0

Memey Tidak Mahu Bermadu!!

 
KUALA LUMPUR – Walaupun sudah merasa bahagia dengan hubungannya yang sudah berbaik dengan pelakon wanita Abby Abadi, isteri kepada Norman Hakim, Memey Suhaiza meluahkan rasa dia tidak mahu bermadu dengan perempuan lain.

Sebelum ini, umum mengetahui hubungan antara Abby dan Memey tidak begitu baik berikutan Norman ditangkap khalwat dengannya hingga membawa kepada perceraian antara Abby dan Norman.

Pun begitu, kuasa Tuhan, hubungan Memey dan Abby kembali jernih pada Ramadhan lalu.

Memey memberitahu, dia bersyukur kerana dianugerahi nikmat bahagia selepas beberapa tahun tidak bersua muka dengan Abby.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hubungan dengan Kak Abby sudah kembali pulih.

“Sebenarnya, orang tidak tahu antara Abang Norman dan Kak Abby masing-masing sudah berbaik dan tidak bermusuh. Cuma hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik,” kata Memey yang dipetik dari majalah Mingguan Wanita, terbitan bulan ini.

Disebabkan ramai yang melihatkan mereka sudah mampu untuk menjadi kawan, ramai peminat yang menyuarakan pendapat supaya Norman dan Abby rujuk semula.

Namun, Memey enggan berfikir perkara-perkara yang negatif hingga boleh mengganggu kesihatan dan fikirannya.

Jujur Memey meluahkan hasrat hatinya, dia tidak mahu hidup bermadu seperti yang disarankan orang ramai kerana sudah bahagia dengan kehidupan bersama Norman.

“Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan benda-benda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu kata-kata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh.

“Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur dan lebih gembira bila mana hubungan antara kami juga sudah pulih. Saya juga tidak mahu bermadu kerana apa yang saya lalui kini cukup membahagiakan saya,” katanya.


Oleh: NAIMAH SHAARI
0

Elfira Loy Nafi Bercinta Dengan Randy Pangalila

Elfira Loy



KUALA LUMPUR: Aktres remaja Elfira Loy menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang sekali lagi mendakwa dia sedang menjalinkan hubungan cinta secara rahsia dengan aktor Indonesia popular Randy Pangalila.

Pelakon berusia 18 tahun itu berkata, dakwaan yang sudah berulang kali diperkatakan itu membuatkan dia berasa buntu untuk terus memberikan penjelasan.

“Saya sudah tidak tahu bagaimana hendak jawab mengenai perkara ini. Walaupun saya cakap tidak bercinta pun, orang akan tetap tuduh saya ada hubungan dengan dia (Randy).

“Hakikatnya, memang kami tiada apa-apa hubungan serius melainkan kawan biasa sahaja,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Gosip yang mengaitkan pasangan muda ini bermula sejak setahun lalu ketika mereka bergandingan dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang arahan Michael Ang.

Susulan gosip tersebut, Elfira dikecam teruk oleh peminat aktor berusia 22 tahun itu yang kurang senang dengan dakwaan berkenaan.

Terbaru, aktres bertubuh genit itu sekali lagi dikhabarkan menjalin hubungan dengan Randy secara rahsia.



 Randy Pangalila

Elfira berkata, dia tidak bimbang atau takut untuk menafikan perkara itu kerana ia memang tidak berlaku biar pun dia terpaksa menghadapinya berulang-kali.

“Tiada apa yang saya hendak takutkan kerana memang saya tidak bercinta atau cuba menyembunyikannya.

“Randy seorang kekasih yang setia. Dia sangat mencintai kekasihnya Michela Putri di Jakarta, Indonesia dan saya juga mengenali kekasihnya itu,” katanya.


Mengenai perkembangan terbaru, Elfira berkata, dia baru sahaja mendapat kecederaan lebam di bahagian kakinya kerana dipijak kuda.

Katanya, kecederaan itu dialami ketika dia sedang membuat latihan menunggang sebagai persiapan untuk telefilem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

“Lebam kaki saya jadinya gara-gara berlatih menunggang kuda. Sudahlah saya ini kecil dan ringan, apabila tersilap teknik, kaki saya pula yang dipijak kuda. Mujurlah, kecederaannya tidak serius.

“Saya terpaksa menjalani latihan menunggang kuda untuk persiapan sebuah projek telefilem di bawah arahan Shuhaimi Baba tidak lama lagi,” katanya.

Elfira dan Randy sekali lagi berpasangan dalam drama bersiri 13 episod berjudul Dalam Hati Ada Taman.

Ia akan ditayangkan bermula 29 Oktober ini pada setiap Isnin pukul 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).

Oleh WAHIDUZZAMAN
0

Gambar 10 Artis Wanita Korea Paling Cun!!

Kim Hye Su



Dunia hiburan di Korea yang meriah kini  menjadi tumpuan di seluruh dunia.Kemajuan dunia hiburan di Korea kini telah mengatasi negara-negara jirannya lainnya seperti Jepun dan Taiwan.Selain daripada bakat besar yang dimiliki oleh artis-artis Korea,penampilan artis-artis Korea yang vogue,trendy dan seksi membuatkan demam terhadap artis-artis Korea semakin menjadi-jadi.Kehebatan artis-artis Korea dewasa ini  menjadikan mereka mampu mendominasi dunia hiburan diseluruh dunia.Berikut adalah 10 Artis Wanita Korea Tercantik dan Terseksi yang mendominasi dunia hiburan di Korea.

1. Kim Hye Su



Kim Hye Su yang lahir pada  5 September 1970 ini masih tersenarai sebagai artis terseksi di Korea yang popular. Artis yang lahir di Busan ini masih aktif di dunia hiburan Korea.Selain menjadi model dan aktress, Kim Hye Su juga terkenal sebagai pengacara program tv yang terkenal.Banyak program yang diterajui oleh artis ini termasuk talk show ‘SBS Plus You’. Kim Hye Su memulakan langkahnya di dunia hiburan Korea pada tahun 1986, setelah beliau berjaya mendapat peranan utama  di dalam filem ‘GGambo’.Semasa beliau mendapat peranan utama dalam filem tersebut usianya masih belasan tahun.Tetapi namanya mula menjadi terkenal selepas beliau  membintangi drama bersiri yang meletup dipasaran iaitu ‘Did We Really Love? bersama aktor Bae Yong Joon.Walaupun dengan lambakan kemunculan artis-artis baru,Kim Hye Su tetap mampu mempertahankan populariti beliau.

2. Shi-Hyang



Shi-Hyang terkenal sebagai model seksi Korea.Wajah ayu dan tubuhnya yang seksi itu sentiasa menghiasi majalah-majalah di negaranya dengan pose-pose yang seksi dan panas.Selain terkenal sebagai model, Shi-Hyang juga mengacarakan beberapa program reality show di tv Korea.

3. Kim Yoo Bin



Kim Yoo Bin adalah anggota Wonder Girls yang terkenal di seluruh dunia.Kim Yoo Bin dilahirkan pada 4 Oktober 1986.Single ‘Nobody’ telah menjadi hit diseluruh dunia, sebenarnya kemunculan Yoo Bin didalam kumpulan Wonder Girls adalah kerana menggantikan anggota asal yang telah keluar dari kumpulan tersebut kerana masalah kesihatan,Yoo Bin terkenal sebagai penyanyi rapper dalam kumpulan Wonder Girls..

4. Han- Chae Young



Han Chae Young merupakan salah satu artis Korea yang terkenal.Beliau adalah graduan  lepasan jurusan seni di Universiti Dongguk. Penampilannya awalnya dalam drama bersiri ‘Delightful Girl’ telah mendapat kritikan hebat dari pengkritik-pengkritik seni di Korea.Mereka beanggapan  drama bersiri  yang dibintangi artis kelahiran 13 September 1980 ini tidak akan meraih kejayaan. Ternyata tanggapan pengkritik-pengkritik seni   itu adalah salah kerana drama bersiri  tersebut telah menjadi  'Box Office' dan telah melonjakkan nama Han Chae Young. Penampilannya yang cantik dengan tubuh yang seksi membuatkan Chae Young mendapat jolokan 'Barbie Doll' Korea. Beliau juga mendukung watak utama dalam drama bersiri  lainnya seperti ‘Boys Before Flowers’ yang telah mempopularkan nama Lee Min Ho.Drama bersiri tersebut adalah  diadaptasikan berdasarkan cerita Jepun ‘Hana Yori Dango’, Chae Young membawa watak sebagai Min Seo Hyun seorang model yang telah jatuh cinta kepada Jihoo yang dilakonkan oleh Kim Hyun Joong.

