0

Lia 3 Macan bahagia dengan Andreano

Kumpulan 3 Macan akan muncul kali pertama di Malaysia pada 8 Julai ini apabila diundang mengadakan persembahan bersama Anita Sarawak dalam persembahan Mini Showcase Cinta Anita.
Persembahan yang akan diadakan pada pukul 3.00 petang di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur itu sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010. Ia dibawakan oleh Life Records dan Music City dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)  serta  Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Siapa 3 Macan?
Kumpulan 3 Macan dianggotai oleh Lia Ladysta, Ayu Terra dan Yeni Anggraeni. Mereka terkenal dengan imej cantik dan seksi membawakan lagu-lagu popular Indonesia dalam konsep dangdut. Lagu SMS menjulang nama mereka.
Lia sebelum ini bersama Iva Novanda dan Dian Aditya menganggotai Trio Macan. Namun bulan lalu dia mengumumkan penukar nama apabila menghadapi masalah perebutan nama kumpulan dengan syarikat pengurusan. Sebelum itu ada gosip mengatakan Lia dibuang dari 3 Macan.
Lia tidak mengambil kisah dan tidak mahu berebut nama tersebut kerana baginya bukanlah nama yang diutamakan sebaliknya hasil yang dilakukan oleh artis itu sendiri.
Cinta bahagia Lia-Andreano
Dalam hal peribadi Lia kini sedang bahagia berpacaran dengan model dan pelakon lelaki hot Andreano Philips sejak tujuh bulan lalu. Mereka sering bersama-sama dan menyokong di antara satu sama lain.
Malah Andreano sendiri memberitahu Mangga Online yang dia akan bercuti semasa 3 Macan mengadakan promosi di Malaysia untuk bersama-sama kekasihnya itu.
"Saya akan ke Kuala Lumpur juga nanti bersama 3 Macan," kata Andreano melalui khidmat mesej BlackBerry (BBM) kepada Mangga Online.
Saya sebenarnya mengenali Andreano sejak beberapa tahun lalu semasa dia belum mencipta nama di Indonesia.
Sekarang Andreano semakin dikenali dan wajahnya banyak menghiasi iklan di Indonesia. Dia juga berlakon banyak filem antaranya filem sensasi Hantu Puncak Datang Bulan.
Filem Hantu Puncak Datang Bulan menimbulkan kontroversi adegan bercium dan ranjang. Andreano sendiri  melakonkan adegan cium dengan Lia dalam filem tersebut.
Kedua-dua mereka sebenarnya semakin rapat dan akhirnya jatuh cinta selepas berlakon dalam filem tersebut. Bukanlah cinta promosi sebaliknya mereka terus menjalin hubungan sehingga hari ini.

Pilih lagu popular
Trio Macan mula popular menerusi lagu dangdut berjudul SMS yang mendapat sambutan hangat. Apatah lagi timbul kontroversi  pasal siapakah penyanyi asal lagu tersebut apabila ada penyanyi yang mendakwa menyanyikannya terlebih dahulu.
Mereka mudah popular kerana kembali merakam lagu yang sudah popular dengan cara mereka yang tersendiri.
Album ketiga yang sedang  dipasarkan di Malaysia oleh Life Records memuatkan lagu-lagu Makhluk Tuhan Paling Sexy, Wonder Woman, Dokter Cinta, Kucinta Kau Apa Adanya, Munajat Cinta, Jatuh Cinta Lagi, Koq Gitu Sih, Sunny, Bete dan OK.
Lagu-lagu tersebut merupakan lagu-lagu hits dan sangat laris jualan ring back tones (RBT). Album ini sudah memasuki pasaran Malaysia sejak April lalu.
3 Macan mengharap respons positif pecinta muzik, terutama dari kalangan orang muda. Melalui album terbaru ini, 3 Macan ingin membuktikan bahwa musik dangdut akan terus diterima oleh peminat.-manggaonline
0

Tiz Zaqyah Berhati-Hati Pilih Kawan


WALAUPUN tenang menepis kontroversi, aktres Tiz Zaqyah (gambar) akui serik dan lebih berhati-hati memilih kawan.
Pelakon popular menerusi drama Nur Kasih itu pernah dituduh cuba menggoda kekasih Fasha Sandha, Mohd Rizal Ashram atau dikenali sebagai Jejai sekitar Jun lalu.
"Alhamdulillah, kontroversi itu tidak mengganggu tumpuan saya untuk berlakon filem Nur Kasih dan saya boleh melakukan kerja seperti biasa," katanya.

