Majlis nikah Annahita dengan Setiausaha Sulit Kanan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd. Arshad berlangsung pada 11 Julai lalu.
Kepada Annahita tahniah kerana sudah bergelar Datin. Tahniah juga kepada Annahita kerana ketika wartawan Mingguan mStar, Kemalia telefon untuk mengesahkan perkara itu, dia tak menipu.
Annahita tak macam sesetengah artis yang bernikah dengan ahli politik. Tahniah ya, tahniah.
Di sebalik kisah Annahitta yang diam-diam bergelar mak Datin itu, Niezam terima juga berita mengenai pelakon Elly Mazlein.
Sepanjang Niezam kenal Elly, jarang sekali dia nak buka cerita bab-bab kahwin, bab-bab ada teman lelaki.
Tak apa... cara Elly itu tak salah pun. Artis ada hak untuk berkata ya atau tidak. Tapi di sini Niezam nak tanya Elly. Niezam nak selepas membaca cerita ini Elly boleh telefon Niezam untuk beritahu kisah sebenar.
Niezam dah malas nak telefon atau hantar SMS kepada Elly untuk bertanyakan status dia. Takut nanti rugi duit hantar mesej sebab jawapannya Niezam dah tahu.
Cuma di sini Niezam nak bagi tahu Elly, kisah perkahwinan Elly yang cuba disorokkan sebenarnya sudah bocor. Itu saja mesej yang nak disampaikan.
Menurut ceritanya, Elly berkahwin dengan orang politik di Utara tanah air. Sebelum banyak benda lagi dibongkar, rasanya Elly perlu bersedia menceritakan perkara sebenar.Niezam sekadar menasihati Elly.
Bukan berniat nak jatuhkan Elly ataupun bencikan Elly tetapi berita perkahwinan Elly itu sudah diketahui orang. Elly tak boleh nak main sorok-sorok lagi.
Niezam: Menyorok bawah meja.
Que Haidar baru sedar diri
Rasa macam nak menangis apabila Niezam baca kenyataan pelakon Que Haidar yang sudah nak bersara sebagai pelakon. Niezam terkejut akhirnya Que sedar diri yang dia terpaksa berhenti berlakon.
Alasan Que bekerja sebagai pelakon di Malaysia tak boleh kaya raya macam pelakon di Hollywood.
Tapi pelakon di Malaysia walaupun dalam poket ada RM1 ramai yang berangan nak naik kereta mewah. Ada sesetengahnya pula 24 jam nak nampak macam orang kaya walaupun papa kedana.
Bukan saja pelakon tetapi penyanyi pun 2X5 juga. Apa jadi dengan penyanyi yang menang dalam pertandingan menyanyi di TV? Sesetengahnya hidup kais pagi makan pagi saja.
Hakikatnya menjadi artis di Malaysia memang tak boleh kaya. Nak cari makan pun susah. Tapi ramai rakyat Malaysia masih tak sedar diri dan tak mahu ambil contoh apa yang Que Haidar kata.
Hari ini ibu bapa, tok nek, tok cik semuanya kalau boleh nak suruh anak cucu mereka jadi penyanyi atau pelakon. Alasannya nak bantu keluarga.
Artis yang menang pertandingan pun bila ditanya kenapa nak jadi artis, alasannya sama – nak bantu keluarga.
Itulah mentaliti orang kita. Dia orang fikir bila jadi artis boleh jadi kaya. Tengok macam Que Haidar, walaupun sedang menuju untuk menjadi kaya, dia cepat-cepat buat keputusan tak mahu berlakon lagi sebab dia tahu dia tak boleh nak ke mana.
Betul-betul kaya ialah syarikat-syarikat TV yang menganjurkan pertandingan menyanyi sehingga boleh bayar bonus kepada pekerja hasil titik peluh wang rakyat Malaysia yang mengundi melalui SMS.
Tapi ibu bapa di luar sana masih tidak sedar, bukan mudah anak cucu cicit mereka nak jadi kaya kalau mereka jadi artis.
Que belajar tak tinggi mana tapi keputusan yang dia buat macam orang yang belajar tinggi. Sayangnya hari ini ibu bapa tak nak hantar anak-anak mereka belajar tinggi tapi ramai yang berebut-rebut nak hantar anak masuk program realiti.
Niezam: Cukuplah masuk pertandingan karaoke.
Janganlah jadi macam Cut Tari
Pelakon filem ‘lucah’ dari Indonesia nombor satu, Cut Tari dengan bangganya mengaku dia memang bermukah (berzina) dengan Ariel “Peterporn”.
Pihak berkuasa Indonesia pula berkata, kerana pengakuan itu Cut Tari mungkin akan mendapat hukuman ringan.
Kalau perlu direjam, rejam sajalah dia. Bukan saja Cut Tari, pasangan lucahnya Ariel dan Luna Maya pun sama juga.
Suami pengacara itu, Johannes Yusof Subrata pun bengong semacam. Yusof berkata dia bangga kerana mempunyai isteri yang tabah dan berani mengaku melakukan perbuatan sumbang itu. Yusof bangga mendapat isteri yang sanggup memberi tubuhnya diratah oleh orang lain.
Kalau Niezamlah jadi Yusof, Cut Tari mesti kena cincang macam sotong kangkung. Pelakon di Malaysia pun kalau dia orang tak jaga budi pekerti, mereka juga akan jadi seperti Cut Tari.
Hari ini artis-artis kita bebas bergaul tanpa batasan. Artis kita juga tak rasa segan silu, tak tahu malu nak buat benda tak senonoh.
Gambar-gambar dalam internet dengan keadaan berpeluk, terkangkang yang tersebar itu menjadi bukti.
Melihat kes Cut Tari, Ariel dan Luna Maya, artis-artis kita harus mengambil ini sebagai satu pengajaran berguna.-mstar
0 comments:
Post a Comment