5. Kwon Yu-Ri



Kwon Yu-Ri dikenal sebagai penyanyi, aktris, model dan penari asal Korea. Ia adalah salah satu personil grup vokal wanita Girls Generation. Wanita kelahiran 5 Desember 1989 ini memulai karirnya di industri Entertainment Korea dari nol. Ia mengikuti audisi untuk SM Casting System. Lalu ia bergabung di manajemen tersebut setelah memenangkan kontes ‘SM Youth Best Dancer Contest’ sebagai juara kedua. Kemudian ia menjalani pelatihan selama 5 tahun 11 bulan sebelum akhirnya ia memulai debutnya sebagai artis.

6. Son Dambi



Son Dambi adalah salah satu artis serba bisa. Selain dikenal sebagai penyanyi, Son Dambi juga menekuni dunia akting dan model. Namanya sedang menjadi perbincangan sejak debutnya pertama kali di dunia hiburan Korea. Wanita kelahiran 25 September 1983 ini sejak muncul, wajahnya sudah menarik perhatian. Ia langsung muncul di berbagai iklan dan juga video klip. Ia mulai dikenal publik sejak muncul sebagai bintang iklan MP3 bersama Hyun Joon. Sebelum memulai karirnya sebagai artis, MSN Jepang sempat membuat film dokumenter yang memperlihatkan pelatihan Son Dambi. Video ini ternyata menarik perhatian. Video ini dikunjungi 480 ribu dalam lima hari.Son Dambi juga mendapat julukan sebagai Rain versi wanitanya.

7. Han Ga In



Han Ga In adalah seorang model dan aktris Korea Selatan. Ia lahir pada 2 Februari 1982. Nama aslinya adalah Kim Hyon Joo. Ia memulau debutnya di ‘Sunshine Hunting’. Lalu, ia membintangi ‘Super Rookie’ dengan aktor Eric Mun. Ia menikah dengan aktor Yun Hung Hoon yang merupakan lawan mainnya di ‘Yellow Handkerchief’. Meski telah menikah, tak membuat popularitas artis cantik ini meredup. Terbukti tawaran demi tawaran tetap menghampiri wanita ini.

8. Song Hye Kyo



Wajah cantik Song Hye Kyo tentu tidak asing lagi bagi publik di tanah air. Wajah cantiknya memang terkesan akrab lewat beberapa serial yang dimainkan artis yang baru saja putus cinta dengan aktor Hyun Bin ini.Song Hye Kyo sudah membintangi banyak serial seperti ‘Full House’ bersama Rain dan juga cerita yang mengharu biru lewat serial ‘Endless Love’ bersama Song Seun Heun. Hampir semua drama yang dibintangi artis yang masuk dalam jajaran 100 wanita tercantik di dunia ini selalu menjadi hits. Hal itu tentu saja membuat popularitas Song Hye Kyo di dunia hiburan Korea tetap tidak tergoyahkan walau bintang-bintang baru terus mewarnai dunia hiburan negeri Ginseng tersebut.

9. Lee Hyori



Lee Hyori dikenal publik sebagai penyanyi dan aktris. Bintang ini memulai debutnya di panggung hiburan Korea dengan bergabung di grup vokal Fin.K.L. Tetapi, setelah itu, ia memutuskan untuk bersolo karir. Ia meraih sukses. Album perdananya berhasil meraih sukses dan penghargaan.Lee Hyori dikenal juga sebagai artis yang seksi karena kecantikan dan tubuh indahnya. Bahkan, ia tak segan-segan memamerkan tubuh indahnya untuk publik. Di berbagai majalah, ia sering tampil seksi. Bahkan, ia mendapat predikat ‘queen sexy’.

