0

Lindsay Lohan dihukum penjara 120 hari

http://www.gosipsensasi.co.cc

LOS ANGELES: Aktres Hollywood, Lindsay Lohan hari ini dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan kerja sosial selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Los Angeles kerana mengingkari perintah berkaitan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu.




Hakim Stephanie Sautner berkata, aktres berusia 24 tahun itu didapati mengingkari perintah sebelum ini dengan mencuri rantai bernilai AS$2,500 dari sebuah kedai barang kemas di kawasan kediamannya di Venice Beach, Los Angeles.

Susulan itu, peguam Lohan mengumumkan pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap hukuman terbaru itu dengan segera.


Lohan turut diperintahkan menjalani hukuman khidmat sosial selama 480 jam di sebuah pusat perkhidmatan komuniti wanita. Beliau dijadual dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$75,000. - AFP


AKTRES popular Hollywood, Lindsay Lohan, 24, tiba di Mahkamah Los Angeles, hari ini sebelum dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan khidmat sosial selepas didapati bersalah mengingkari hukuman memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu. Lohan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri rantai bernilai AS$2,500 di kawasan kediamannya di Venice Beach. - Foto Reuters
0

Jailani Sidek Sedih Dengan Dakwaan Kes Khalwat Terhadap Isterinya

http://www.gosipsensasi.co.cc
HADIR...(dari kiri) Roslin, Raja Azmi dan Jalani (dua dari kanan) berbincang dengan peguam mereka ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Jawi, semalam.
KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek menafikan dirinya dayus kerana masih setia dengan Raja Azmi Raja Sulaiman ketika produser filem tersebut disiasat atas dakwaan berkhalwat.
Jailani yang ditemui selepas hadir ke Pejabat Hal Ehwal Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, pada Khamis menambah, dia lebih mengetahui tentang perihal isterinya.
“Saya sedih dengan apa yang berlaku. Anak saya yang bersekolah di tingkatan lima juga malu untuk ke sekolah kerana sering ditanya mengenai perkara itu,” katanya.
Jailani juga memberitahu, dia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat menghebahkan perkara tersebut, termasuklah penulis-penulis blog.
Pada Khamis, Jailani memberi keterangan selama kira-kira setengah jam selepas tiba di pejabat itu pada pukul 9.45 pagi dengan ditemani oleh isterinya.
Pada pukul 11.30 pagi, Roslin tiba di pejabat sama, bagaimanapun keterangannya hanya diambil pada pukul 12.45 tengah hari dan tamat pada pukul 2.30 petang.
Roslin semasa ditemui mengakui bahawa dia sedih dengan kejadian itu tetapi pada masa yang sama lega kerana perkara tersebut akan berakhir tidak lama lagi.

Produser filem Raja Azmi dan suami, Mohd Jalani Sidek di resepsi perkahwinan anak mereka tidak lama dulu.
“Lebih cepat habis, lebih cepat orang akan tahu siapa yang salah dan siapa yang betul,” tambah Roslin.
Dia juga mendakwa, kehancuran dua perkahwinannya sebelum ini disebabkan oleh individu yang dikenalinya.
“Kalau boleh saya juga mahu berkahwin semula, tetapi takut jika wanita yang menolak,” katanya.
Sementara itu, peguam Roslizam Rahim yang mewakili Jailani dan Roslin memberitahu, anak guamnya dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi di bawah Seksyen 58 sub Seksyen 1, Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 250) berhubung satu aduan tanpa tangkapan kesalahan berkhalwat.
Beliau menambah, Raja Azmi dan Roslin diminta untuk hadir semula ke pejabat berkenaan pada 19 Mei depan untuk mengetahui sama ada pihak pendakwaan akan membuat pertuduhan di mahkamah atau tidak.
Cerita mengenai insiden khalwat tersebut pernah ditimbulkan oleh bekas isteri kedua Roslin, Norhayati Othman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini pada prosiding pengesahan lafaz cerai.
Norhayati yang merupakan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) semasa itu mendakwa, dia dan dua adiknya menyerbu bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada pukul 8.30 malam selepas mengesyaki Roslin berdua-duaan dengan Raja Azmi di situ.
Bagaimanapun, Raja Azmi pada 20 April lalu menjelaskan bahawa Roslin hanya menghantarnya ke hotel berkenaan untuk dia mendaftar masuk bilik bagi membolehkan keluarganya bermalam di situ.
Penerbit filem ... Dalam Botol itu juga menafikan bahawa dia dan Roslin berdua-duaan di dalam bilik hotel.
0

Gambar-Gambar Sekitar Konsert Justin Bieber Di Stadium Merdeka

http://www.gosipsensasi.co.cc

KUALA LUMPUR: Kuasa dan daya penarik yang ada pada penyanyi remaja popular, Justin Bieber, 17, berjaya memukau kira-kira 17,000 penonton dalam satu siri konsert jelajah My World Tour yang di adakan di Stadium Merdeka, di sini, malam Khamis.
Penyanyi kelahiran Ontario, Kanada ini membuktikan fenomena luar biasanya apabila tiket-tiket untuk persembahan beliau berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual
Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama beliau.
Bieber menyampaikan lagu-lagu popular daripada albumnya seperti Somebody To Love, One Time, Never Say Never, Love Me, Pray dan lagu berhantunya, Baby.
Penyanyi Mizz Nina turut diberi penghargaan menampilkan persembahan pembuka tirai konsert berkenaan.



Sebelum tiba di Kuala Lumpur bersama kekasihnya, Selena Gomez, Bieber menemui peminatnya dalam konsert serupa di Singapura pada Selasa lalu.
Beliau kemudiannya dijadual berkunjung ke Indonesia dan Australia untuk siri penjelajahan tersebut.
Turut berangkat menyaksikan persembahan beliau di Stadium Merdeka, Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.


Penyanyi remaja Kanada yang menjadi kegilaan ramai, Justin Bieber membuat persembahan pada konsert pertamanya di negara ini, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.





Sebahagian peminat Justin Bieber yang kebanyakannya remaja, teruja untuk menyaksikan persembahan penyanyi remaja Kanada itu menjelang konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Para peminat Justin Bieber sanggup berhujan semata-mata mahu menyaksikan persembahan penyanyi remaja Kanada itu, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert dijangka bermula 8.30 malam

Empat peminat wanita bersama sepanduknya manakala seorang peminat (gambar kanan) menconteng betisnya dengan nama Justin Bieber ketika hadir untuk menyaksikan konsert penyanyi remaja Kanada itu, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

GAMBAR JUSTIN BIEBER BERSAMA SELENA GOMEZ DI KLIA 21 APRIL 2011



0

Fiza 'Elite' Akui Terlalu Kecewa Dengan Perceraiannya

http://www.gosipsensasi.co.cc


Pergolakan rumah tangga yang melanda bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza, 30 tahun yang juga merupakan seorang dramatis hangat diperkatakan lewat penghujung tahun lalu.
Pelbagai kritikan dan tanggapan yang dilemparkan kepada isteri Ahmed Farriq Zainul Abidin ini, lantas membuatkan mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada tanggal 4 November 2010.

Ramai yang menuding jari kepada Fiza, lantaran punca penceraian itu dikhabarkan kerana sikap Fiza yang curang terhadap suaminya selepas dia menjalinkan hubungan cinta bersama seorang jurukamera bernama Malek.

Biarpun pelbagai kenyataan muncul daripada beberapa orang yang terbabit dalam kontroversi ini, empunya badan, Fiza hanya mendiamkan diri dan tidak membuat sebarang kenyataan balas untuk membersihkan namanya yang tercemar pada ketika itu.

Menemui Fiza pada majlis sidang media dan pratonton drama-drama terbaru sAstro Prima, wanita yang bakal muncul dengan drama terbaru,Sedepa Ke Syurga ini, menjelaskan apa sebenarnya yang tersimpan selama ini.


"Saya bukan berdiam diri kerana apa yang terjadi itu kesalahan saya, tetapi saya rasa untuk apa lagi saya berkata-kata kerana perkara itu sudah pun terjadi. Kalau saya ceritakan perkara sebenar sekalipun, saya tidak mungkin dapat suami saya semula, jadi lebih baik saya diam, lagipun saya tidak suka mengaibkan orang.

"Cerita saya suka mengganggu rumah tangga orang sudah berlaku sejak saya bujang lagi, kemudiannya ia senyap seketika selepas saya berkahwin dan cuti daripada berlakon selama empat tahun, namun perkara ini berlaku kembali selepas saya mula berlakon tahun lalu," luah Fiza.

Ada hubungan dengan Malek?
Dituduh nusyuz kerana curang pada suaminya, Fiza menafikan dia ada menjalinkan hubungan dengan lelaki bernama Malek.
"Lillahitaalla, saya tidak pernah menaruh perasaan pada Malek. Dari mula saya berkawan dengannya, saya tidak pernah sedikit pun berniat untuk mengambil suami orang.
"Hubungan saya dan suami sedikit bermasalah pada masa itu, jadi mata saya sering bengkak setiap kali ke lokasi penggambaran, dan ketika itu Malek selalu bertanya. Jadi di situ hubungan kami jadi rapat, tetapi kami tidak bercinta.


"Saya kecewa bila ada laporan media mengatakan saya curang dan selalu keluar dengan Malek, perkara itu membuatkan hubungan saya dan suami semakin teruk, begitu juga hubungan Malek dan isterinya.
"Saya tidak akan maafkan orang yang membuat cerita ini, dia telah memporak-perandakan keluarga saya, dan saya sangat benci dengannya. Saya tak sangka hubungan baik kami selama ini memakan diri, dan saya hairan kenapa dia sanggup lakukan perkara itu kepada saya.
"Pada saya, cerita-cerita yang dikeluarkannya yang membuatkan saya dan suami bercerai," jelas Fiza.

Kecewa dan Masih Sayang
Tertekan dengan apa yang terjadi pada ketika itu, Fiza mengakui dia terlalu kecewa dengan perceraian ini.
"Tipulah kalau saya kata tidak sayang kepada suami, kalau tidak masakan saya boleh bersamanya sehingga mendapat dua orang anak.
                  Farriq (bekas suami Fiza) bersama kekasihnya Amelia
"Walaupun sudah bercerai, saya masih boleh berkawan dengannya, saya juga masih lagi tidur di rumah ibu mertua saya dan tiada sebab untuk kami bergaduh.
"Kadang-kadang saya rasa, kalau saya tidak mula berlakon semula, pasti rumah tangga saya selamat. Tak dinafikan keluarga saya bersedih dengan apa yang berlaku, tetapi mereka memahami," ujarnya  yang mengakui sudah tahu tentang rancangan bekas suaminya mahu berkahwin dengan wanita lain tidak lama lagi.
Oleh: Wahida Othman 
0

Raja Azmi Serik Ditahan Polis

http://www.gosipsensasi.co.cc


KUALA LUMPUR: Insiden ditahan di lokap polis pada 20 Ogos tahun lalu akibat gagal hadir ke mahkamah membuatkan produser Raja Azmi Raja Sulaiman tidak mengambil mudah perkara berkaitan mahkamah sehingga memaksa dia hadir untuk memberikan keterangan berhubung kes khalwatnya dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim.
Wanita itu hadir ke Pejabat Hal Ehwal Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, Selasa, ditemani peguamnya, Roslizam Rahim pada pukul 10.45 pagi.
Menurut Roslizam, anak guamnya dipanggil untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 58 sub seksyen 1 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) di mana dia turut disabit dengan laporan kesalahan berkhalwat tanpa tangkapan.
Setelah lebih sejam memberikan keterangan di hadapan pegawai penyiasat yang bertugas, suami wanita itu Jailani Sidek dilihat turut memasuki pejabat tersebut.

Raja Azmi ketika hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Selasa. - Foto ROHAIZAT DARUS


Bagaimanapun lelaki itu tidak memberikan apa-apa keterangan.
“Saya hanya memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat dan menjawab apa yang disoal berhubung tuduhan khalwat yang dikenakan ke atas saya.
“Saya bimbang akan ditahan dalam lokap buat kali kedua sekiranya saya gagal hadir seperti mana yang diminta membuatkan saya tidak mengambil remeh hal ini,” ujar Raja Azmi.
Sementara itu kata penerbit filem ...Dalam Botol ini, dia berhasrat menyaman bekas isteri Roslin iaitu Norhayati Othman (Yati) yang menjadikan kes berkenaan semakin menjadi-jadi selain telah menjatuhkan maruahnya.
“Saya menganggap bekas isteri Roslin, Norhayati Othman (Yati) sudah menguji tahap kesabaran saya. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memfailkan saman,” ujarnya.
Menjelaskan tentang insiden khalwat tersebut Raja Azmi berkata, dia dan Roslin tidak bersama-sama di dalam bilik sebaliknya lelaki itu hanya menghantarnya ke hotel berkenaan.
“Saya ke hotel itu untuk mendaftar masuk bilik bagi membolehkan keluarga saya bermalam di situ. Kami tidak berdua-duaan dalam bilik itu seperti mana yang didakwa,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, wanita itu turut berharap semoga kes tersebut tidak berlanjutan lagi kerana dia tidak sanggup melihat bakal cucunya mengetahui tentang insiden yang memalukan itu.
Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.
Bagaimanapun pada 20 Ogos tahun yang sama, Raja Azmi ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini kerana kegagalannya untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.
0

Shuib (Sepah) Hero Filem 'Man Sewel Datang KL'

http://www.gosipsensasi.co.cc/


Julia Ziegler dan Shuib (Sepah) membintangi filem Man Sewel Datang KL.

KUALA LUMPUR: Filem Man Sewel Datang KL dihasilkan bukan untuk menghina manusia yang kurang siuman atau sewel sebaliknya bertujuan memberikan pengajaran ke arah kebaikan.

Menurut Penerbit Eksekutif, Work Move Production Sdn Bhd, Hamizi Mat Juah, filem arahan Rahman Adam itu memaparkan tentang lelaki yang berperangai “gila-gila” tetapi berfikiran bijak.

“Saya dapat rasakan perkataan ‘sewel’ akan menimbulkan konotasi yang negatif. Tetapi sewel yang ingin kami ingin tonjolkan dalam filem ini adalah sesuatu yang boleh diterima masyarakat.

“Shuib (Sepah) yang memegang watak Man Sewel dalam filem ini sebenarnya seorang yang bijak. Misalnya, dia memberikan idea untuk menukarkan nama perniagaan nasi ayam dara kepada nasi ayam janda. Selepas itu, terus perniagaan itu laris,” katanya mengenai filem yang telah selesai penggambaran pada awal April lalu.


Shuib (Sepah) melakonkan watak Man bersama-sama isterinya, Siti Sarah.

Filem genre komedi itu turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim.

Jika filem ini mendapat sambutan, pihak produksi mahu menjenamakan nama sewel pada jangka masa panjang.

“Kami ingin menjadikan sewel sebagai suatu jenama dan membuat komik seperti jenama Doraemon di Jepun sekiranya filem ini berjaya di pawagam.

“Jadi, kami berharap supaya filem ini boleh diterima oleh penonton,” ujarnya.

Bercerita tentang kekuatan filem tersebut, Hamizi menganggap gabungan Shuib (Sepah) dengan isterinya, Siti Sarah bakal memberikan populariti kepada filem tersebut kerana pasangan itu baru pertama kali digandingkan bersama-sama dalam sebuah filem.

“Kita juga mempertaruhkan pengarah filem ini iaitu Rahman Adam yang kembali mengarah selepas beberapa tahun dan kami yakin dengan kreativiti yang diberikan.

“Saya rasa tertarik selepas membaca skripnya dan terus memilih untuk bekerjasama dengannya.

“Selain itu, penonton akan melihat kelebihan Shuib yang bergerak seorang diri tanpa anggota Sepah yang lain iaitu Jep dan Mamat,” katanya.

Tambahnya lagi: “Kumpulan May juga akan muncul dan melancarkan ulang tahun mereka ke-25 dalam filem ini. Mereka akan tampil dalam sebuah konsert dengan menyanyikan lagu-lagu baru.”

Ini merupakan kerjasama pertama Hamizi dengan Work Move Production Sdn Bhd dalam pembikinan filem kerana sebelum ini dia biasa membantu dalam penerbitan drama dan memfokuskan kepada perniagaan barangan teknologi maklumat seperti mengedar barangan Telekom Malaysia.
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
0

Semoga Kisah Ameng Spring Menjadi Iktibar Kepada Semua

http://www.gosipsensasi.co.cc



SEBAB nila setitik rosak susu sebelanga, sebab dadah durjana, keluarga penyanyi popular bernama Ameng ini berdepan situasi yang perit. Semoga kisah Ameng, penyanyi kelahiran Besut, Terengganu ini menjadi iktibar kepada semua kerana setiap manusia itu tidak pernah sempurna kejadiannya.