Tiz ditemui sewaktu menjalani penggambaran filem Nur Kasih The Movie di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Khamis.

Pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular ABP 2009 itu berkata dian tidak gembira dengan tohmahan itu.
"Saya tak suka dengan dakwaan itu. Saya dah komen sebelum ini dan tak nak komen apa-apa lagi (pasal Fasha).
"Cukuplah saya katakan yang saya lebih berhati-hati pilih kawan," beritahunya.
Pelakon berusia 21 tahun itu juga akui akan bersikap profesional jika digandingkan dengan Fasha selepas ini. Kali pertama dan terakhir mereka digandingkan bersama-sama adalah menerusi drama bersiri Spa Qistina.
Menyentuh tentang lakonannya sebagai Nur Amina, wataknya kali ini lebih kuat, tabah tetapi agresif.
"Saya tak akan menangis tetapi orang yang menonton filem ini akan menangis," ujarnya mengenai filem yang menelan belanja RM2.8 juta termasuk kos promosi.
Tizz serta dua pelakon utama filem itu iaitu Remy Ishak dan Fizz Fairuz telah menjalani penggambaran selama 35 hari bermula 19 Jun lalu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Jordan.-mstar
0

Jennifer Love Hewit Tiduri 26 Lelaki Dalam Tempoh Dua Hari


AKTRES Jennifer Love Hewitt mengaku pernah meniduri 26 orang lelaki hanya dalam tempoh dua hari. Jennifer dengan perasaan bangga menceritakan hal tersebut.
Namun perkara tersebut bukanlah dalam kehidupan nyata kerana ia hanyalah dalam filem terbaru berjudul The Client List yang menampilkannya sebagai seorang gadis bekerja sebagai pelacur.
"Saya melakukan adegan ini selama dua hari. Saya harus mengganti baju tidur untuk 26 orang dalam masa dua hari. Saya bersama 26 lelaki di dalam kamar secara silih berganti," kata Jennifer seperti dipetik dari Showbizspy.
Jennifer mengaku sukar dengan peranan yang dimainkan itu. Tetapi, bekas bintang drama siri 'Party of Five' ini menganggap watak tersebut sebagai cabaran kepadanya.
"Saya benar-benar menjadi wanita pekerja seks dalam filem ini," ujarnya.
Biarpun kerjaya lakonannya berjalan baik, tetapi hubungan cinta wanita cantik ini tidak pernah bahagia. Hubungan cinta yang dibina sering berakhir dengan perpisahan dan kesedihan.
Bagaimanapun, perkara itu tidak membuat Jennifer putus asa dengan kehidupan cintanya. Malah dia juga berniat untuk memiliki anak sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.
Dia juga merancang untuk menggambil anak angkat seperti yang pernah dibuat pelakon wanita lain seperti Sandra Bullock dan Sheryl Crow.
"Saya merancang untuk mendapatkan anak sama ada dari rahim sendiri atau anak angkat. Saya sangat terbuka soal itu," ujar bekas kekasih Jamie Kennedy ini.-mstar
0

Aksi Cium Krisdayanti & Raul


JAKARTA: Ketika menafikan hubungan cintanya dengan ahli perniagaan Raul Lemos, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa segan silu mahu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak.
Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Radio Dalam, Jakarta Selatan, Rabu. Pada ketika itu Raul sedikitt emosi ketika memperkatakan mengenai dirinya di sebuah tabloid hiburan.
Portal Inilah.Com melaporkan, ketika melihat aksi Raul yang sedikit emosi itu, KD dengan manjanya cuba mencubit pipi lelaki itu sambil memberi ciuman ke bibirnya.
Wartawan dan jurugambar yang hadir pada majlis tersebut menjadi terkejut lalu meminta kedua-dua pasangan tersebut mengulangi aksi berkenaan.