10. Jeon Ji Hyun



Jeon Ji Hyun dikenal juga dengan nama Gianna Jun. Ia selain sebagai model, juga menekuni dunia akting. Sejumlah film dan serial telah dibintangi artis cantik tersebut.Seperti di ‘My Sassy Girl’, ‘Windstruck’ dan ‘Il Mare’. Bahkan, film ‘Il Mare’ ini membuat sutradara Amerika tertarik untuk membuat film tersebut versi Amerika-nya. Lalu, film itu diberi judul ‘Lake House’. Untuk versi Amerika, film ini dibintangi Keanu Reeves dan Sandra Bullock.
0

Jimmy Shanley Sah Bercerai Dengan Tebus Talak Seringgit



SUBANG - Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh mengaku terpaksa mungkir janji dengan ibu mertuanya apabila menceraikan Nursuhaila Eliani Suhaimy secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Jimmy, 32,  sah bercerai talak satu dengan Nursuhaila, 24, di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai.

Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang.

Jimmy yang pernah mengacarakan rancangan Trek Selebriti  juga bersetuju untuk tidak menuntut hutang sesama mereka.

Sejurus selesai prosiding, Jimmy yang bergegas keluar dari mahkamah sempat berkata kepada media bahawa dia terpaksa mungkir janji dengan pengasas produk kecantikan Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan anaknya.

"Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan di Jannah," katanya.

Sementara itu, Nursuhaila bersyukur keranan kemelut rumah tangganya telah selesai.

Sebelum itu, peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila memaklumkan ada menerima tawaran daripada Jimmy pada Jumaat lalu untuk bercerai secara tebus talak RM1.

"Sehubungan itu, pihak kami bersetuju supaya kes permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 yang difailkan plaintif di mahkamah ini ditarik balik.

"Begitu juga dengan permohonan nusyuz dan kembali taat yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam," katanya.

Bagaimanapun permohonan hadanah iaitu hak jagaan anak  yang difailkan Jimmy di mahkamah tinggi akan diteruskan untuk perbicaraan.

Anak perempuan pasangan itu, Zahrah Shanley yang kini berusia setahun berada di bawah jagaan ibunya, namun Jimmy diberikan hak untuk melawat bila-bila masa.

Sa'adiah berkata, anak guamnya telah memfailkan permohonan tebus talak mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Pihak-pihak telah tidak tinggal sebumbung selama 720 hari dan tidak pernah melakukan hubungn kelamin sejak itu," katanya.

Perkara itu diakui peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh.

Abd Halim kemudian mengarahkan pasangan itu membaca lafaz khuluk sebelum membenarkan jatuh talak satu bain subra serta mengarahkan Nursuhaila  bersuci edah tiga kali.

Nursuhaila memfailkan permohonan cerai itu pada 25 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Permohonan itu dikemukakan selepas Jimmy dan Nursuhaila, 26, mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober lalu.

Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
0

Gambar-Gambar Liyana Jasmay Dan Tunang Di New York


 Penyanyi dan pelakon, Liyana Jasmay yang kini berada di New York bagi melanjutkan pelajaran dalam jurusan perfileman dilihat sangat bahagia apabila turut ditemani ibu dan tunang tersayang.

Menerusi Instagram, Liyana yang sememang happy-go-lucky itu telah pergi menjelajah ke beberapa kawasan menarik di sekitar News York antaranya Central Park, Statue Of Liberty dan Avenue of the Americas.

Difahamkan sebaik saja tamat pengajian pada Januari depan, Liyana akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Fathuddin Mazlan, seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun.

Lihat saja foto pelantun lagu Cinta Bersatu ini, Liyana sedang diulit bahagia.








Kredit Gambar: Instagram Liyana Jasmey
0

Johan As'ari Pertahankan Pakaian Kontroversi Nabila

Johan menafikan dia dan Nabila bercinta. Cuma sekadar kawan biasa.


PETALING JAYA: Pelakon Johan As’ari menganggap imej seksi yang ditampilkan pelakon Nabila Huda semasa Anugerah Blokbuster yang berlangsung Sabtu lalu bukanlah gambaran terhadap tuduhan kejahatan wanita itu secara menyeluruh.

Johan, 26, berkata, masyarakat tidak seharusnya menilai anak kepada penyanyi terkenal, Amy (Search) itu hanya kerana pakaian seksi yang digayakan sebaliknya perlu melihat sisi dalaman Nabila.

