Thursday, 22 March 2012

Azwan Ali Mahu Minta Maaf Untuk Apa?

 
KUALA LUMPUR – Selebriti yang tidak kurang panasnya, Didie Alias yang pernah ‘berperang Twitter’ dengan Azwan Ali, berpesan kepada pengacara sensasi itu agar memohon keampunan dari Allah SWT dan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.

Menurut bekas isteri kepada pelakon Ridzuan Hashim itu, permohonan maaf dari Azwan tidak bermakna padanya jika beliau masih lagi mengulangi kesilapan kemudian hari.

“Azwan mahu minta maaf untuk apa? Bukankah dia sudah minta maaf dengan saya sebelum dia berangkat untuk mengerjakan umrah baru-baru ini? Apapun, saya rasa lebih elok jika dia memohon keampunan daripada Tuhan lebih dulu.

“Saya rasa tidak guna untuk dia mohon maaf, jikalau dia masih mengulangi kesilapan lalu. Sama ada ikhlas atau tidak, hanya Tuhan saja yang tahu,” katanya yang dipetik dari laman blog hiburan terkenal, Murai.com.my.



Didie mengulas mengenai permohonan maaf Azwan secara terbuka menerusi program baru Astro, Propaganza, pada Ahad lalu kepada beberapa selebriti hiburan tanahair seperti Datuk Siti Nurhaliza, Adlin Aman Ramli, Adibah Noor, Ifa Raziah dan dirinya.

Didie atau sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 38, turut menjelaskan bahawa beliau tidak mahu memanjangkan isunya dengan Azwan dan bersedia untuk memaafkannya jika pengacara itu datang bersemuka dengannya.

“Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita ini. Kami pun sudah tua dan masing-masing tahu apa yang patut dilakukan.

“Setakat ini, Azwan masih belum datang berjumpa saya untuk minta maaf.. Malah, dia belum menghubungi saya menerusi telefon.

“Saya rasa kalau betul dia ikhlas ingin meminta maaf, dia boleh hubungi saya terus tanpa menggunakan pihak media. Saya rasa tidak salah kalau dia telefon saya. Dia pun masih menyimpan nombor telefon saya.

“Sekali lagi, saya tidak mahu panjangkan cerita ini lagi. Untuk 2012 ini, hati saya sudah beku untuk rasa kecil hati dengannya,” katanya panjang lebar.
Azwan melalui satu sidang akhbar pada Januari lalu mengumumkan permohonan maaf dan bersumpah dengan bersaksikan nama Allah untuk tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...