0

Panas!! Gambar Artis Wanita Hisap Ganja Tersebar

Artis kontroversi sedang menghisap ganja.

Nampaknya makin ‘meriah’ dunia hiburan kita dengan kehadiran ramai artis-artis baru.

Namun mereka seolah-olah lupa, bila bergelar artis, secara tidak langsung gerak-geri dan tindakan mereka akan menjadi perhatian, akan menjadi bualan.

Terbaru, khabarnya dah bersebaran foto-foto kononnya milik seorang artis wanita di dalam internet.

Blog hiburan myartis.com ada cerita mengenainya.

Lebih mengaibkan, foto itu pula menunjukkan dia sedang menghisap ganja!


  Gambar-gambar artis tersebut sedang bersosial di parti liar.

Menambahkan perit lagi, ada pula gambarnya dikerumuni beberapa orang pemuda lain di atas katil.

Kalau betullah foto tersebut ASLI, mau berbuih mulut artis wanita ini nak buat penjelasan nanti…ataupun mungkin dia tak kisah? mungkinkah dia juga bangga dengan kelakuan itu?

Kita tunggulah yang punya badan keluarkan ‘statement’ dari mulutnya sendiri. 

CUBA ANDA TEKA SIAPA ARTIS INI??
0

Artis Bertudung Tidak Perlu Mengeluh


Tahniah buat Abby Abadi kerana berani untuk berubah.Semoga Abby Abadi akan terus tabah menempuh segala dugaan hidup untuk menjadi seorang hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat.

PETALING JAYA: Artis-artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar mengeluh jika berdepan kesulitan untuk mendapatkan tawaran kerja.

Golongan itu seharusnya yakin terhadap niat utama untuk berhijrah dan perlu mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah.

Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly berkata, sekiranya ada di kalangan artis yang baru bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.

Sheila Rusly

“Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.

"Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

"Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Penerbit eksekutif JS Pictures ini berkata demikian sebagai respons kepada luahan dan rungutan segelintir artis wanita yang bertudung mendakwa kurang mendapat tawaran seperti sebelumnya.

Malah terdapat sesetengah artis yang tergamak memberi kenyataan sinis dengan memburuk-burukkan pihak tertentu selepas menukar imej selain turut menyertai parti politik pembangkang.

Berdasarkan kepada pengalamannya Sheila berkata, kerjaya dan perniagaannya tidak merudum sebaliknya dia menikmati kesan positif terutama sekali selepas pulang daripada menunaikan ibadat Haji pada hujung 2007.

Aida Khalida

“Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung.

“Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung.

“Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar,” katanya.

Bersifat sementara

Aktres berpengalaman Aida Khalida pula berkata, senario tawaran lakonan yang terjejas selepas bertudung hanya bersifat sementara kerana dia juga tidak terlepas daripada pengalaman itu ketika mula bertudung kira-kira empat tahun lalu.

“Bagi saya, isu tawaran terjejas atau merosot adalah ujian Allah kepada artis yang baru berhijrah. Ketika mula-mula bertudung empat tahun lalu, saya pun hadapi perkara yang sama tetapi ia hanya sementara.

“Berkat keyakinan, doa dan usaha Allah pasti bukakan pintu rezeki kepada kita. Tawaran kerja yang konsisten atau terjejas tiada kaitan dengan bertudung kerana ia adalah perkara wajib bagi wanita Muslim,” katanya.

Menurut Aida, rezeki daripada pendapatannya menjadi lebih berkat berbanding sebelum bertudung dulu kerana ia berterusan dan tidak pernah putus.

“Alhamdulillah, pendapatan lakonan saya tidak terjejas, malah rezeki itu menjadi lebih berkat sejak saya bertudung. Kalau sebelum ini, dapat sebanyak mana pun wang pasti akan habis begitu sahaja tetapi sekarang rezeki itu sentiasa ada.

