0

Rihanna tidak mahu beraksi bogel demi wang



BIARPUN penyanyi popular Rihanna sering tampil dengan berpakaian seksi mengakui tidak mahu beraksi bogel demi wang semata-mata.
Penyanyi lagu Umbrella itu memberitahu pendiriannya untuk tidak bergambar bogel sekalipun ditawarkan dengan sejumlah wang yang banyak.
“Jika saya harus berbogel bukan semata-mata untuk duit. Saya ada pendirian saya sendiri,” kata Rihanna seperti dipetik dari Showbizspy.com.

Rihanna juga baru sahaja menolak tawaran majalah Playboy yang meminta dia untuk beraksi menghirahkan untuk majalah tersebut.
“Saya ditawarkan untuk berbogel di majalah tersebut dan mereka menawarkan dengan sejumlah bayaran yang agak tinggi untuk gambar tanpa sehelai benang,” ujarnya.

Dia juga menegaskan enggan mempamerkan tubuhnya secara umum kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarganya. Perkara yang sama juga telah dinyatakan pada tahun 2008 lalu.
“Ibu akan membunuh saya jika saya bergambar bogel,” katanya.
0

Elyana Sah Bergelar Isteri Khairul Anuar


 
 
Elyana dan suaminya selepas majlis pernikahan mereka di Duchess, Jalan Ampang, malam Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang, di sini, Jumaat.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.
Pasangan pengantin tiba pada pukul 9.15 malam dengan diiringi sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.
Majlis pernikahan yang berkonsepkan senibina Islam ini menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ary Wedding Couture bagi melakar pelamin ratu sehari mereka.
Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna biru firus rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.
Majlis pernikahan itu dihadiri lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat mempelai.
Majlis persandingan akan diadakan pada hari Sabtu pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan 8 malam bagi jemputan media dan rakan-taulan.
0

Selepas Kahwin, Mizz Nina Tak Boleh Seksi



 
 
Mizz Nina dan Noh, pasangan bahagia yang sendang membilang hari untuk bergelar suami-isteri.
KUALA LUMPUR: Teka teki gosip pertunangan pasangan Mizz Nina atau Shazrina Azman,30, dan penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh,26, terjawab apabila mereka membuat pengumuman telah pun bertunang pada 6 November.
Majlis pertunangan tersebut diadakan di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor yang dihadiri kira-kira 50 orang sanak saudara termasuklah keluarga Noh dari Miri, Sarawak.
Menurut Nina, tujuan mereka merahsiakan majlis pertunangan tersebut adalah untuk menghormati permintaan keluarga yang inginkan majlis dilakukan secara privasi.
 
 
Antara barang hantaran kedua-dua belah pihak ketika majlis pertunangan Mizz Nina dan Noh pada 6 Novemebrn lalu.
"Pada majlis pertunangan itu, pakaian inilah yang kami kenakan. Baju kurung moden saya ini direka oleh Lady Jane dan Noh pula daripada Saiful Baharim. Ia merupakan sebuah majlis yang sangat sederhana.
"Mengikut perancangan, kami akan bernikah sempena tarikh lahir saya iaitu 1 Julai 2011. Kemudian bagi majlis resepsi pula kami akan bahagikan kepada dua iaitu pada 3 Julai 2011 untuk keluarga dan tetamu-tetamu VIP di Hotel Shangri-La dan pada 6 Julai 2011 untuk rakan-rakan dan para media di Hotel Doubletree, Kuala Lumpur.
"Di Sarawak pula majlis resepsi diadakan pada 15 Julai 2011. Sebenarnya kami ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun ini juga, tetapi kerana kesuntukan masa dan jadual karier yang padat, kami terpaksa menukar tarikh," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Restoran Seri Melayu, di sini, Selasa.
Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.
Sementara itu menurut Noh, cinta mereka mula berputik selepas menerbitkan lagu duetnya bersama Nina berjudul Kurnia.
"Ramai yang menyangka lagu Kurnia dicipta ketika kami sedang bercinta tetapi sebenarnya kami bercinta selepas lagu itu dihasilkan.
"Nina seorang yang sangat tenang dengan dalam apa juga keadaan. Berbeza pula dengan saya yang sangat kecoh. Paling penting, dia menghormati orang yang lebih tua," jelasnya.
Ditanya mengenai imej Nina selepas berumah tangga nanti, kata Noh, dia tidak melarang bakal isterinya itu untuk bergaya tetapi secara berseloroh dia mahu Nina tidak kelihatan seksi.
"Hmm... Sebelum ini saya ada nasihatkan tentang imej dia. Jadi rasanya dia tak boleh seksi selepas ini," katanya sambil ketawa.
Kedua mereka bercadang untuk berbulan madu ke Mauritius atau London selepas majlis perkahwinan nanti.
Bagaimanapun, pasangan ini tidak bercadang untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini selepas kahwin kerana ingin mengukuhkan kerjaya masing-masing.
"Mungkin kami akan memiliki anak pada tahun 2013," kata Noh.
0

Isu Gambar Cium Nabil Dan Qasha



Qasha
PETALING JAYA: Pelakon baru, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen,18, atau Qasha tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan selepas gambar “panas” kononnya aksi dia dengan juara raja lawak, Nabil Ahmad,27, bercium tersebar.
Beritahu Qasha, dia lebih selesa untuk berdiam diri sehingga kontroversi itu hilang begitu sahaja.
"Buat apa saya nak ambil tindakan? Saya lebih selesa untuk mendiamkan diri dan biarlah orang nak fikir apa-apa pun kerana saya telah menafikannya.
"Sekarang ini, walaupun saya menidakkan gambar tersebut, ia telah pun tersebar dan orang boleh melihatnya pada bila-bila masa. Jadi, kalau kita nak ambil tindakan, ia tak mendorong apa-apa pun.
 
 
Nabil melalui kontroversi baru selepas putus cinta dengan Irma Hasmie.
"Oleh itu, saya mahu senyap seketika dan tenangkan fikiran," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambah Qasha, walaupun kontroversi itu melanda dirinya, dia tetap tabah dan cuba meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Kebetulan pula sempena dengan Hari Raya Aidiladha ini, saya mahu berada di samping keluarga di Kelantan. Saya mengakui saya rasa tertekan dan fikiran saya kosong akibat kejadian ini. Tetapi sekarang ini saya dah okey. Hidup perlu diteruskan," ujarnya tenang.
Ahad lalu sebuah akhbar mingguan menyiarkan gambar panas yang dikatakan milik kedua-dua pelakon itu tetapi mereka menafikannya.
Sebaliknya Qasha dan Nabil mendakwa ia hanyalah teknik “super impose” berteknologi tinggi yang dibuat untuk menjatuhkan kerjaya mereka.