Monday, 17 December 2012
Sharnaaz Maki Shila Amzah Di Twitter Kerana Cemburu?
Ramai sedia maklum, pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad mempunyai perangai panas baran yang tidak terkawal dan bahasa yang sering digunakan agak kasar bunyinya.
Tetapi, apabila berhadapan atau melayan kekasih hatinya yang juga pelakon dan penyanyi wanita, Shila Amzah, Sharnaaz mampu menjadi lembut dan menjaga setiap tutur katanya.
Mungkin, tidak mahu mengguriskan hati insan yang Sharnaaz sayangi itu.
Cerita-cerita mengenai mereka lebih banyak terarah kepada cerita yang negatif berbanding positif sejak mereka menjalinkan hubungan cinta.
Pun begitu, dua figura artis itu masih lagi mampu untuk bertahan dan menjaga hubungan mereka agar setiap badai yang melanda khususnya cerita-cerita buruk tidak menggugatkan ikatan kasih sayang antara mereka.
Ini kisah yang baru terjadi semasa berlangsungnya Anugerah Planet Muzik 2012 malam Sabtu lalu.
Ketika Shila berada di atas pentas untuk menyampaikan anugerah Lagu Terbaik, Shila ada mengatakan sesuatu.
“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya, dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya, saya tak tahu mana dia pergi,” kata Shila.
Ramai yang beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila itu hanyalah gurauan semata-mata.
Namun, ada sesuatu yang tidak enak untuk dibaca di laman Twitter Sharnaaz.
Sharnaaz ada mengeluarkan ayat-ayat yang tidak sepatutnya kepada Shila dan nampaknya Sharnaaz marah benar dengan kenyataan yang dibuat oleh Shila.
Namun, semalam, Sharnaaz telah memberitahu kepada umum kenyataan yang dibuatnya itu bukanlah dari dirinya. Sebaliknya, laman Twitternya telah digodam oleh orang lain.
Shila juga turut meminta maaf di atas gurauannya itu dan berharap orang ramai tidak menyalah tafsirkan perkara yang terjadi itu.
Benarkah?
Peminat Anggap Sharnaaz Bodoh?
Ini lagi kisah mengenai kenyataan yang ‘dikeluarkan’ oleh Sharnaaz di laman Twitternya kerana merajuk dengan kekasih hatinya, Shila Amzah.
Kenyaatan berbentuk kata-kata kesat itu dibuat sewaktu berlangsungnya Anugerah Planet Muzik 2012 malam Sabtu lalu.
Mynewshub.my menerima pelbagai reaksi dan komen dari pembaca-pembaca yang rata-ratanya tidak berkenan dengan tindakan dan sikap Sharnaaz.
Ada yang mengatakan alasan yang diberikan oleh Sharnaaz dengan mengatakan akaun Twitternya telah di godam atau ‘hack’ itu adalah satu alasan yang bodoh.
Justeru, mereka pelik dan menyuarakan pendapat adakah Sharnaaz seorang yang buta IT.
Antara komen-komen yang ada:
- “kene hacked taik kucing…kalu kene hack dah xleh masuk twitter sediri dah bongok..”
- “kena hack la sgt… skrg senang je.. dh buat mcm2 pastu ckp kna hack.. klu mcm tu pn aku nk buat la.. kutok org2 mcm.. pastu esok ckp.. sorry.. kna hack…”
- “sharnaz bute IT ..hahaha…alasan kne hack tak bole diterima..”
- “xperlu ler nk ckp kena hack ke, ade org amik phone ke, ilang phone ke…org2 malaysia skrg dh pandai lah bro….mcm lah org2 kt malaysia nie xde twitter and buta IT..org zaman batu boleh lah ko nk menipu…nie zaman IT lah bro….”
Selain itu, ada juga peminat yang hairan dengan kenyataan balas dari Sharnaaz yang kononnya Twitter dihack, mempersoalkan kenapa setiap kenyataan yang dibuat selepas itu menjurus kepada situasi sewaktu Shila berada di atas pentas.
Pelik bukan?
“kalau kena hack pun takkanlah cerita mengarah kepada apa yg dikatakan oleh si shila ni pada malam tu… ni siap boleh tanya status bagai and tag si shila ni… siapa pulak nak hack cerita macam tu??? come on lah… u can fool all da people some of the time, and some of the people all the time, BUT u cannot fool all the people all the time.”
Disebabkan sikap Sharnaaz yang panas baran dan cemburu tidak kena tempat, ada juga peminat yang meluahkan rasa kasihan kepada Shila kerana terpaksa menahan sikap tidak profesional cinta hatinya itu.
Berikut adalah komen dari pembaca yang telah penulis alih bahasa:
“Saya tidak boleh bayangkan sekiranya mereka berdua akan bersama (berkahwin) dalam masa terdekat atau nanti. Sharnaaz seperti panas baran dan Shila sangat ‘buta’ untuk melihatnya. Mungkin Sharnaaz adalah cinta pertamanya? Allahualam. Sharnaaz, tolonglah berlembut kadang-kadang. Shila, dia sangat baik tetapi rapuh dan lemah.”
Nampaknya, isu memuat naik status di laman Twitter menyebabkan Sharnaaz menerima pandangan yang tersangat negatif.
Apa-apa pun, hanya Sharnaaz yang tahu kebenaran di sebalik kata-katanya.
Wallahua’lam.
Oleh: SORAYA IMAN
Labels:
Artis Bercinta,
Artis Gaduh,
Artis Malaysia,
Sharnaaz Ahmad,
Shila Amzah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment