Adele dan kekasihnya Simon Konecki ketika penyanyi itu sedang sarat mengandung pada bulan lalu. Adele difahamkan melahirkan anak lelaki mereka pada 19 Oktober lalu.
LONDON: Penyanyi sensasi Britain, Adele dilaporkan selamat melahirkan anak lelaki pada malam Jumaat lalu (waktu tempatan).
Menurut laporan Daily Mail, penyanyi lagu The Rolling in the Deep dan kekasihnya Simon Konecki menyambut kelahiran bayi sulung mereka dalam keadaan yang begitu gembira.
Sumber memberitahu akhbar tersebut, pasangan berkenaan teramat seronok dengan kelahiran itu kerana mereka sudah lama mengharapkan untuk memiliki anak.
Bagaimanapun, jurucakap kepada penyanyi itu enggan mengesahkan atau menafikan berita kelahiran itu.
“Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini. Tiada komen,” kata jurucakap penyanyi itu.
Setakat ini, tiada perkembangan lanjut mengenai bayi tersebut sejak berita kelahiran itu tersebar.
Adele, 24, mula menjalin hubungan dengan Konecki yang merupakan seorang ketua kepada badan pertubuhan amal, sejak November tahun lalu.
Dia mengesahkan berita kehamilannya menerusi laman web pada Jun lalu.
Sebelum ini, Konecki memiliki seorang anak perempuan yang berusia lima tahun, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya Clary Fisher.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment