Tuesday, 3 August 2010

Kerjaya Luna Maya Hancur Sekelip Mata


Wajah jelita Luna Maya sebelum dilanda kes video lucah bersama kekasihnya Ariel.
KES video lucah yang melibatkan Luna Maya memberi impak yang sangat besar terhadap kerjaya artis cantik ini.
Sejak video tersebut tersebar ia sangat memberi kesan negatif kepada kontrak-kontrak yang melibatkan pekerjaan kekasih Ariel ini. Malah beberapa kontrak iklan Luna Maya dibatalkan tanpa sebarang budi bicara.
Sebelum kes video lucah tersebar, Luna Maya merupakan antara artis yang paling laris sebagai model iklan, pengacara tv dan juga bintang filem. Beberapa produk ternama pernah menjadikan wajah cantiknya sebagai jurucakap kepada produk mereka seperti XL, Lux dan juga Toshiba.
Selain menjadi bintang iklan, Luna juga dikenali dengan program televisyen popular Indonesia berjudul Dahsyat dengan bayaran yang agak lumayan.
Wajahnya yang mengelak dari dirakam oleh lensa kemera
Bukan itu sahaja, Luna juga sibuk menjadi sibuk mendapat tawaran di program-program televisyen lain seperti The Promotor dan sebagainya. Manakala dia juga terpilih menerajui beberapa buah filem sepanjang tahun lalu.
Namun begitu, apabila video lucahnya dan Ariel mula tersebar dan sampai ke pihak berkuasa, kerjaya jelitawan ini mulai merundum.
Beberapa produk iklan yang menggunakan wajahnya telah menamatkan kontrak secara serta merta. Manakala program Dahsyat turut menyingkirkan Luna dan menggantikannya dengan Astrid Tiar. Pihak produksi program itu mengambil keputusan selepas Luna menjadi disahkan menjadi tertuduh dalam kes tersebut.
Luna masih mengukir senyuman biarpun berat untuknya berhadapan dengan masalah itu
Kini, wajah Luna memang sudah jarang keluar di kaca tv melainkan berita tentang perkembangan kes tersebut yang juga melibatkan pengacara tv, Cut Tari.
Sebelum ini, ada khabar menyatakan Luna Maya bakal keluar dengan single terbarunya yang berjudul Tak Bisa Bersamamu ciptaan Pasha Ungu. Video klip lagu ini sudah dibuat dan diarahkan oleh penyanyi Tompi. Tetapi malangnya ia tidak diterima oleh mana-mana stesen televisyen Indonesia.
Banyak perubahan yang terjadi pada Luna Maya sejak kes video itu terjadi bukan sahaja menjadi bahan utama media Indonesia malah media dari luar negara.
Melalui rakaman terbaru Luna ketika ketika hadir untuk penyiasatan oleh pihak berkuasa, dia kelihatan lebih kurus dan tidak bermaya seperti selalu. Wajahnya juga kelihatan pucat tanpa sebarang solekan.-mstar

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...