BENARLAH, melepaskan insan tersayang untuk berdepan sebuah hukuman itu terlalu perit. Pedihnya sampai tidak tergambar oleh kata-kata. Mungkin, hanya individu terpilih sahaja diberikan ujian sebegitu dan mampu menangani saat itu.
“Sampai akhir hayat saya sekalipun, saya akan tetap tunggu Ameng. Sebusuk-buruk mana sekalipun dan sejahat-jahat mana sekalipun, dia tetap suami saya, bapa kepada anak saya, Haikal. Dia suami dan bapa yang baik,” itu kata-kata seorang isteri yang masih menebal traumanya.
Sebaknya dapat dikesan walaupun penulis sekadar berhubung di talian telefon. Tangisnya bermula seawal khabar dirinya, penulis usulkan. Dia Sabariah Zakariah, 41, seorang isteri dan ibu yang sedang teruji di segenap penjuru.
“Saya kenal Ameng sejak 1992. Dia tidak jahat seperti sangkaan sesetengah pihak, dia tidak jahat. Jahat sangatkah dia sampai begitu sekali hukuman yang diterima,” rintihnya dalam nada yang tersekat-sekat, bagai tangis yang basah bersiram di setiap urat darah.
Tambah Sabariah, Ameng berpesan, supaya dia selalu ingatkan anak mereka, Wan Amar Haikal.
“Selalu ingat dan kenal akan ayahnya. Pesanan Ameng juga, supaya saya kerap memutarkan apa sahaja klip video karaoke lagu-lagu nyanyian Ameng ketika bersama Spring mahupun solo.
“Dia juga pesan, supaya saya tidak terlalu memikirkan tentang dirinya, takut memudaratkan saya pula. Kalau datang melawatnya di Penjara Kluang, Johor, tolong bawa Haikal bersama,” kata Sabariah.
Hari-hari kelam Sabariah bermula seawal dia dan Ameng ditangkap pada 1 Februari lalu di sebuah hotel di Taman Melaka Raya berikutan tuduhan memiliki dadah.
Sejak saat itu, lebih dua bulan mereka merengkok di dalam penjara di Sungai Udang, Melaka dan dipisahkan oleh dua blok bangunan yang berbeza.
Pada Rabu lepas, Ameng dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan oleh mahkamah. Ameng mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah dan memasukkan bahan itu ke dalam badannya pada awal Februari lalu. Dakwaan ke atas Sabariah digugurkan, dan dibebaskan daripada sebarang hukuman.
“Sehari sebelum keputusan dibacakan, peguam ada datang berjumpa saya. Katanya, saya mungkin akan dibebaskan jika Ameng membuat pengakuan atas semua dakwaan.
Serik hidup di penjara
“Ameng rela hati mahu mengaku bersalah supaya dia yang menanggung segala hukuman. Dia reda dan mahu saya bebas untuk terus menjaga amanah kami (anak). Dia tak mahu melibatkan saya dan anak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya tapi setidak-tidaknya, saya sudah kenal perit hidup dipenjara. Dua bulan saya terkurung, terpinga-pinga dan menanggung sengsara yang amat sangat, rindukan anak dan suami. Perasaan dalam penjara itu sangat berlainan.
“Itu baru dua bulan, inikan pula untuk tempoh selama lapan tahun. Saya boleh bayangkan azab yang akan ditanggung Ameng tambah lagi dengan 10 sebatan. Saya tahu, dia bukan jenis yang kuat,” luah Sabariah.
Bukan merintih merayu simpati, jauh sekali meminta bantuan, Sabariah hanya mahukan pengertian. Dia juga tidak sedih atau terkilan. Sepanjang kes berjalan, tiada seorang pun rakan atau pihak dalam industri hiburan yang muncul bertanya khabar. Sampai ke tahap itu, hinanya mereka di mata umum.
“Ameng sudah reda, dia juga pesan supaya saya jangan berdendam dengan sesiapa, jangan menidakkan kerja pihak media, jangan marah jika dicemuh masyarakat. Saya reda dengan semua ini. Selepas saya dibebaskan, hanya Iskandar, salah seorang bekas ahli kumpulan Spring yang berhubung dengan saya. Dia yang banyak memberi sokongan. Saya hargai sangat sesiapa yang hubungi saya bertanyakan khabar,” katanya yang kini menetap bersama anak dan keluarga di Melaka.
Nasib ada keluarga serta kawan-kawan yang memberi sokongan dan setelah hampir seminggu dibebaskan, wanita itu masih tidak ke mana-mana, tidak mampu untuk bertemu sesiapa.
“Saya jadi takut untuk jumpa orang. Nak tengok akaun Facebook pun takut. Pantang duduk seorang, pasti menangis,” katanya yang sudah memasang tekad untuk pulih daripada sejarah hitam.
Tutup perbualannya, doa Sabariah, biarlah Ameng tenang menadah hukuman dunia.
“Semoga dia tenang dan sentiasa mengingati Tuhan,” ungkapnya perlahan.-kosmo