Bagaimanapun tanpa perasaan malu, KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula.
Sementara itu Inilah.Com turut melaporkan Raul mengaku mahu menikahi KD tetapi perlu menguruskan penceraiannya dengan Silvalay Noor Artalitha.
Raul berkata dia sudah melafazkan talak ke atas isterinya itu secara lisan dan atas alasan itulah dia berani untuk keluar bersama KD.
Mengikut perancangan, Raul mahu mengadakan majlis pernikahan mereka di tanah kelahirannya di Timor Laste dan KD sendiri tidak keberatan untuk tujuan itu.
KD bercerai dengan Anang Hermanstah pada 22 Oktober tahun lalu. Khabarnya Raul Lemos menjadi penyebab penceraian tersebut. Setelah bercerai dengan Anag, KD tidak malu untuk menceritakan kepada pihak media tentang hubungan mereka itu.-mstar
0

Anak Kekasih Krisdayanti Mahu Bunuh Diri


Krisdayanti dikatakan penyebab keruntuhan rumahtangga Raul
ISTERI Raul Lamos, Sechah Salem Sagran atau Atha mengaku sangat kecewa dengan kemesraan yang ditunjukkan antara suaminya dan Krisdayanti (KD).

Bukan kerana cemburu atau masih lagi mencintai Raul, tapi Atha memberitahu lebih memikirkan kesan psikologi yang akan dialami oleh anak-anaknya, Fariz (21), Shilla (19), Abdillah (10) dan Attalia (6).
"Mereka masih mentah dan sangat terkejut dengan berita yang disampaikan media terhadap perilaku ayahnya. Malah mereka tidak mempercayai dan menerimanya.
"Terutama buat Attalia, dia menangis dan cuba untuk membunuh diri sebanyak tiga kali dalam seminggu. Semua dilakukan ketika saya tiada di rumah.
"Pertama dia pernah lari ke jalan tetapi sempat di selamatkan, keduanya dia mahu menikam diri menggunakan pisau dapur dan ketiga dia terjun dari tingkat atas rumah," tutur Atha seperti dipetik Kapanlagi.com.
Menurut Atha dia pernah terfikir untuk membawa anak-anaknya mendapatkan terapi psikologi, namun dibantah oleh beberapa pihak terutamanya keluarga.

"Saya tidak perlu memberitahu hal ini kepada Raul kerana dia sendiri sudah tahu dari keluarganya. Tapi dia tidak pernah bertanya tentang hal itu. Apakah itu ayah yang baik? anda boleh menilai sendiri, semuanya sudah terbukti sekarang," kata Atha.
Sementara, Shilla yang mendampingi Atha turut kecewa dengan ayahnya. Dia mengaku tidak merestui hubungan ayahnya bersama KD.
"Tapi mahu buat bagaimana lagi. Saya tahu KD bukan wanita yang baik," katanya.-mstar
0

