Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Bakat Syamsul Datuk Yusof Haslam dalam bidang pengarahan sememangnya tidak dinafi kan lagi. Pada pandangan penulis, Syamsul merupakan pengarah muda yang tahu menyediakan hidangan yang kena dengan selera penontonnya.
Justeru tidak keterlaluan penulis katakan, filem Jalan Kembali:Bohsia 2 (JKB2) merupakan filem terbaik 2012. Filem lakonan Syamsul sendiri bersama Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, dan Harun Salim Bachik cukup rencahnya.
Filem ini merupakan fi lem ketujuh arahan Syamsul dan pengalamannya menghasilkan filem box-office sebelum ini menjadikan Bohsia 2 digarap dengan cukup baik. Tidak hanya memaparkan kecelaruan masalah remaja kini, Syamsul turut menyelitkan elemen Islamik untuk suntik kesedaran kepada golongan remaja untuk berfi kir.
Pada pandangan penulis, jangan terlalu melihat syot-syot negatif dipaparkan termasuk syot Sofi Jikan (Keting) menolak seorang imam di depan masjid, sebaliknya lihat segala mesej tersirat yang cuba dipaparkan.
JKB2 mengisahkan dua bohsia - Amy (Salina Saibi) yang sedang cuba kembali ke jalan yang benar ditempatkan di Rumah Pengasih selepas kejadian di pengakhir fi lem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam. Berbeza dengan nasib Tasya, yang semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang bohsia yang dikawal ketat oleh Keting.
Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya daripada lembah yang hina. Seperti Amy, Muz juga bertaubat dan tidak mahu bergelumang lagi dengan kehidupan yang pernah mensia-siakan hidupnya.
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu saudara Tasya lalu berjanji untuk mengembalikan Tasya ke pangkuannya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasya enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha membawa Tasya ke jalan kembali. ‘Raja’ kumpulan Mat Rempit, Keting kian rakus dengan aktiviti songsangnya dengan Tasya di sisinya.
Dalam masa sama, dia meneruskan niat jahat menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Bagaimanapun, pengakhiran cerita ini yang sedikit longgar menyebabkan penulis tertanya-tanya mengenai nasib Ejan dan kurang berpuas hati dengan cara kematian Keting. Namun, kelemahan itu boleh dimaafkan dengan jalan cerita yang begitu mantap sepanjang satu jam 35 minit fi lem ini dimainkan.
OLEH NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
0 comments:
Post a Comment