“Susah saya hendak jelaskan sebenarnya tetapi itulah perkara terhebat yang saya peroleh berkat penghijrahan ini,” katanya.

Bekas pelakon dan pengacara yang kini bergelar aktivis bebas Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmo (Wardina) mengakui menerima impak negatif dan diskriminasi daripada industri seni ketika dia berhijrah sekitar 12 tahun lalu.

 Wardina Safiyyah




“Namun saya sudah meletakkan sasaran untuk berundur diri daripada lakonan dan beralih ke bidang pengacaraan ketika itu. Tidak saya nafikan, impak diskriminasi saya alami ketika mula-mula bertudung tetapi ia hanya perkara kecil dan sementara.

“Lama-kelamaan, penggiat seni dan peminat semakin terbuka dan menerima penghijrahan saya. Mungkin juga kerana saya sudah tidak mahu berlakon ketika bertudung dulu, saya jadi tidak begitu kisah mengenai reaksi orang kerana saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya.

Ujar Wardina, jika seseorang artis wanita itu berhasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni selepas bertudung, dia harus bersabar dan percaya pada rezeki yang ditetapkan Allah.

“Berhijab bukan kerana kita sudah sempurna iman atau terlalu baik tetapi kerana mahu menjadi manusia yang lebih baik.

“Jika di kalangan artis bertudung mampu bertahan, teruslah berusaha mencari rezeki yang berkat tetapi jika sebaliknya, maka beralihlah kepada bidang yang lebih baik,” katanya.

Oleh WAHIDUZZAMAN
0

Panas!! Mamat 'Sepah' Maki Peminat Dalam Twitter!



  
“Susah ke nak mintak maaf atau tarik balik kenyataan tu?”


Itu antara luahan rasa pengguna laman sosial twitter yang kecewa dengan sikap Mamat Sepah yang bertindak ala ‘samseng’ menerusi kenyataan balasnya terhadap isu gambar babak kemalangan Zed Zaidi.

Sebelum ini, Mamat telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan Zed Zaidi berlumuran darah dalam sebuah kemalangan.

Selepas itu, rakan artis Zed Zaidi, Datuk Shah Reza telah menafikan kejadian tersebut dan menyatakan itu merupakan salah satu babak lakonan dalam telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyah.

Memetik dari laman web Gua.com, beberapa pengguna laman sosial Twitter telah mengajukan persoalan kepada Mamat berkenaan isu gambar tersebut.

Namun, rata-rata peminat hiburan tanah air sedikit kecewa dengan tindakan Mamat yang bertindak membalas kenyataan yang berunsur negatif dan berbaur ugutan.

Bukan itu sahaja, Mamat seperti mahu bertentang mata dan bertumbuk dengan pengikut laman sosialnya.

Berikut merupakan antara kenyataan balas Mamat kepada persoalan yang diajukan kepadanya.

“@Hazrey kimak la ko ni…”

“@MrKhaidil lu kasi turun ramai2 kerabat2 lu…gua skejap je blg dpt detail lu klu wa mngidam sgt nk lu bro..lu pkir dlu sblm nk terjah gua”

“@IzhamIsmail mehh la jmpe dlu bru tau”

“@MrKhaidil jom bro jmpe…wa nk tgk muke lu barai ke x wa buat..pengecut la setakat ckp beso kt cni…face to face laaa”





Nampak seperti Mamat terlalu cepat melatah dengan situasi yang berlaku.

Penulis sendiri tidak pasti kenapa Mamat perlu meluahkan kata-kata sebegitu sedangkan dia boleh menjawab secara baik serta memohon maaf kepada semua.

Khabarnya juga, akaun laman sosial Twitter Mamat Sepah @mamatsepah telah tidak aktif.

Pandangan penulis, tidak menjadi isu besar jika Mamat memohon maaf kepada semua dan menjadikan apa yang terjadi sebagai pengajaran supaya tidak berulang pada masa akan datang.




Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber & foto: Gua.com
0

Johan As'ari Luahkan Perasaan Cintanya Kepada Nabila Huda Dalam Twitter

 Johan dan Nabila saling sayang menyayangi.


PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari menjelaskan luahan hati yang dibuat dalam Twitter miliknya pada 20 Julai lalu adalah sememangnya ditujukan kepada aktres Nabila Huda.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 26, berkata, luahan yang mempunyai unsur-unsur cinta dan sayang itu adalah menggambarkan hubungan akrabnya dengan wanita berkenaan buat masa ini.

"Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.

"Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih.

"Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, petang Selasa.

 Antara luarahan perasan Johan terhadap nabila di Twitter.



Tambah Johan, dia meletakkan ungkapan cinta itu sebagai satu perasaan yang besar untuk dilalui bagi sesebuah pasangan dan lebih suka sekiranya perasaan cinta antaranya dan Nabila mula terbit apabila kedua-dua mereka berkahwin.

"Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak.

"Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah.

"Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung," tuturnya yang meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 28 tahun.

Dalam pada itu, walaupun ramai yang mempersoalkan keberaniannya meletakkan entri tersebut, Johan tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu kerana ia adalah salah satu tanda penghargaan kepada Nabila yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.

Sementara itu, Johan akan muncul dengan drama Shahadah Cinta menerusi saluran TV Al-Hijrah dan Oh Haram Tu (TV3) pada September depan.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
0

Ariel Peterpan Akhirnya Dibebaskan Dari Penjara

ARIEL diiringi anggota polis ketika dibawa keluar dari Penjara Kebon Waru, Bandung semalam.

BANDUNG (Jawa Barat) - Vokalis band Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham akhirnya dibebaskan dari penjara pada hari ketiga umat Islam menyambut Ramadan semalam selepas bergelar banduan selama dua tahun akibat penglibatannya dalam kes pengedaran video lucah.

Pembebasan penyanyi berusia 31 tahun itu dari penjara Kebon Waru di sini pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) itu diputuskan selepas Ariel berkelakuan baik sepanjang dipenjarakan bermula 31 Januari tahun lalu serta selepas dia membayar denda sebanyak Rupiah 250 juta (RM84,000).

Ariel menganggap pembebasannya pada bulan Ramadan ada hikmah yang besar.


Sekumpulan peminat menyerbu ke arah kereta yang dinaiki Ariel bagi menunjukkan tanda sokongan terhadapnya.


Pembebasan Ariel itu bagaimanapun secara bersyarat dengan peringatan dia tidak boleh mengulangi perbuatannya serta diwajibkan melapor diri ke penjara setiap bulan sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.

Mengikut hukuman sebenar, Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah oleh Mahkamah Daerah Bandùng.

Berita pembebasan Ariel mendapat reaksi luar biasa daripada ratusan peminatnya yang mengerumuni pekarangan penjara sehingga berlaku kesesakan teruk.

Dalam ucapan ringkas di hadapan peminat, Ariel berkata: "Terima kasih kerana terus menyokong saya sekalipun saya sudah bersalah. Tapi yang pastinya pembebasan ini bersyarat dan saya tahu akan ada laporan perlu dibuat setiap bulan dan prosedur lain."

Ariel juga dilarang terlibat dalam konsert di luar Indonesia sepanjang tempoh pembebasan bersyarat itu

Dari penjara Kebon Waru, Ariel kemudian dibawa ke pejabat Pendakwaraya Bandung untuk menandatangani dokumen serta mendengar syarat-syarat pembebasannya.

Kes pengedaran video lucah yang melibatkan Ariel dengan dua artis wanita popular republik itu, Luna Maya dan Cut Tari mencetuskan kegemparan apabila ia mula diedarkan sekitar Jun 2010.

Luna Maya (kiri) dan Cut Tari

Berikutan itu, Ariel ditahan pada 23 Jun 2010 dan menjalani sidang mahkamah sebanyak 14 kali.