Heboh Elly Mazlein Nikah Orang Di Utara

TERLEBIH dahulu Niezam nak ucapkan tahniah kepada pelakon Annahitta Bakavoli yang selamat bernikah dengan orang politik.
Majlis nikah Annahita dengan Setiausaha Sulit Kanan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd. Arshad berlangsung pada 11 Julai lalu.
Kepada Annahita tahniah kerana sudah bergelar Datin. Tahniah juga kepada Annahita kerana ketika wartawan Mingguan mStar, Kemalia telefon untuk mengesahkan perkara itu, dia tak menipu.
Elly Mazlein
Tak semua artis dalam dunia ini yang berkahwin dengan orang politik atau yang ada kaitan sikit-sikit pun dengan politik mahu mengaku perkara baik itu.
Annahita tak macam sesetengah artis yang bernikah dengan ahli politik. Tahniah ya, tahniah.
Di sebalik kisah Annahitta yang diam-diam bergelar mak Datin itu, Niezam terima juga berita mengenai pelakon Elly Mazlein.
Sepanjang Niezam kenal Elly, jarang sekali dia nak buka cerita bab-bab kahwin, bab-bab ada teman lelaki.
Tak apa... cara Elly itu tak salah pun. Artis ada hak untuk berkata ya atau tidak. Tapi di sini Niezam nak tanya Elly. Niezam nak selepas membaca cerita ini Elly boleh telefon Niezam untuk beritahu kisah sebenar.
Niezam dah malas nak telefon atau hantar SMS kepada Elly untuk bertanyakan status dia. Takut nanti rugi duit hantar mesej sebab jawapannya Niezam dah tahu.
Cuma di sini Niezam nak bagi tahu Elly, kisah perkahwinan Elly yang cuba disorokkan sebenarnya sudah bocor. Itu saja mesej yang nak disampaikan.
Menurut ceritanya, Elly berkahwin dengan orang politik di Utara tanah air. Sebelum banyak benda lagi dibongkar, rasanya Elly perlu bersedia menceritakan perkara sebenar.Niezam sekadar menasihati Elly.
Bukan berniat nak jatuhkan Elly ataupun bencikan Elly tetapi berita perkahwinan Elly itu sudah diketahui orang. Elly tak boleh nak main sorok-sorok lagi.
Niezam: Menyorok bawah meja.
Que Haidar baru sedar diri
Rasa macam nak menangis apabila Niezam baca kenyataan pelakon Que Haidar yang sudah nak bersara sebagai pelakon. Niezam terkejut akhirnya Que sedar diri yang dia terpaksa berhenti berlakon.
Alasan Que bekerja sebagai pelakon di Malaysia tak boleh kaya raya macam pelakon di Hollywood.
Que Haidar
Memang benar pun. Bekerja sebagai pelakon di Malaysia susah nak buat pinjaman bank. Pelakon di Malaysia nak masuk hospital pun kena korek tabung sendiri sebab tak ada syarikat yang nak tanggung bayaran hospital.
Tapi pelakon di Malaysia walaupun dalam poket ada RM1 ramai yang berangan nak naik kereta mewah. Ada sesetengahnya pula 24 jam nak nampak macam orang kaya walaupun papa kedana.
Bukan saja pelakon tetapi penyanyi pun 2X5 juga. Apa jadi dengan penyanyi yang menang dalam pertandingan menyanyi di TV? Sesetengahnya hidup kais pagi makan pagi saja.
Hakikatnya menjadi artis di Malaysia memang tak boleh kaya. Nak cari makan pun susah. Tapi ramai rakyat Malaysia masih tak sedar diri dan tak mahu ambil contoh apa yang Que Haidar kata.
Hari ini ibu bapa, tok nek, tok cik semuanya kalau boleh nak suruh anak cucu mereka jadi penyanyi atau pelakon. Alasannya nak bantu keluarga.
Artis yang menang pertandingan pun bila ditanya kenapa nak jadi artis, alasannya sama – nak bantu keluarga.
Itulah mentaliti orang kita. Dia orang fikir bila jadi artis boleh jadi kaya. Tengok macam Que Haidar, walaupun sedang menuju untuk menjadi kaya, dia cepat-cepat buat keputusan tak mahu berlakon lagi sebab dia tahu dia tak boleh nak ke mana.
Betul-betul kaya ialah syarikat-syarikat TV yang menganjurkan pertandingan menyanyi sehingga boleh bayar bonus kepada pekerja hasil titik peluh wang rakyat Malaysia yang mengundi melalui SMS.
Tapi ibu bapa di luar sana masih tidak sedar, bukan mudah anak cucu cicit mereka nak jadi kaya kalau mereka jadi artis.
Que belajar tak tinggi mana tapi keputusan yang dia buat macam orang yang belajar tinggi. Sayangnya hari ini ibu bapa tak nak hantar anak-anak mereka belajar tinggi tapi ramai yang berebut-rebut nak hantar anak masuk program realiti.
Niezam: Cukuplah masuk pertandingan karaoke.
Janganlah jadi macam Cut Tari
Pelakon filem ‘lucah’ dari Indonesia nombor satu, Cut Tari dengan bangganya mengaku dia memang bermukah (berzina) dengan Ariel “Peterporn”.
Pihak berkuasa Indonesia pula berkata, kerana pengakuan itu Cut Tari mungkin akan mendapat hukuman ringan.
Ariel turut dikaitkan dengan Luna Maya.
Niezam tergelak sampai kembang hidung. Sepatutnya orang macam Cut Tari, tak kiralah sama ada dia mengaku atau tidak, hukuman yang setimpal harus dikenakan.
Kalau perlu direjam, rejam sajalah dia. Bukan saja Cut Tari, pasangan lucahnya Ariel dan Luna Maya pun sama juga.
Suami pengacara itu, Johannes Yusof Subrata pun bengong semacam. Yusof berkata dia bangga kerana mempunyai isteri yang tabah dan berani mengaku melakukan perbuatan sumbang itu. Yusof bangga mendapat isteri yang sanggup memberi tubuhnya diratah oleh orang lain.
Kalau Niezamlah jadi Yusof, Cut Tari mesti kena cincang macam sotong kangkung. Pelakon di Malaysia pun kalau dia orang tak jaga budi pekerti, mereka juga akan jadi seperti Cut Tari.
Hari ini artis-artis kita bebas bergaul tanpa batasan. Artis kita juga tak rasa segan silu, tak tahu malu nak buat benda tak senonoh.
Gambar-gambar dalam internet dengan keadaan berpeluk, terkangkang yang tersebar itu menjadi bukti.
Melihat kes Cut Tari, Ariel dan Luna Maya, artis-artis kita harus mengambil ini sebagai satu pengajaran berguna.-mstar
0

PARIS HILTON STRIKES A POSE FOR MALAYSIAN MILLIONAIRE


Always one to welcome the camera, Paris Hilton took part in a mini photo shoot on a boat in Paris, France today (July 15). The 29-year-old heiress was wearing a bright pink dress with a large diamond snake bracelet, tights and high heels as she posed for a photographer on the water with the Eiffel tower as a background.
Paris was spending the day on the boat with her sister Nicky Hilton and Malaysian millionaire Taek Jho Low.
Low is somewhat of a mystery man who has been spending a massive amount of cash at clubs around the world and is rumoured to be an adviser to some international corporations and then appointed to the board of Malaysian bank UBG Berhad last year.

0

Bekas Isteri 'Naik Tocang' : AC Mizal Mahu Saman


AC Mizal
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara AC Mizal berhasrat untuk menyaman bekas isterinya Shafnie Zainudin kerana kecewa dengan sikap wanita itu yang dianggapnya sudah “naik tocang”.
AC menerusi laman Facebook miliknya pada 10 Julai lalu meluahkan perasaan marah kepada seorang wanita yang tidak disebut nama tetapi dipercayai bekas isterinya.
Dalam Facebook itu AC meluahkan perasaan semakin dia berdiam diri, sikap wanita tersebut semakin menjadi-jadi.
“Lagi kita diam lagi dia naik tocang. Mahkamah dah larang, dia tetap nak buat. Dah dua kali di mahkamah dia kalah sebab tak ada bukti yang saya gagal membayar, dia failkan kembali. Nak tipu masyarakat sebab nampak baik?” luah AC kesal dengan peristiwa itu.
Shafnie
Menerusi Facebook tersebut AC turut menjelaskan dia mempunyai bukti tidak mengabaikan tanggung jawab terhadap dua anaknya iaitu Muhammad Shafiq Iman,13 dan Muhammad Shabil Iman,10.
Katanya, setiap nafkah yang diberi kepada dua anaknya itu disokong dengan resit-resit pembayaran.
Tambahnya apa yang dilakukan oleh wanita itu sudah melampau dan jalan terbaik ialah mengambil tindakan melalui saman.
AC juga meminta masyarakat yang tidak tahu cerita sebenar supaya berdiam diri dan lihat sahaja tindakan yang hendak diambilnya terhadap wanita itu.
“Kita tak nak mengaibkan tetapi kalau dah melampau, kau terimalah padahnya. Biar masyarakat tahu siapa sebenarnya yang menipu. Sembilan tahun aku tahan,” luahnya dalam laman sosial Facebook yang dibuka untuk para peminatnya itu.
Pada 6 Julai lalu, Shafnie menangis teresak-esak di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang ketika menghadiri perbicaraan tuntutan nafkah anak apabila mengenangkan nasib dua anaknya pada masa hadapan, sekiranya sesuatu berlaku terhadap dirinya semasa mereka masih kecil.
Dalam perbicaraan itu bekas model tersebut menjelaskan jumlah perbelanjaan persekolahan yang dituntutnya sebanyak RM300 untuk dua orang anak setahun sememangnya tidak mencukupi.
Selain itu, Shafnie juga menuntut bayaran bulanan yang terdiri daripada makanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), pengajian Al-Quran (RM280), sewa rumah (RM650) dan pembantu rumah sebanyak (RM200).
Dia juga menuntut bayaran pakaian sebanyak RM3,000 setahun yang meliputi pakaian sekolah, aktiviti ko-kurikulum kerana anaknya aktif bersukan dan menganggotai pengakap serta untuk kegunaan Hari Raya.
Turut dituntut ialah bayaran perubatan RM1,500 dan RM3,000 sebagai hiburan dan pelancongan.
Mahkamah dalam perbicaraan lain pada 13 Julai lalu menetapkan 4 dan 12 Oktober depan sebagai perbicaraan kes itu.
AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan bercerai pada 17 Oktober 2001.-mstar