0

Penceraian Tidak Sah : Ida Nerina & Shahrin Masih Suami Isteri


Ida hadir mendengar keputusan pengesahan lafaz cerai Shaarin terhadapnya pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama-sama rakan-rakannya Nanu dan Tania (kanan). - Foto IQMAL HAQIM ROSMAN
KUALA LUMPUR: Pelakon filem terkenal, Ida Nerina dan suaminya Sha'arin Mohd Razali masih lagi pasangan suami isteri yang sah.
Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Sha'arin atau lebih dikenali sebagai Shahrin bekas anggota kumpulan muzik Blackrose selaku plaintif gagal membuktikan tentang lafaz cerai yang berlaku pada 22 September tahun lalu di rumah mereka di Petaling Jaya.
Ida hadir mendengar keputusan pengesahan lafaz cerai itu dengan ketiadaan Shahrin yang tiba lewat sehingga mahkamah selesai bersidang.
Kes berkenaan disebut di bawah Seksyen 55A Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.
Kos mahkamah masing-masing akan ditanggung oleh mereka.
Menurut peguam Shahrin, Mahyuddin Md. Zahari, anak guamnya itu sedang dalam perjalanan ke mahkamah ketika perbicaraan berlangsung kerana sebelum ini dia dimaklumkan kes tersebut ditangguhkan.
Sebelum itu, hakim telah memberikan tempoh setengah jam sementara menunggu Shahrin hadir ke mahkamah. Bagaimanapun, dia tidak tiba mengikut masa yang ditetapkan.
Ida yang hadir berkerusi roda enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui di luar mahkamah. Dia ditemani tiga rakan wanitanya termasuk aktres Nanu Baharudin dan Tania Khan (Amazing Race).
Pada 22 Januari lalu, Ida melalui peguamnya, Akhbardin Abdul Kadir bersetuju untuk diceraikan secara baik.
Ditanya sama ada Ida akan membuat permohonan untuk bercerai secara baik selepas ini, Akhbardin berkata dia belum menerima apa-apa arahan daripada anak guamnya itu.
Shahrin yang tiba kemudiannya terus menuju ke kantin mahkamah dan enggan memberikan sebarang komen.
Bagaimanapun, dia menerima keputusan hakim dengan tenang dan memerlukan masa untuk memikirkan perancangannya selepas ini.
Pada 23 November lalu, Shahrin turut memaklumkan kepada mahkamah yang dia tidak tinggal sebumbung dengan Ida sejak lebih dua bulan.
Pada Hari Raya Puasa kedua lalu, Shahrin didakwa telah melafazkan cerai terhadap pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Anak’ itu.
Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang berlanjutan sehingga Shahrin tidak mampu mengawal emosi sehingga melafazkan cerai terhadap Ida.
Pada 21 Jun tahun lalu, Ida Nerina yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat terjatuh ketika berada di rumah.
Kemalangan itu berlaku ketika dia menaiki tangga di ruang tamu rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.
Ida, aktres yang dilahirkan di Middlesex, England berkahwin dengan Shahrin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan tersebut.
hasil perkahwinan itu mereka tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.-mstar
0

Fasha Sandha sahkan hatinya telah terpaut kepada Rizal Ashram Ramli



Fasha membuat pengumuman mengenai hubungan cintanya dengan Jejai pada majlis pelancaran drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang, semalam. - Foto oleh BRIAN MOH
SELEPAS menafikan mempunyai hubungan intim, aktres Fasha Sandha akhirnya tidak dapat menyembunyikan bahawa hatinya telah terpaut kepada Rizal Ashram Ramli.
Mereka berdua dengan rasminya mengesahkan untuk menjadi pasangan kekasih di Pulau Lang Tengah, Terengganu pada 18 Mei lalu ketika Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai membuat kejutan dengan tiba menaiki helikopter semasa pelakon itu menjalani penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Production.
“Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran drama tersebut di Ampang hari ini.
Menurut Fasha, dia mengenali anak bekas Menteri Besar Perak sejak tujuh tahun lalu dan mula rapat selepas lelaki itu berpisah dengan pelakon Nora Danish pada 12 Ogos 2008.
Dia turut menolak dakwaan dia adalah perampas dan menjadi pemusnah terhadap rumah tangga pelakon itu.
Sebaliknya katanya, dia dan Jejai sebelum ini hanya sekadar berkawan biasa tanpa ada apa-apa perasaan.
Sebelum ini gosip hubungan mereka semakin kuat apabila dia dikatakan membuat pengakuan dilamar oleh Jejai pada 3 Januari lalu. Pengakuan tersebut dibuat menerusi laman sosial MySpace miliknya.
Namun, keluarga Fasha dikatakan menentang hasrat tersebut kerana bimbang keluarga Jejai tidak akan merestui hubungan mereka.
Bagaimanapun apabila bercakap soal kahwin, dia dan Jejai masih belum merancang untuk kearah itu. Apa yang penting, keluarga kedua-dua pihak telah mengetahui hubungan intim mereka.
Baru-baru ini, Fasha dihambat dengan kontroversi apabila timbul tuduhan aktres Tiz Zaqyah mengganggu kekasihnya itu. Namun tidak lama selepas itu, Tiz menafikan dakwaan tersebut.
Malah dia juga dilaporkan turut mengaitkan nama Tiz menjalin hubungan dengan aktor Fizz Fairuz sehingga menyebabkan hubungan pelakon itu dengan kekasihynya Almy Nadia terganggu.
Bagaimanapun, dia enggan mengulas isu berkenaan kerana menganggap perkara itu sudah berlalu.
“Saya tiada komen apa-apa tentang perkara itu,” jawabnya ringkas sebelum meminta izin untuk berlalu pergi.
-mstar
0

Video porno Ariel-Bunga Citra Lestari (BCL) telah tersebar??

AKARTA: Belum selesai kes video seks Luna Maya, Ariel dan Cut Tari, kini tersebar pula dakwaan wujudnya video porno Ariel-Bunga Citra Lestari (BCL).
Video berkenaan dikatakan beredar dalam bentuk VCD.
BUNGA Citra Lestari.
BUNGA Citra Lestari.
Polis Jakarta berkata, pihaknya sudah bersedia melancarkan siasatan jika video itu benar wujud.
VCD porno itu dikatakan dijual penjual VCD di Manado, Sulawesi Utara dengan harga cukup tinggi, 400,000 rupiah (RM144) sekeping.

Ketika diminta mengesahkan kebenarannya, polis berkata, mereka belum menerima maklumat mengenainya.

Jurucakap polis, Brigadier Jeneral Zainuri Lubis ketika ditemui di Jakarta berkata, pihaknya perlu mengesahkan kewujudannya sebelum mula menyiasat. “Jika ada gambarnya, kita akan menyiasat. Selepas itu, kita akan tentukan pula tindakan lain,” kata Zainuri.

BCL, isteri pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair, pernah diminta mengesahkan dakwaan itu.

Pengurusnya, Dodi bagaimanapun menafikannya.

“Bunga tidak pernah dekati Ariel kecuali berkait dengan kerja,” kata Dodi.

Pasangan itu hanya dikaitkan kerana mereka pernah dilihat jalan bersama pada 2007.

Ariel ketika itu berkata, hubungannya dengan penyanyi lagu ‘Pernah Muda’ hanya sekadar kawan. - Agensi