"Pakaian bukan ukuran untuk menggambarkan keperibadian dirinya kerana sepanjang saya mengenali Nabila, dia adalah seorang sahabat yang baik, cukup mengambil berat dan mementingkan keluarga.

"Malah jika tiada sebarang aktiviti dia lebih gemar duduk di rumah bersama anaknya," ujar Johan ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Selasa.


Pakaian yang digayakan Nabila semasa menghadiri Anugerah Blockbuster telah menimbulkan kontroversi.
Pelakon itu diminta mengulas imej seksi yang ditampilkan Nabila semasa hadir pada majlis Anugerah Blokbuster yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dekat sini Sabtu lalu.

Cara pemakaian Nabila turut mendapat reaksi Amy yang kurang senang dengan imej berkenaan kerana ia boleh mengundang kontroversi buruk terhadap Nabila sendiri.

Amy yang turut berada pada majlis itu dikatakan telah menasihati Nabila supaya menutup dengan selendang pada bahagian badannya yang terdedah.

Sementara itu Johan memberitahu, semasa bertemu pada malam anugerah itu dia telah melihat Nabila dalam keadaan yang agak sopan apabila bahagian yang dimaksudkan telah ditutup dengan selendang.
 
"Saya tidak tahu sejauh mana pakaian tersebut dikatakan terdedah kerana semasa berjumpa dengannya dia mengenakan selendang untuk menutupi bahagian yang terdedah itu.

"Saya yakin dia tahu apa yang dilakukan dan bijak membawa diri. Selebihnya saya tidak berani nak komen," ujarnya.

Dalam pada itu, Johan menafikan desas-desus hubungannya dengan wanita tersebut yang dikatakan pasangan bercinta sebelum ini renggang disebabkan tidak mendapat restu keluarga.

Johan berkata, keluarganya tidak pernah menghalang dia berkawan baik dengan Nabila dan turut merestui hubungan rapat yang terjalin di antara mereka.

"Tidak pernah timbul soal tidak mendapat restu keluarga kerana kami bukannya bercinta. Namun saya akui kami sudah jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Bagaimanapun dia masih sahabat baik saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Johan sedang sibuk dengan penggambaran filem Paku di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, dia juga bakal muncul dengan drama bersiri Syahadah Cinta menerusi saluran Al Hijrah dan telefilem Udin Balik Kampung (RTM).

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
0

Hebat!! Filem 'Bunohan' Tersenarai Dalam Academy Awards Ke-85

 
Filem Bunohan arahan Dain Said melakar sejarah apabila telah tersenarai dalam Anugerah Academy ke-85 untuk kategori Foreign Language Film! Bunohan adalah satu-satunya filem daripada Malaysia yang akan berentap dengan 71 buah negara lain sebelum pencalonan muktamad akan diumumkan pada 10 Januari 2012 di Academy’s Samuel Goldwyn Theater. 

Sejak ‘trailer’ filem itu dimuat naik menerusi Youtube pada tahun lalu, penggiat dan penggemar filem tanah air sudah mula merasakan yang filem ini bakal membawa standardnya yang tersendiri di dalam dunia perfileman Malaysia dan juga antarabangsa. 

Selain Anugerah Academy, filem terbitan Nandita Solomon itu turut berjaya menembusi beberapa festival lain termasuk Festival Filem Taipei Golden Horse 2011, Festival Filem Antarabangsa Sao Paolo 2011, Festival Filem Antarabangsa Palm Spring, Festival Filem Asia 2011 di Bali, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2012 dan Fantastic Fest 2011 di Amerika Syarikat.

Filem Bunohan dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan dan ramai lagi. Tunggu saja keputusannya nanti. Apa-apa pun tahniah
diucapkan diatas pencapaian luar biasa filem hebat ini!
 
 
0

A. Aida Mahu Teliti Permintaan Suami Sebelum Cerai

A. Aida ditemani peguamnya, Zulkifli Che Yong ketika hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit drama A. Aida akan meneliti terlebih dahulu cadangan yang dihantar suaminya, Deputi Superintenden (DSP) Suffian Sulaiman sebelum kes perceraian mereka diteruskan ke mahkamah.

