Friday, 25 December 2009

Melly Goeslow Dituduh Curang, Perampas Suami Orang


RUMAH TANGGA Melly Goeslow dikhabarkan sedang bergoncang setelah komposer dan penyanyi ini dituduh curang dengan suami orang.
Seorang ibu beranak tiga, Masnawati atau Wati mengaku isteri Anto Hoed itu menjadi penyebab penceraiannya dengan Enjang Hasan Kurnia.
Wati berkata, dia diperkenalkan kepada Melly sekitar bulan puasa dua tahun lalu semasa proses menyiapkan albumnya.
”Mulai dari situ, kami menjadi rapat dan saling membantu. Melly juga pernah meminta bantuan saya dan suami tentang surat saman kenderaannya,” kata Wati ketika di temuramah di Jakarta Selatan semalam.
Hubungan rapat di antara ketiga-tiga mereka akhirnya telah menimbulkan rasa curiga ke atas diri Wati sendiri. Ini kerana ketika Enjang masih bergelar suaminya, lelaki itu sering mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) romantik kepada Melly.
”Sehingga saya menghidu keganjilan antara suami saya dan Melly. Suami saya mengaku bahawa dia mengagumi Melly dan dari situ dia sering berhubung dengan Melly menerusi SMS, internet dan saling mengungkapkan kata-kata romantik,” jelasnya.
Wati menegaskan dia tidak takut sekiranya isu ini dilaporkan kepada pihak polis sebaliknya mendesak Melly mengaku ‘drama curang’ itu.
Wati berkata, dia pernah memberi amaran kepada Melly agar berhenti daripada memikat suaminya. Namun usaha itu hanya sia-sia apabila Melly meneruskan hubungan terlarang itu
“Dari situ, saya sering digertak oleh Melly dan suami sehingga akhirnya diceraikan pada November 2008 tanpa alasan yang kukuh,” kata Wati lagi.
Sebelum bercerai, Wati dituduh berlaku curang dan pernah dipukul oleh suami yang dinikahinya selama 12 tahun itu.
“Bayangkan, saya dan tiga orang anak hanya diberi nafkah Rp 1,750,000 sebulan. Malah bekas suami saya ingin mengambil hak penjagaan anak daripada saya sekarang,” tuturnya.
Dengan menghebahkan isu curang itu, Wati berharap Melly mengakui kesalahannya dan dirinya mendapat hak penjagaan ketiga-tiga anak itu.
“Saya berdiam diri selama setahun kerana tidak mahu dikatakan cuba mencemar nama Melly. Saya hanya ingin berhadapan dengan bekas suami dan Melly.
“Saya merayu kepada pihak polis dan pihak tertentu agar tidak melihat masalah ini pada sebelah pihak. Saya ingin Melly mengakui kesalahannya dan hak penjagaan anak berada di pihak saya,” jelasnya.
Daripada pengakuannya, Wati memang tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mengatakan suaminya curang dengan Melly. Dia menduga suaminya curang berdasarkan SMS lelaki itu dengan Melly.
Wati juga tidak takut jika tuduhannya itu berakhir di meja pengadilan.
“Saya tidak takut dilaporkan oleh Melly, dia harus bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya,” tegasnya.
Menurut maklumat dari Suruhanjaya Polis Indonesia, Enjang Hasan Kurnia pernah bertugas di Markas Besar Polis Republik Indonesia. Sekarang Enjang bertugas di Polda Jawa Barat sebagai Ketua Bahagian Pengendali Peronel Biro Personel Polda Jabar.

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...