BAHAGIA...Awal dan Scha sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.
BAK PINANG DIBELAH DUA... Selepas tiga tahun menyemai cinta, pasangan artis Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Majlis akad nikah kedua-dua mempelai disempurnakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya kira-kira pukul 9.15 malam, Jumaat. Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya. Dengan sekali lafaz, Awal sah bergelar suami kepada Scha. Pada majlis pernikahan itu, Awal memberikan mas kahwin sebanyak RM2,050 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
PUTRAJAYA: Episod percintaan yang terjalin lebih dua tahun antara Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 28, disempurnakan dengan ikatan perkahwinan apabila pasangan pelakon serta pengacara popular itu selamat diijabkabulkan, jam 9.15 malam tadi.
Upacara akad nikah dilakukan bapa mempelai perempuan, Syed Mahadzir Syed Kecik Al-Yahya sambil disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Salman Idrus di Pullman Lakeside, di sini .
Hanya dengan sekali lafaz berserta mas kahwin RM2,050, Ahmad Awaluddin yang popular dengan panggilan Awal dan Sharifah Norazean atau Scha yang kelihatan berseri-seri dengan persalinan rekaan Syaiful Baharim, sah bergelar suami isteri.
“Syukur Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Ini tanggungjawab baru buat kami berdua dan doakan semoga kami menjalani bahtera rumah tangga dengan baik serta berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Scha kini sah menjadi isteri saya dan tentunya sebagai suami, saya mahu menjaganya sebaik termampu. Saya tidak menghalang Scha aktif dalam bidang seni asalkan dia tahu batas seorang isteri,” kata Awal yang menangis kegembiraan, begitu juga isterinya.
Awal menyarungkan cincin nikah ke jari manis Scha.
Selepas tiga tahun menyemai cinta, pasangan artis Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Majlis akad nikah kedua-dua mempelai disempurnakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya kira-kira pukul 9.15 malam, Jumaat. Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya. Dengan sekali lafaz, Awal sah bergelar suami kepada Scha. Pada majlis pernikahan itu, Awal memberikan mas kahwin sebanyak RM2,050 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan, namun pasangan itu sepakat merahsiakan wang hantaran yang diserahkan pihak lelaki.
“Wang hantaran terlalu peribadi untuk kami ceritakan. Apa yang penting, perkahwinan ini didorong atas dasar kasih sayang dan keikhlasan yang wujud sepanjang kami menjalin hubungan,” kata Scha sambil memberitahu dia dan suami berbulan madu di New York, Amerika Syarikat.
Mengimbas perkenalan pasangan pengantin baru itu, mereka berkenalan ketika sama-sama terbabit program ‘Sehati Berdansa’ dan selepas setahun digosipkan, mereka yang terkenal dengan gelaran ‘Schawal’ mendedahkan mereka bercinta.
Hadir sama pada majlis pernikahan itu, bapa Awal, Ashaari Ahmad dan Aishah Mohd Amin serta ibu bapa Scha, Syed Mahadzir dan Junainah Hashim, anggota keluarga serta rakan artis antaranya Tam Suhaimi, Dynaz, Farish dan Sazzy Falak selain wakil media.
Selesai akad, pasangan pengantin menyempurnakan majlis berinai. Mereka mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkolaborasi dengan Atiqah’s Songket.
Oleh Norhadiani Baharom
0 comments:
Post a Comment