A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, berkata, dia menerima permohonan itu daripada Suffian pada Ahad yang menyenaraikan beberapa perkara sekiranya dia benar-benar berhasrat untuk mengakhiri rumah tangga mereka.

"Suffian telah mengemukakan cadangan penyelesaian semalam (Ahad) dan saya memohon kepada mahkamah agar diberikan masa untuk meneliti terlebih dahulu isi kandungan permohonan yang dibuat oleh Suffian itu," katanya ketika ditemui mStar Online di luar mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Terdahulu, Hakim Syarie Ahmad Basyir Yaakub yang mendengar permohonan A. Aida dalam kamar menetapkan 18 Oktober ini sebagai sebutan semula kes tersebut.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili A.Aida iaitu Zulkifli Che Yong berkata, pada tarikh itu nanti pihaknya akan memohon untuk merekodkan penceraian dan penyelesaian di bawah Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik) sekiranya wujud penyelesaian secara baik di antara pihak kedua-dua belah pihak.

"Bagaimanapun anak guam saya akan memohon pembubaran perkahwinan melalui fasakh dan menarik permohonan terdahulu sekiranya Suffian tidak bersetuju dengan draf penyelesaian penceraian yang dikemukakan oleh pihak plaintif," ujarnya.

A. Aida berkahwin dengan Suffian yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur, pada 20 April 2007.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rahul yang kini berusia empat tahun.

Suffian yang merupakan sorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun.

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
0

Gambar-Gambar Fazura Yang Cun Dan Mengancam!!

Wow! Selebriti jelita, Fazura memang cun habis! Bukan sahaja penonton yang terkesima, kami yang melihat buat pertama kali juga terpana seketika, heh!

Fazura muncul sebagai model untuk menggayakan fesyen untuk busana hari raya yang lepas yang menampilkan 5 Stars designer.

Walaupun kelibat selebriti-selebriti lain turut menjayakan pertunjukan fesyen kali ini seperti Tasha Shilla, Zaquan Adha, Natasha Hudson dan Tengku Azura, saat kemunculan Fazura telah diberikan 'standing ovation' oleh para penonton yang hadir.

Kenapa ya? Pakaian yang diperagakan oleh artis lain kurang menyerlahkah atau Fazura sendiri punya aset yang menarik perhatian penonton?
Busana rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Fazura menerima tepukan gemuruh disaat kemunculannya.

Yeah...Fazura memang hot!






Kredit: Ryaniez Moments Photography
0

Pelakon Hanez Suraya Akui Gambar Peluk Cium Itu Gambarnya



Satu gambar yang memperlihatkan pelakon wanita, Hanez Suraya berpelukan bersama ramai lelaki tersebar meluas di ruang internet ketika ini.

Gambar itu jelas menunjukkan Hanez sedang berseronok di kelab hiburan sambil memeluk lelaki.

Bagaimanapun, Hanez menerangkan gambar yang tersebar itu adalah gambar lama iaitu lima tahun yang lalu.

Untuk tidak mahu membuatkan ramai pihak salah faham mengenai dirinya, Hanez menerangkan semua lelaki itu adalah teman-teman rapatnya.

Malah, dia yang sekarang ini juga sudah tidak berperangai seperti dalam gambar itu.



“Itu semua gambar lama. Kalau tidak silap saya, gambar tersebut telah dirakamkan 5 tahun yang lalu. Semua lelaki yang ada dalam gambar itu adalah kawan lelaki saya yang rapat dengan saya.

“Ada juga antara mereka adalah teman lelaki kepada kawan baik saya. Saya memang mengaku dipeluk lelaki itu. Namun, itu semua zaman dulu saya waktu buat silap. Sekarang saya sudah bersih dan tidak lagi sebegitu.

“Antara banyak-banyak lelaki itu, tiada seorang pun yang pernah menjadi boyfriend saya. Gambar itu memang dirakamkan di Malaysia. Masa gambar ini tersebar pun saya sudah tidak lagi sebegitu,” kata Hanez yang dipetik dari portal Murai.com.

Kata Hanez, gambar-gambar yang tersebar adalah bukan milik peribadinya.

Dia juga berpendapat penyebaran gambar-gambar kontroversi itu bertujuan untuk menjatuhkan kerjayanya yang kian meningkat naik.

Hanez mengakui gambar itu menyebabkan dirinya tertekan tetapi tidak lagi kini kerana dia berjaya mengatai tekanan itu kerana memikirkan kontroversi yang timbul adalah lumrah hidup sebagai pelakon.

“Kebanyakan gambar itu bukan milik saya. Mungkin ada pihak tertentu yang sengaja siarkan gambar itu kerana mereka dengki. Alhamdulillah, saya dah boleh kawal perasaan saya dengan cerita kontroversi mengenai gambar ini.

“Sebelum ini, saya ada sedikit tertekan. Sekarang ini pun, saya hanya ada rasa terkejut kerana gambar-gambar tersebut masih terus disebarkan dan dikemaskini seolah-olahnya ianya adalah gambar terbaru saya,” katanya.
0

Gambar-Gambar Selebriti Popular di Anugerah Blockbuster

Kita masih memperkatakan tentang kemeriahan Anugerah Blockbuster yang berlangsung, di Stadium Melawati Shah Alam, minggu lalu. Puas hati dengan keputusan pemenang-pemenang? Anda perlu puas hati kerana anugerah ni memberi mandat 100% kepada anda untuk mengundi sendiri artis pujaan hati. Kalau tak puas hati juga, itulah... siapa suruh tak undi banyak-banyak kali.
Apapun, seperti biasa, tak lengkap satu-satu majlis anugerah itu tanpa lintasan karpet merah. Anugerah Blockbuster yang julung kali diadakan ni memilih tema 'warna block'.
Mari layan beberapa foto sempat dirakamkan barisan selebriti popular tanah air seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Awal Ashaari Ziana Zain, Nabila Huda dengan melaram dan bergaya dengan busana warna warni mereka.

Randy Pangalila & Elfira LoyRandy Pangalila dan Elfira Loy

Amy SearchAmy Search

Hans Isaac dan Ziana Zain
Hans Isaac dan Ziana Zain


Erra FaziraErra Fazira
 
Aaron Aziz dan isteri                                          Aaron Aziz dan isteri

Raja Azura dan Ziela Jalil                                   Raja Azura dan Ziela Jalil



Zalif Sidek
        Zalif Sidek

Intan Ladyana                                                    Intan Ladyana

Ammar dan Puteri Sarah                                    Ammar dan Puteri Sarah

Zain Saidin                                                         Zain Saidin

Nabila Huda                                                      Nabila Huda

Awal Ashaari                                                     Awal Ashaari

Nadiya Nisaa                                                     Nadiya Nisaa

Syafik Yusof bersama ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah IsmailSyafik Yusof bersama ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail Oleh Farahanim Rahim    - mD 


0

Oprah Sokong Rihanna Kembali Ke Pangkuan Bekas Kekasihnya Chris Brown


Rihanna ketika ditemubual oleh Oprah semasa program Oprah's Next Chapter baru-baru ini.

PENGACARA terkenal Oprah Winfery menyokong sekiranya penyanyi Rihanna ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya, Chris Brown.

Oprah, 58, berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah sebaliknya memberitahu ia adalah sesuatu berita baik.

"Saya berpendapat jika Rihanna sudah bersedia untuk kembali kepada Chris dan membantunya berdepan dengan masalah yang dihadapinya mengapa tidak?

"Saya tidak berhak untuk menilai apa yang terbaik buat mereka dan jika itu pilihan mereka saya hanya perlu menyokong," katanya.



Chris Brown telah memukul Rihanna pada tahun 2009 sehingga telah menyebabkan kecederaan kepada penyanyi itu.

Rihanna sebelum ini mengakui masih mencintai Chris walaupun telah dibelasah teruk oleh bekas teman lelakinya itu ketika mereka masih bersama pada tahun 2009.

Penyanyi lalu Umbrella itu membuat pengakuan tersebut semasa ditemubual oleh Oprah dalam program Oprah's Next Chapter.

Dalam pada itu, Oprah berkata, perkara terbaik semasa temubual itu adalah Rihanna tidak takut untuk menyatakan apa yang terbuku di dalam hatinya.

"Dia bersetuju untuk ditemubual dengan hati yang terbuka dan paling penting dia telah memaafkan Chris atas perbuatannya," ujarnya.