Tuesday, 13 November 2012
Kos Pakaian Pengantin Apek & Leuniey Mencecah RM45,000
Baru-baru ini MD bertemu dengan pereka fesyen yang telah dipertanggung jawab mereka busana perkahwinan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dengan gadis pilihan hatinya, Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey), iaitu Ezuwan Ismail.
Alang-alang jumpa, MD bertanyakan serba sedikit mengenai persiapan dari segi busana perkahwinan pasangan itu kepada Ezuwan.
Ezuwan yang pada mulanya agak keberatan mahu bercerita bagaiamanapun secara ringkas memberitahu pada majlis akad nikah nanti, Apek dan Luniey mengenakan persalinan warna sedondon baju Melayu dan baju kurung. Sementara sewaktu persandingan di sebelah pihak perempuan, mereka akan memakai sepersalinan songket tradisional (skin colour). Manakala persandingan di Kuala Lumpur pula, mereka akan mengenakan busana berkonsep 'English moden'.
Ezuwan menambah, kos baju untuk akad nikah dianggarkan lebih kurang RM10,000. Untuk baju persandingan pula berharga RM20,000 dan baju persandingan untuk majlis di Kuala Lumpur berharga RM15,000.
Ditanya sejak bila Apek dan Leuniey berjumpanya dan berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka, Ezuwan berkata,
"Saya rasa tak sesuai untuk saya bercerita banyak. Lagipun tuan empunya badan akan umumkan di sidang media nanti. Tapi apa yang boleh saya katakan, mereka datang berjumpa saya pada sebelum raya AidilAdha lalu. Pada hari itu juga kami mula berbincang dan terus memulakan ukuran.
"Hanya satu malam saja kami berbincang. Sewaktu berjumpa tu saya terus design depan mereka, dan Apek dan Leuniey ikut saja dengan cadangan yang diberikan", katanya Ezuwan Ismail sewaktu ditemui di acara post-party Anugerah Skrin, pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, oleh kerana sibuk dengan persediaan bagi menghadapi perlawanan Kejuaraan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung dari 24 November hingga 22 Disember ini, Apek terpaksa menyerahkan soal persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung Disember depan kepada pengurusnya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bapa Apek iaitu Che Mat Hussain berkata, pasangan itu dijangka melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Disember depan atau Januari 2013.
Bercakap kepada mStar online, Apek berkata buat masa ini dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai majlis perkahwinannya itu, namun dia berjanji akan menjelaskan di satu sidang media khas, tidak lama lagi
"Saya tidak mahu fikir apa-apa (tentang persiapan perkahwinan) buat masa ini. Fokus saya adalah bola (persiapan Piala AFF Suzuki). Perkara lain (perkahwinan) diuruskan pengurus saya.
"Tunggu nanti, saya akan umumkan pada sidang media. Selepas Piala AFF baru saya boleh fikir mengenai perkahwinan," kata Apek.
Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi 'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini.
- mD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment