0

Kubur Michael Jackson Diceroboh


Tanah perkuburan Forest Lawn di Glendale, California. - Foto AFP
LOS ANGELES: Peminat bintang pop dunia Michael Jackson dilaporkan telah menceroboh masuk kubur penyanyi itu sehingga membuatkan kubur tersebut mengalami kerosakan.
Portal hiburan TMZ.Com pada Selasa melaporkan penceroboh meninggalkan beberapa mesej di tanah perkuburan Forest Lawn yang terletak di pinggir bandar raya ini.
Antara mesej yang diselitkan termasuk di celah-celah semak kubur itu ialah “rindu anda” dan “menyimpan mimpi anda hidup”.
Pegawai yang menjaga kubur itu cukup marah dengan perbuatan tersebut .
Seorang peminat Michael Jackson meletakkan sekuntum bunga di depan potret Raja Pop iti di Tokyo Tower, Tokyo pada 27 Jun 2010. - Foto AFP
“Kegiatan seperti ini adalah contoh kenapa penguatkuasaan dan larangan begitu ketat di sebuah makam agung dilakukan,” kata jurucakap itu.
Walaupun tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis tetapi jurucakap tersebut berkata sesiapa yang ditangkap menceroboh kubur akan “dilarang untuk hidup”.
Peminat Michael Jackson seluruh dunia menyambut ulang tahun pertama kematiannya pada bulan lalu melakukan majlis menyalakan lilin dan beberapa aktiviti lain untuk memperingati kehilangannya.
Dianggarkan lebih 5,000 kuntum bunga di letakkan di kawasan perkuburan tersebut.
Penyanyi itu meninggal dunia pada 25 Jun tahun lalu ketika berusia 50 tahun. Kematiannya dipercayai berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan di sebuah rumah sewanya di sini.
Bagaimanapun doktor peribadi penyanyi itu, Dr. Conrad Murray dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian Jackson. Dia bagaimanapun menyangkal tuduhan itu. - AFP
0

Tom Mystar LG Dakwa Diperangkap Melalui SMS


PETALING JAYA: Juara Mystar LG3, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom (gambar) mengakui menyesal membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Nur Umirah Ali atau Miera,17, yang dipercayai mempunyai agenda tersendiri untuk memerangkapnya.
Miera adalah adik tiri isteri kepada seorang lelaki yang juga bekas kekasih Tom.
"Ya saya ada SMS dengan dia, tetapi dia yang mula menghantar SMS dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya terlebih dahulu.
"Dia yang mulakan dengan cara kasar untuk membangkitkan kemarahan selain bertujuan mengumpan saya untuk mengaku mempunyai hubungan dengan abang iparnya," ujar Tom menjawab persoalan apabila SMS yang dihantarnya kepada Miera telah disiarkan sebuah portal hiburan, Isnin.
Kata Tom dia menyesal kerana tidak menyimpan SMS yang dikirimkan Miera itu kerana menganggap ia tidak penting tetapi terkejut apabila gadis itu rupa-rupanya mempunyai maksud tersirat.
Menurutnya, dalam SMS itu Miera asyik bertanya sejauh manakah hubungan dia dengan abang iparnya dan Tom menjelaskan lelaki berkenaan adalah bekas kekasihnya dan mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.


Bagaimanapun Tom menjadi marah apabila gadis berkenaan berulang kali mempersoalkan penjelasannya menyebabkan dia terpaksa menghantar mesej memberi amaran agar tidak melakukan perbuatan yang dianggapnya sebagai kurang ajar.
"Saya tidak simpan SMS yang dikirimkannya kerana tidak mahu memanjangkan perkara ini, tetapi mereka simpan SMS saya sebab ada agenda tersendiri. Saya mengaku ada telefon Miera sebab sudah tidak tahan dengan SMS yang terus menerus membangkitkan kemarahan saya.
"Mereka asik bertanyakan tentang hubungan saya dengan lelaki tersebut, walaupun saya sudah berkali-kali menjelaskannya ia adalah perkara lepas.
"Kalau anda di tempat saya mungkin akan melakukan perkara yang sama.
"Mereka serang saya guna SMS bertubi-tubi sehingga membuatkan saya membalas dengan kata-kata agak kesat. Memang silap saya kerana melayan SMS tersebut," ujarnya dengan nada kesal.
Sementara itu, Tom menafikan dakwaan Miera bahawa dia ada berkomunikasi dengannya menggunakan laman sosial Myspace.
Kata Tom dia tidak pernah mempunyai akaun Myspace seperti didakwa.
"Saya tidak pernah mempunyai akaun tersebut bagaimana saya boleh berkomunikasi dengan mereka? Kalau perkara itu benar saya tidak takut untuk mengaku.
"Apa yang mereka cuba buat amat melampau. Itu semua cerita bohong," ujarnya.
Kejadian itu kata Tom menyebabkan dia tidak sanggup unutk membaca berita-berita yang disiarkan sama ada di surat khabar atau di internet.
"Perkara ini semakin menjadi-jadi, saya tidak kuat untuk membaca cerita-cerita yang hampir setiap hari ini.
"Saya mahu mereka tolong hentikan segala fitnah yang dilemparkan ini dan selesaikan cara baik," ujar Tom.
Ahad lalu Tom diserang sekumpulan lelaki dalam satu insiden apabila dia dikatakan mempunyai hubungan dengan suami orang.-mstar
0

Video Lucah : Hukaman Keatas Cut Tari Mungkin Ringan Kerana Mengaku


JAKARTA: Pengakuan terbuka model Cut Tari dengan rela merakamkan adegan seks bersama Ariel Peterpan boleh menyebabkan penyanyi lelaki itu akan berhadapan dengan hukuman yang lebih berat.
Portal Inilah.com melaporkan, tindakan Cut Tari yang mengaku melakukan aksi tersebut sebenarnya bijak kerana langkah itu membolehkan hakim mengenakan hukuman ringan ke atasnya.
"Pengakuan Cut Tari membuatkan Ariel akan berhadapan dengan hukuman berat tetapi untuk diri Cut Tari sendiri mungkin hukuman sedikit ringan kerana dia sedia mengaku," kata juru cakap polis, Brigider Jeneral Saud Usman Nasution, Isnin.
Katanya keputusan menjatuhkan hukuman terletak kepada kebijaksanaan hakim tetapi seandainya dia mengaku, Ariel akan berhadapan dengan hukuman lebih ringan," katanya.
Sejak video porno itu tersebar, hanya Cut Tari yang mengaku terlibat melakukan perbuatan tidak bermoral itu manakala Ariel dan Luna Maya masih lagi membisu walaupun mereka ditahan sebagai tertuduh.
Ariel dilaporkan masih lagi memberi jawapan berbelit-belit ketika siasatan kes berkenaan dibuat.
Sementara itu Ariel yang berada dalam tahanan memberitahu perasaan kurang senangnya dengan laporan berita termasuk kononnya dia telah mati.
"Paling yang dikesalkan Ariel mengenai laporan sesetangah media yang kadangkala tidak benar terutamanya mengenai khabar angin kematiannya," jelas rakan Ariel Garding Marten.
Gading Marten datang meziarahi Ariel bersama ayahnya Roy Marten dengan membawa makanan dan buah-buahan. Kedua-duanya juga memberitahu dapat berbual dan bergurau dengan bekas vokalis Peterpan itu.
Namun ketika ditanya sama ada Ariel berniat meminta maaf seperti Luna Maya dan Cut Tari, mereka enggan mengulas tentang perkara itu.
"Kami tidak berbicara tentang kes ini, kita perlu tahu Ariel sedang menerima hukumanya sekarang iaitu dihukum secara sosial," jelasnya.-mstar
0

Insiden Tom Diserang : "Ada Pihak Hendak Malukan Saya Depan Wartawan"



PETALING JAYA: Juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Raja Farah Afzal Raja Ikram atau Tom,23, menganggap insiden diserang oleh ahli keluarga isteri bekas kekasihnya di hadapan pihak media, Ahad, adalah salah satu usaha untuk menjatuhkan maruahnya.
Tom yang dihubungi Mstar Online berkata, perbuatan itu adalah tidak adil kerana pada mulanya keluarga wanita berkenaan berjanji untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan cara yang baik.
“Saya terkejut begitu ramai pihak media datang sehingga insiden saya dipukul itu dirakamkan. Ia memalukan saya tetapi saya menganggap saya tetap tidak bersalah,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang Ahad, Tom dipanggil oleh keluarga isteri kepada bekas kekasihnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah melibatkan mereka. Perbincangan itu diadakan di Damansara Utama dekat sini.
Perbalahan itu dikatakan berpunca apabila keluarga wanita tersebut tidak berpuas hati selepas melihat komen Tom menerusi rancangan Melodi TV3, kononnya dia difitnah menjalinkan hubungan dengan suami orang.
Bagaimanapun dalam perbincangan yang diaturkan itu, ketika Tom hendak bercerita keadaan sebenar, dia telah diserang dengan cara dipukul dan ditendang oleh abang kepada isteri bekas teman.
Katanya, perbuatan ahli keluarga wanita berkenaan adalah tidak bermaruah kerana gagal menyelesaikan masalah dengan baik seperti yang diinginkan sebaliknya mahu perkara berkenaan diperbesarkan dengan adanya pihak media.
"Segala cerita yang mengatakan saya ada hubungan dengan suami wanita itu adalah satu fitnah walaupun lelaki berkenaan pernah menjadi kekasih saya sebelum dia berkahwin. Saya sedih belum sempat habis berbincang, salah seorang lelaki datang menendang saya.
“Kalau saya benar-benar buat salah, takkanlah isteri kepada bekas kekasih saya itu datang untuk menyelamatkan saya daripada terus dipukul oleh ahli keluarganya?” soal Tom.
Ini semua adalah fitnah nak jatuhkan saya. Mereka tidak puas hati dengan fitnah tersebut lantas memanggil wartawan agar menyaksikan perbincangan itu. Tapi belum pun sempat untuk berbincang perkara tidak diduga telah terjadi.
Kata Tom lagi, akibat insiden itu dia menjadi trauma dan tidak mungkin akan berbincang dengan keluarga berkenaan pada masa akan datang. "Saya cuba buat baik, tetapi ini yang dibalas mereka. Saya tidak ada kana mengena dengan masalah yang berlaku dalam keluarga tersebut tapi sayangnya saya pula yang menjadi seperti kambing hitam.
“Saya serahkan kepada masyarakat untuk menilai dan saya yakin kebenaran akan muncul satu hari nanti,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamaed ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.
Walau bagaimanapun sehingga hari ini tiada sebarang tangkapan dibuat.-mstar
0

Tom juara My Starz LG kena belasah


TOM cedera di seluruh badan apabila dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki di sebuah restoran di Damansara semalam. Gambar kecil, Tom yang cedera di muka.


KUALA LUMPUR - Seorang artis wanita trauma selepas dia cedera dipukul, ditendang dan ditumbuk di seluruh badan apabila tindakannya memberi bantuan kepada pasangan suami isteri yang bermasalah mengundang kemarahan ibu bapa pasangan tersebut semalam.
Tom, 24, atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram yang merupakan juara My Starz LG musim ketiga Mac lalu dipercayai cedera ringan apabila tiba-tiba dipukul oleh sekumpulan lempat lelaki yang tidak dikenali.
Turut cedera dalam kejadian itu ialah seorang wartawan hiburan sebuah akhbar berbahasa Melayu.
Kejadian pukul 6 petang di sebuah restoran berhampiran Balai Polis Damansara dekat sini itu dikatakan berpunca selepas satu perbincangan yang dilakukan di situ gagal mencapai kata sepakat bersama ibu bapa pasangan berusia dalam lingkungan 20-an tersebut.
Difahamkan, pasangan tersebut telah datang menemui penyanyi terbabit dari Taiping, Perak untuk meminta pertolongan supaya membenarkan mereka tinggal di rumah Tom di Damansara kerana isterinya baru sahaja melahirkan anak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, keluarga pasangan tersebut tidak berpuas hati apabila mendapat tahu Tom telah membantu pasangan terbabit dan telah menghubungi penyanyi itu kononnya untuk menyelesaikan perkara itu.
"Keluarga pasangan itu meletakkan syarat supaya membawa wartawan ketika perbincangan yang dirancang dilakukan di Balai Polis Damansara tetapi Tom tidak bersetuju dengan mengatakan masalah terbabit boleh diselesaikan dengan cara baik.
"Mereka kemudian memberitahu pertemuan itu hendak dilakukan di sebuah restoran berhampiran balai polis tersebut dan tidak menyangka mereka membawa beberapa lelaki bersama yang didakwa sebagai ahli keluarga mereka," kata satu sumber.-kosmo