Sepanjang persidangan mahkamah, dia tidak pernah mengaku melakukan perbuatan itu selain sering memberikan jawapan yang berbelit.

Kes pornografi pertama di Indonesia yang dibawa ke pengadilan itu mula dibicarakan di mahkamah pada 22 November 2010.

Pada 13 Disember tahun yang sama, Cut Tari yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan mengaku di mahkamah yang dia merupakan pasangan yang mengadakan hubungan seks dengan Ariel dalam video itu.

Luna Maya pula pada 20 Disember 2010 menafikan di mahkamah dia merupakan pasangan wanita dalam video tersebut.
0

Pengarah Filem 'The Dark Knight Rises' Kutuk Tragedi Pembunuhan Colorado

Christopher Nolan



TRAGEDI penembakan yang terjadi pada tayangan perdana filem TheDark Knight Rises pada Jumaat lalu membuatkan pengarahnya, Christopher Nolan terkejut dan kecewa dengan insiden tersebut.

Menurut laporan US Magazine, pengarah itu mengutuk kejadian berkenaan yang dianggap sebagai satu tragedi yang tidak berperikemanusiaan.

"Saya dan semua krew yang terlibat dalam The Dark Knight Rises sangat sedih dengan tragedi yang tidak berperikemanusiaan yang menimpa warga Aurora.

 Barisan pelakon The Dark Knight Rises.




"Ia sangat mengerikan. Bagaimanapun, jiwa kami akan sentiasa bersama mangsa dan keluarga mereka," katanya.

Pada Jumaat lalu, seramai 12 penonton dalam sebuah panggung di Colorado yang hadir pada tayangan perdana filem tersebut mati ditembak dan pembunuhnya iaitu James Holmes sudah pun ditahan pihak polis.







Colorado-Polis terpaksa menggunakan robot untuk mematikan bom canggih yang dijadikan  sebagai perangkap di dalam pangsapuri milik seorang lelaki yang dituduh membunuh 12 orang ketika tayangan filem baru Batman, “The Dark Knight Rises’

Bahan letupan itu ditemui selepas James Eagan Holmes, 24, ditangkap di luar pawagam sebaik sahaja serangan dilakukannya.

Menurut Timbalan Ketua Bomba Aurora, Chris Henderson, ruang tamu rumah Holmes dipenuhi dengan wayar yang disambung ke dalam botol plastik mengandungi cecair yang tidak diketahui.

Suspek juga dipercayai memasang alat pengawal masa di dalam pangsapurinya dengan lagu yang sama dimainkan berulang kali dalam bunyi yang kuat, dalam usaha dia cuba memerangkap polis agar masuk ke kediamannya.

“Jika suspek ditembak mati, tanpa ragu-ragu lagi perangkap yang dipasang di rumahnya itu bakal menyebabkan angka korban yang tinggi,’’ katanya.

Dalam pada itu, polis memaklumkan terpaksa menggunakan robot untuk mematikan bahan letupan tersebut, kerana ia amat berbahaya bagi pihak berkuasa untuk masuk ke rumah tersebut.

Sementara itu, Holmes akan didakwa di mahkamah pada Isnin ini, namun setakat ini punca dia bertindak demikian tidak didedahkan.

Holmes, dibesarkan di kawasan kelas pertengahan dan mendapat ijazah neurosains daripada Universiti California sebelum menyambung pelajaran di Universiti Colorado.

Dia digambarkan sebagai pelajar yang bijak namun ketika kejadian serangan itu, Holmes dalam proses berhenti daripada belajar.

Kejadian pembunuhan beramai-ramai itu mengejutkan Aurora, sekali gus membangkitkan semula kes pembunuhan beramai-ramai pelajar sekolah tinggi Clombia pada 1999 lalu.

Sekolah berkenaan hanya terletak kira-kira 17 batu daripada Aurora dan ketika kejadian, dua pelajar telah melepaskan tembakan rambang, membunuh 12 pelajar dan guru di sekolah berkenaan.