0

Panas!! Abby Abadi Putus Cinta Dengan Zul Ariffin...



Ingatkan perkara ini tidak akan diketahui oleh sesiapa, tetapi akhirnya Abby Abadi memberitahu sendiri kepada peminat melalui laman blog rasminya absolutelyabbyabadi mengenai perkara sebenar dan Abby menyifatkan perkara itu adalah satu kehilangan dalam hidupnya. Abby juga meluahkan yang dia amat menyayangi Zul, seperti dalam tulisannya ‘Saya memang tak segan untuk akui yang Saya memang sayangkan dia. Sayanggg sangat-sangat!’ itulah luahan hati Abby yang kini sepi tanpa teman, menempuh kehidupan yang memang mencabar dan kejam tanpa insan bergelar lelaki.

 
Bukan menjadi persoalan yang tidak terjawab lagi kepada kita kerana Abby terang-terangan mengakui yang hubungan cintanya antara Abby dan Zul telah berakhir, walaubagaimanapun Abby tidak pula menjelaskan sebab-sebab mengapa perpisahan terjadi antara mereka. Adakah Zul sudah melupakan Abby yang dikenalinya pada awal kemunculannya sebagai pelakon? Mungkinkah Zul sengaja berhubung rapat dengan Abby untuk menumpang populariti? Apakah Abby adalah batu loncatan buat Zul? Itu beberapa persoalan yang hanya Abby sahaja tahu.
Untuk lebih jelas mengenai hal ini, kami salin dari blog Abby untuk para pembaca, ini adalah entry asal dari blog Abby Abadi.
“Sehingga ke saat Saya menaip untuk entri ini, Saya memang tak segan untuk akui yang Saya memang sayangkan dia. Sayanggg sangat-sangat! huhu… Tapi keadaan, masa, orang-orang tertentu, yang bweekk (:P) semualah…. nampaknya tak menyebelahi kami. Berat sangat Saya nak share kan hal ni sebenarnya, …. tapi, takpelah….. Biar Zul happy dengan kehidupan dia sekarang. Sebab apa kami tak buleh lagi berdua, biar Saya simpan jer. Yang pasti, Saya tumpang gembira dengan apa yang dia ada.Mungkin dia tak sedar yang Saya ni selalu ada di sebelah dia selama ni.”
“Saya… mmmm, di duga lagi…… Sedih memang tak tergambar dengan kata-kata, tapi Saya redha dengan ketentuan NYA….. Mungkin ada kesilapan Saya, yang Saya lakukan tanpa sedar sebelum ni, dan sekarang inilah balasan Tuhan pada Saya. Saya terharu sebenarnya dengan doa dari semua yang mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tapi apakan daya… Saya pun mengharap ‘sesuatu yang terbaik’ sebenarnya… tapi INILAH TAKDIR SAYA.”
“Saya sedih…. sangat sedih untuk terima ‘kehilangan’ ini… tapi Saya takde kuasa untuk ubah keadaan. Saya cuma nak orang yang Saya sayang bahagia dengan apa yang dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Saya.”
“SELAMAT ULANGTAHUN YG KE 25″
0

Liyana Jasmay Sendiri Lagi Selepas Putus Cinta Dengan Aizat...



KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 23, mengakui lebih selesa bersendiri selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya, penyanyi, Aizat.
Liyana berkata, dirinya tidak terburu-buru untuk mencari pengganti kerana masih banyak perkara yang menjadi keutamaannya kini.
Ujarnya, walaupun hubungan mereka tidak panjang tetapi dia masih menganggap Aizat sebagai rakan baik dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya.



  
"Bercinta dan putus cinta itu adalah perkara biasa, sama seperti saya dan Aizat. Kami telah mencuba dalam hubungan tersebut dan ia tidak berjaya.
"Walaupun tidak lagi bercinta kami masih berkawan baik," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Skrin baru-baru ini. Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan terbaru, Liyana berkata dia kini sudah bergelar penerbit dan baru sahaja selesai menerbitkan sebuah telefilem untuk pada 3 Oktober lalu untuk saluran TV9.
Diterbitkan dibawah syarikat produksi miliknya, Mermaid Studios, Liyana memberitahu dalam telefilem bertajuk Tudung Tweet itu dia turut memegang watak sebagai Zubaidah.
"Menariknya mengenai Tudung Tweet ini adalah kerana ia menampilkan 20 pelakon dan kebanyakan daripada mereka adalah bakat baru seperti Izzue Islam, Afiq Muiz dan Mia Nasir," ujarnya.
Optimis dengan cabang terbaru kerjayanya, Liyana berkata, ia adalah sebagai perancangan bagi mengukuhkan kedudukannya dalam dunia hiburan pada masa akan datang.
0

Pelakon Drama Juvana,Izreen Azminda Kecewa Dengan Sikap Johan As’ari

Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik di sesi ramah mesra Anugerah Skrin 2011 di One Utama, Sabtu. - Foto RAHMAN RAHIM
 
PETALING JAYA: Sesi ramah mesra antara artis dan peminat sempena Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal menjelma pada 4 November depan menjadi gamat apabila pasangan pelakon drama Juvana, Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, hadir ke One Utama, di sini, Sabtu.
Kedua-dua pelakon itu mencuri tumpuan ramai memandangkan kedua-duanya diasak dengan persoalan cinta.
Mereka dilihat tegang dan Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik.
Ketika mendapatkan Izreen, dia akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.
Suasana tegang berlaku di antara Izreen dan Johan sewaktu ditemubual.
 


“Saya dan Johan sudah tiada apa-apa hubungan lagi apabila dia tidak mengaku kami bercinta.
“Saya berasa tidak senang dengan kenyataannya seolah-olah kami tidak mempunyai apa-apa sedangkan sebelum ini dia pernah mengaku mencintai dan menyayangi saya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Saya rasa sudah cukuplah apa yang dilalui sebelum ini dan tidak mungkin akan kembali bercinta dengannya selepas ini,” kata Izreen dalam satu sidang media di One Utama.
Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.
Izreen difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonksn oleh Fasha dan Johan.
“Saya tidak dapat menerima alasan gambar tersebut diambil bagi tujuan promosi kerana mengapa perlu mengambil banyak gambar setiap hari dan kemudian menyebarnya di Twitter,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Izreen akui bersalah kerana terlalu mengikut perasaan sehingga membuat pelbagai kenyataan negatif tentang Johan ketika ditemubual oleh media sebelum ini.
“Saya mahu memohon maaf kerana saya agak emosional waktu itu. Biarpun sudah putus cinta, kami masih berkawan dan berharap semua orang faham tentang apa yang berlaku,” akuinya yang tidak mempunyai masalah untuk membuat sesi fotografi dan berlakon bersama-sama Johan jika ada permintaan.