Saturday, 11 July 2009
Noniswara nak kahwin lagi
Lama sudah pelakon cantik Noniswara bersendirian tanpa lelaki bergelar suami di sisinya. Hidup Nonis ditemani anak-anak yang semakin membesar.
Dengar Nonis sudah bertemu seorang lelaki yang akan menjadi suaminya.
Patutlah semasa nampak Nonis dalam sebuah majlis baru-baru-baru ini berseri-seri muka dia.
Malah Nonis hadir ke majlis itu bersama lelaki yang bakal menjadi suaminya. Tapi tak sempat pulak nak snap gambar mereka.
Nonis sedang berbahagia dan akan menamatkan alam solonya awal Ogos depan. Dia tak menyorok lagi apabila rakan-rakan bertanya pasal perkara itu.
Kiranya raya tahun ini Nonis akan kembali berasa beraya di rumah mentua dan mencium tangan suami di pagi rayalah.
"Nonis beritahu aku dia nak kahwin bulan Ogos ini," kata rakan yang sempat berborak dengan Nonis.
tak sempat pula nak berborak sebab ke majlis itu atas urusan tugas. Apabila selesai tugas, Nonis dan nak berangkat pulang.
nak ucapkan tahniahlah kepada Nonis dan nak doakan agar Nonis dapat mengecap kebahagiaan semula.
Dulu Nonis pernah kata bersendiri lebih baik. Nampaknya kali ni Nonis akan kata berdua lebih baik pula.
Sekarang musim buah ni nak cari buah `jentik-jentik' yang dah lama tak makan. Buah tu kalau kita jentik, kulitnya akan terkopek. Kulitnya berwarna oren pekat dan bersaiz kecil daripada buah langsat. Agaknya payah nak cari buah yang tak popular di kedai macam itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment