0

Bekas Tunang Leuniey Natasha Dan Kelab Peminat Bersihkan Nama Khairul Fahmi



KUALA LUMPUR – Belum sampai 36 jam, nama penjaga gawang gol Skuad Harimau Malaya, Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat, sudah dibersihkan dari fitnah yang mengatakan kononnya beliau adalah penyebab putus tunang seorang gadis bernama Leuniey Natasha.
Bekas tunang Leuniey mengesahkan bahawa Apex bukanlah penyebab tali pertunangan mereka putus sekaligus menafikan dakwaan pemilik laman Twitter yang dikenali dengan nama akaun @MahSiH2 yang disiarkan semalam.
Dengan pengakuan tersebut, bekas tunangan Leuniey yang enggan disiarkan namanya itu merayu agar isu tersebut dihentikan dan tidak diperbesar-besarkan lagi.
“Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu rakan dan harap ia tidak diperbesarkan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.
Selain itu, bekas tunang Leuniey itu juga menafikan dirinya mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun Twitter, @MahSiH2, yang dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya menyebarkan berita fitnah tersebut.
“Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya tidak menyimpannya sebaik putus tunang,” katanya lagi.
Pemilik akaun Twitter @MahSiH2 semalam menghuru-harakan dunia internet negara apabila mendakwa Apex menjadi punca putus tunang Leuniey dan ikon bola sepak negara yang diminati ramai itu telah putus hubungan ‘istimewa’nya dengan Dahlia Teck.
Selain itu, @MahSiH2 juga mendakwa Apex kini berpacaran dengan Leuniey, seorang gadis yang dikatakan lebih jelita dan lebih sopan berbanding dengan Dahlia Teck.

KHAIRUL FAHMI NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN LEUNIEY NATASHA

Namun dilaman blog http://www.mykhairulfahmi.com/ milik kelab peminat Khairul Fahmi,mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa gosip liar ini tidak benar.Khairul Fahmi @ Apex sendiri menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa2 hubungan dengan gadis ini dan ternyata gossip ini adalah tuduhan liar yang berniat untuk menjatuhkan kredibiliti Khairul Fahmi sekali lagi.

Dalam pada itu mereka juga(kelab peminat Khairul Fahmi) menyarankan agar peminat Apek yang lain supaya tidak mempercayai khabar angin yang tersebar meluas di internet iniSudah-sudahlah… Carilah gossip-gossip yang lain pula.. Kami di Kelab Peminat Khairul Fahmi lebih rapat dan arif tentang Apex. Oleh itu, kamilah sumber maklumat yang lebih dipercayai daripada sumber-sumber Internet diluar sana.

Konklusinya,mulut tempayan sebesar mana pun boleh ditutup rapat-rapat,kalau mulut insan yang bergelar manusia ini,hanya masa yang menentukan.Kami disini berharap semoga Apek terus maju dalam karier bola sepak mahupun apa jua bidang yang diceburi oleh beliau.
0

Ani Mayuni Bimbang Tulang Wajah Retak Akibat Dipukul Suami

 Ani Mayuni dan suaminya, Zairi sering dilihat sebagai pasangan suami isteri yang romantis.

PETALING JAYA: Penyanyi Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, yang cedera teruk dipukul suami membuat imbasan di sebuah hospital pada Jumaat kerana bimbang jika terdapat keretakan pada tulang wajahnya.
Menurut Ani menerusi laman Facebook miliknya, imbasan buat kali kedua itu dilakukan selepas melihat wajahnya yang semakin membengkak akibat kejadian dibelasah itu.
"Hari ini, saya kena buat imbasan untuk kali kedua, takut ada keretakan. Muka mula membengkak," ujarnya.

Komen yang ditulis Ani Mayuni di Facebook miliknya.




 

Walaupun berhadapan dengan tekanan akibat masalah itu, Ani sempat menulis dalam entrinya yang dia tetap gembira kerana dapat berada di samping anak-anak, kakak dan abangnya.
Sebuah akhbar harian tabloid pada Jumaat melaporkan Ani telah ditendang dan dipukul oleh suaminya, Zairi Azmi atau Ayie,37, bekas anggota kumpulan muzik Arrow dalam kejadian di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Penyanyi dangdut itu mendakwa kepalanya turut dihentak ke dinding hanya kerana selepas dia meminta suaminya itu membeli sarapan pagi. Sementara itu, pada Khamis lalu, Ani ada memasukkan dua lagi entri yang menggambarkan keadaan rumah tangganya berada dalam keadaan rapuh iaitu: Segala pengorbanan tiada penghargaan..' dan 'Diri ini tidak pernah meminta minta... cuma inginkan sedikit ruang... kalau itu pun adalah satu beban... terima kasih ku ucapkan....
Walaupun teruk dipukul, Ani masih lagi mahu menyelamatkan rumah tangganya demi anak-anak.
Ani dan Ayie telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004. Kedua-dua mereka pernah menyertai program Sehati Berdansa musim kedua terbitan Astro pada tahun 2008.
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
0

Panas!! Awek ‘Baru’ Khairul Fahmi ‘Leuniey Natasha’ Tunangan Orang?





Gambar-gambar Leuniey Natasha


KUALA LUMPUR- Dunia internet kecoh lagi pasal penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex yang kini dikatakan bercinta pula dengan seorang gadis manis yang dikenali sebagai ‘Leuniey Natasha’.
Ia gara-gara seorang pemilik akaun laman sosial Twitter yang dikenali sebagai @MahSiH2.
Dia mendakwa Apex merupakan seorang “player” dan telah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya sebelum ini, Dahlia Teck.
“Seorang yang tidak dikenali telah mencipta satu akaun Twitter dan menghebahkan pada umum yang penjaga gol kebangsaan yang juga berada pada tahap selebriti, Khairul Fahmi Che Mat telah putus perhubungan dengan Dahlia Teck dan menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey.
“Leuniey dikatakan telah memutuskan pertunangan pada 14 Januari lepas untuk bersama dengan Khairul Fahmi Che Mat. Perkara ini juga katanya telah heboh di bandar Kota Bharu, Kelantan,” kata blogger terkenal Abang Nara dari beautifulnara.com.
Mynewshub.my turut menjejak laman Twitter milik @MahSiH2 itu dan mendapati memang benar dakwaan Abang Nara mengenai gosip tersebut dan pemilik laman sosial itu kini sedang sibuk memaki hamun Leuniey yang dilabelkan sebagai ‘betina yang gatal’.
“Khairul fahmi,, mu tinggal dalia semata2 utk tino tu??? haktuihh. Kalo baik xpe gak… Ni sanggup putus tuney semata2 gilo ke mu…
“Leuniey si tino garik tu ado butik pengantin kat KB… Blajo bodoh tu yg jaga butik mek dio..
“Leuniey tu tuney ore. 2 minggu tuney pahtu mintak putus sbb kemaruk sgt dgn si khairul fahmi suara kepit… Puiii,” kata @MahSiH2 memburuk-burukkan Apex dan Leuniy.
Menurut maklumat yang diterima Leuniey ini agak muda orangnya,baru berumur awal 20-an dan merupakan seorang make up artist.Sama-samalah kita tunggu respon dari mulut Khairul Fahmi atau dari Leuniy sendiri tentang kebenaran gosip ini.

Gambar Khairul Fahmi bersama Dahlia Teck yang telah menimbulkan kontroversi.


 Gambar Khairul Fahmi sebagai cover majalah 'Glam'
0

Harith Iskander Mohon Maaf Kerana Gambar Terlampau Isterinya

Harith dan isterinya menanti saat bahagia untuk menerima cahaya mata pertama mereka. Foto diambil daripada laman sammykhoo.com

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.
Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.
Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.
"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.
"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.
Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.
Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.
"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.
"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.
Sudah dapat restu keluarga
Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.
"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.
"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.
Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.
0

Ani Mayuni Cedera Dibelasah Suami

Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman.


KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Saat-saat bahagia semasa menyertai program 'Sehati Berdansa'


Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.
Oleh Norhadiani Baharom dan Mohd Firdaus Ibrahim
0

Hattan Didakwa Mufliskan Penjamin Gara-Gara Pinjaman Bank Berjumlah Hampir RM1 Juta



Harian Metro dalam artikelnya bertajuk ‘Pokai Angkara Penyanyi’ baru-baru ini memuatkan kisah bekas vokalis kumpulan Baji iaitu Abang Yusuf Abang Daud dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar yang mendakwa menanggung hutang hampir RM1 juta selain diisytiharkan muflis akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal tanah air sejak lapan tahun lalu selepas nama mereka digunakan sebagai penjamin.
Nor Maszura dipetik berkata, kejadian bermula sejak Disember 2002 apabila dia dan suaminya dilantik sebagai pengarah syarikat rakaman milik penyanyi terbabit sebelum mereka diarahkan menjadi penjamin bagi beberapa urusan pinjaman bank berjumlah RM929,503.

 Bekas vokalis kumpulan Baji iaitu Abang Yusuf Abang Daud (kiri) dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar(kanan).


Laporan itu berkata, alasan diberikan penyanyi terbabit kepada suami isteri itu adalah kedua-dua mereka selaku pengarah syarikat perlu menandatangani dokumen pinjaman sebelum dihalau daripada syarikat itu pada 2004.
Antara pinjaman bank penyanyi itu untuk kepentingan peribadinya adalah membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) pada 2003, pinjaman peribadi bernilai RM150,000, membeli rumah bernilai RM500,000 dan pinjaman RM477,000 yang dibuat atas nama syarikat.

Berikut penjelasan penyanyi terkenal Hattan dalam akhbar yang sama;
Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu.
Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, dia tahu apa yang dia lakukan:
Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.
Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.
Malah kata Hattan lagi, dia akan menumpukan  membuat banyak kebajikan pada tahun ini:
Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini.
———————————————————————————-
Wow ini cerita memang panas sehhhhhhhhh.
Nampaknya dua-dua pihak dah buat kenyataan, so kita tunggu episod seterusnya.
Penulis percaya, KEBENARAN akan terungkai juga suatu hari nanti.
Jumlah hampir RM1 juta itu bukan sedikit….harap-harapnya Hattan bukanlah sepertimana yang didakwa dan bekas penyanyi kumpulan Baji itu juga akan terbela nasibnya.
Wallahualam- Oleh: SYAHRIL A. KADIR
0

Ana Raffali Sahkan Akan Bernikah Pada 26 Februari 2012

Ana Raffali dan Naim telah berkawan rapat sejak enam tahun lalu.


KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai tarikh perkahwinan penyanyi Ana Raffali akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan akan bernikah dengan kawan karibnya Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30, pada 25 Februari depan.
Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, bakal bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati dekat sini.
Ia dimulakan dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, majlis akad nikah akan dilakukan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.
Majlis resepsi diadakan pada hari sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut.
"Keluarga Naim telah merisik saya pada awal bulan Disember dan kedua-dua belah keluarga menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh hari bahagia kami.
"Nak diikutkan kami ingin berkahwin pada hari lahir Naim pada 24 Februari kerana dia mahu kami dinikahkan sebelum umurnya menginjak 30 tahun.

Keluarga Naim telah merisik Ana Raffali pada awal bulan Disember tahun lalu.

“Kemudian, apabila difikirkan semula, tak apalah, sehari selepas itu pun tidak ada masalah," kata Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, di sini, Selasa.
Ana dan Naim berkawan sejak enam tahun lalu.
Pada sidang akhbar itu, kedua-dua orang tua Ana dan Naim serta keluarga terdekat mereka hadir.
Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.
Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.
Tambah Ana, dia juga enggan mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana.
"Selama ini saya tidak pernah merasakan diri ini sebagai selebriti dan seperti orang biasa juga, kami sekeluarga ingin mengadakan majlis secara sederhana.
"Yang penting, kami dapat melakukan perkara yang wajib dan melayan tetamu. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, mungkin seramai 1,000 orang tetamu akan hadir," ujarnya.
0

Gambar Seksi Jezamine Lim Isteri Harith Iskandar



Perghhh! Memang seksi ler gambar Jezamine Lim yang tengah pregnant nie kan? Jezamine Lim ialah isteri kepada pelakon dan pelawak Harith Iskandar.Gambar-gambar terlampau ini diambil atas nama karya seni fotografi unik sempena mengandung anak pertama mereka. Apa-apa pun, gambar Jezamine Lim mengandung yang seksi nie memang Awesome !!!




0

Hafiz dinobatkan Sebagai Juara AJL 26

JUARA...M Nasir, Buddhi dan Hafiz meraikan kemenangan mereka. 


KUALA LUMPUR: Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.

Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi.
Bagi kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano yang membolehkan dia menggondol wang tunai RM10,000 serta trofi.

 HEBAT...Alyah memenangi anugerah persembahan terbaik. 

Lagu 'Beribu Sesalan' nyanyian Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah mendapat tempat kedua.


Lagu 'Karma' nyanyian Faizal Tahir pula menduduki tempat ketiga.



Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).

Buat kali pertamanya, acara gilang-gemilang itu diadili oleh 30 juri daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diketuai komposer terkenal, Azmeer. Malah, Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Berbeza dengan AJL pada tahun-tahun sebelumnya, acara kali ini hanya menggandingkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos tanpa Ally Iskandar yang kini sedang bercuti selepas melangsungkan majlis perkahwinannya.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah; Raja Rock, Awie dan Ratu Jazz, Datuk Shiela Majid, manakala interlude istimewa mengenai Sudirman, membabitkan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter.

Acara pada malam itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Hot FM selaku penyiar radio rasmi.

Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar.

Oleh Nor Akmar Samudin dan Georgie Joseph
0

Anugerah Juara Lagu (AJL 26) Milik Siapa?



Sebanyak 12 lagu yang bakal bertanding bagi merebut gelaran juara di Anugerah Juara Lagu 26.
Anugerah berprestij itu bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam ini dan akan disiarkan secara eksklusif  di TV3.
Selain disiarkan di stesen televisyen nombor satu negara, AJL26 akan turut disiarkan ke seluruh dunia menerusi online streaming di www.tv3.com.my/ajl26.
Acara Blue Carpet bakal bermula pada pukul 7.30 malam.
Sekiranya anda pengguna Twitter, pastikan tweet anda disertakan dengan hashtag #AJL26.

 
Antara lagu-lagu yang bertanding adalah:
1. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
2. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
3. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
4. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
8. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
9. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
Harus diingat, populariti lagu tidak akan menjamin sesebuah lagu itu diangkat sebagai juara.
Kriteria yang dicari juri adalah lagu tersebut terbaik dari segi kualiti lagu tersebut termasuk melodi, susunan lagu, lirik dan kredibiliti nyanyian setiap penyanyi lagu itu.
Siapakah pilihan anda?