majlis pernikahannya selain saudara-mara dan rakan selebriti adalah ibunya, Enon Puteh Lan, 83.









0

Dramatis Maimon Mutalib Terus Melawan Penyakit Kanser Tanpa Menagih Simpati

 Maimon Mutalib


KUALA LUMPUR: Dramatis Maimon Mutalib berkata kekangan kewangan membuatkan dia reda dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam merawat penyakit kanser payu daranya yang kini pada tahap keempat.

Maimon, 54, berkata, dia enggan menagih simpati atau menyusahkan mana-mana pihak dengan meminta bantuan semata-mata untuk meringankan kos rawatan itu.

"Tak perlulah saya meminta ke sana dan sini atau menagih simpati orang semata-mata untuk melawan penyakit ini habis-habisan.

"Cukuplah saya berikhtiar merawat mengikut kemampuan kewangan saya selagi terdaya.

"Kalau ditakdirkan saya sudah tidak mampu lagi saya reda dan pasrah dengan apa-apa kemungkinan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa.

Keadaan kesihatan Maimon yang sudah setahun menghidap penyakit itu semakin merosot sehingga memaksa dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada bulan lalu selepas mengalami kekejangan pada pangkal paha.

Difahamkan, barah itu sudah merebak ke bahagian tulang belakang yang menyebabkan tulangnya mereput dan sukar bergerak.Ia turut menjangkiti paru-paru dan bahagian mata kiri sehingga kelopak matanya sukar dibuka.

Ibu tunggal kepada lima anak itu berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu penderitaan tersebut mengundang sebarang persepsi di kalangan mana-mana pihak.

"Kenyataan hidup ini memang banyak dugaan yang perlu kita hadapi. Saya sudah lama lalui pelbagai kesulitan sejak kematian suami 15 tahun lepas.

"Apabila diduga dengan penyakit ini, saya harus tempuh semampu yang boleh dan tidak perlu saya bersedih atau menagih simpati," katanya.

Maimon yang kali terakhir terlibat dalam penggambaran drama Raja Bola (RTM) pada awal bulan lalu berkata, dia amat menghargai doa dan sumbangan peribadi teman-teman rapat dan keluarga dalam meringankan bebannya.

"Saya pun sudah sebulan tak berlakon. Duit simpanan pun sudah habis kerana saya menanggung perbelanjaan keluarga.

"Mujurlah ada juga sumbangan ikhlas kawan-kawan yang sudi membantu meringankan kos rawatan.

"Namun, saya tidak boleh terus mengharapkan bantuan. Selagi termampu saya akan lawan penyakit ini kerana saya tiada banyak duit," katanya.

Oleh WAHIDUZZAMAN
0

Liyana Jasmay Tunda Majlis Pernikahannya

 LIYANA bersama tunangnya, Fathuddin pada majlis pertunangan mereka pada 29 Mac lalu.




KUALA LUMPUR – Majlis pernikahan pelakon terkenal, Liyana Jasmay dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan yang sepatutnya dilangsungkan pada 24 Januari depan telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 2 Februari 2013.

Menurut Liyana, 24, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu walaupun dia dan tunangnya, Fathuddin, 28, sebelum ini telah mengumumkan akan bernikah pada 24 Januari tahun depan.

Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lalu.

Liyana yang baru pulang ke tanah air lewat malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat berkata, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

“Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC,” jelas aktres itu yang merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2009 menerusi filem Papadom.

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
0

Gambar Majlis Pertunangan Shah Jaszle & Redzwani Puteri





 Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shah Jaszle kerana telah pun mengikat tali pertunangan dengan Redzwani Puteri pada Sabtu lalu.

Kedua-dua psangan ini yang masing-masing berumur 24 tahun sedondon mengenakan pakaian dengan warna tema ‘baby pink’.

Mereka membuat keputusan untuk bertunang setelah setahun mengenali diri masing-masing.

Redzwani Puteri baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada bulan Oktober yang lalu.

Semoga selamat ke jinjang pelamin hendaknya..

Lihat beberapa keping gambar yang telah dimuat naik oleh The Photolicious.







Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN