Siti Tarik Diri, Johan Buat Kejutan
BUKAN merajuk dengan industri seni, sebaliknya penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza tetap bertegas dengan keputusannya untuk menarik diri dari bertanding Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13) tahun depan atas alasan sendiri.
Diikutkan, Siti telah membuat keputusan tersebut selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu.
Menurut Siti, dia ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.
Tambah Siti, adalah menjadi impiannya untuk menjadi penonton ABP, menyokong para penggiat seni lain yang bertanding.
TIDAK tahu daripada mana puncanya, tiba-tiba tersebar cerita tentang aktres Faeza Elai bercinta dengan seorang pengarah berstatus suami orang.
Namun begitu dia dan pengarah itu menafikan mereka adalah pasangan kekasih sebaliknya mereka berdua hanya berkawan.
Di sebalik kisah penafian ini, Faeza juga mengumumkan untuk bersara dari industri ini dalam tempoh empat tahun lagi.
Johan Nikah Isteri 5 Tahun Lalu
AGAK mengejutkan apabila Johan Raja Lawak mengakui bahawa dia dan isterinya, Ozlyn sebenarnya telah bernikah lima tahun lalu.
Ianya berikutan ramai yang bertanyakan soal anak. Lantas Johan mengakui anak itu merupakan anaknya dengan Ozlyn selepas mereka bernikah sebelum dia menyertai pertandingan program Raja Lawak musim pertama.
ANUGERAH Juara Lagu (AJL) 25 menuju ke kemuncaknya apabila 12 buah lagu telah diumumkan layak untuk bersaing ke peringkat akhir.
Antara lagu-lagu tersebut ialah Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Kau Ada Aku (Adira) Berlari (Tomok) dan Sofea Jane (Black).
Turut serta ke pentas final adalah lagu Pelita (A.P.I), Mencari Konklusi (Hujan), Extravaganza (Bunface), dan Drama King (Meet Uncle Hussain).
0 comments:
Post a Comment