Pasangan itu dinikahkan pada kira-kira jam 4.35 petang oleh mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abd Aziz dengan disaksikan hampir 60 tetamu termasuk keluarga kedua-dua pihak di atas bot persiaran Cruise Putrajaya. Dalam majlis pernikahan yang pertama kali diadakan seumpamanya, Farah turut menerima mas kahwin berjumlah RM2,500 dan wang hantaran RM25,185, selain tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, senashkah al-Quran serta barangan perhiasan peribadi dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Sewaktu majlis membatalkan air sembahyang, Johan menyarungkan seutas gelang tangan dan sebentuk cincin kepada Farah, sementara penyanyi mula mencipta nama menerusi lagu Antara Dua itu turut menyarungkan sebentuk cincin ke jari suaminya.
Ditemui sebaik majlis selesai, Farah berkata dia memang mengimpikan majlis pernikahan sedikit berbeza dan idea diberikan rakan agar diadakan di atas bot persiaran dirasakan cukup menarik.
“Apabila perkara ini dirujuk kepada pihak pengurusan Cruise Putrajaya, mereka bersetuju dan berkata belum ada lagi orang mengadakan majlis pernikahan di atas bot dan saya yang pertama,” katanya.
Walaupun sudah berkahwin, Farah yang kini aktif dalam bidang pengacaraan berkata, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa, namun dia keberatan untuk aktif berlakon.
“Selepas berkahwin saya akan menetap bersama suami di Pulau Pinang kerana dia berasal dari sana dan mempunyai perniagaan perlu diuruskan. Bagaimanapun kami akan datang ke Kuala Lumpur jika ada urusan,” katanya.
Pada majlis itu Farah turut membuat kejutan kepada suami dengan mengumumkan dia menghadiahkan Johan, percutian ke Pulau Maldives seperti yang diidamkan suaminya sebagai bulan madu mereka.
Mereka akan ke sana minggu depan dan pulang sehari sebelum Ramadan.
Farah Diana Anuar (Farah AF2) sudah sah bergelar isteri kepada Johan Johari.
Comelkan pelamin nikah Farah hehe pelamin atas kapal Cruise Putrajaya :)
Farah semasa majlis malam berinai..
suka sangat tengok Farah yang sangat sederhana orangnya tapi cantik :)
Majlis persandingan Farah dan Johan dilangsungkan
di Tasik Maritim Putrajaya pada esok hari, 16 Julai 2011.
Lihat video majlis malam berinai Farah Diana Anuar (Farah AF2) di SINI. Kalau nak tahu update pasal wedding Farah, siapa ada twitter tu, search di hashtag twitter #FarahJohanKahwin.
- Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang daripada pihak perempuan. Johan menerima seutas jam tangan Oris, sehelai baju Armani Exchange, sebiji kek & tali pinggang Gucci. Manakala, Farah menerima senaskah Al-Quran, sebuah iPad, seutas beg tangan Gucci, satu set wangian Chloe. -OhBulan!-
- Dgn sekali lafaz, Johan Johari sah bgelar suami kepada pengacara Nasi Lemak Kopi O, Farah Diana Anuar (Farah AF2). Akad nikah berlangsung di atas sebuah kapal cruise di Tasik Putrajaya sebentar tadi. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM2,500 & hantaran, RM25,185. -Gua.com-
sumber gambar: OhBulan!
more pictures at Beautiful Nara & OhBulan!
*KATA HATI: Tahniah Farah..semoga berbahagia sentiasa bersama suami tercinta..breep breep breep!! heheSumber: hmetro/suterakasihyann.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment