Wednesday, 16 November 2011

Gambar Posing Maut: Zarina Anjoulie Lavocah Akui Terima Bayaran RM10,756



KUALA LUMPUR – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan telah menerima bayaran lumayan sebanyak AS$3400 (RM10,756) dari majalah hiburan terkenal negara jiran, FHM Indonesia untuk bergambar bagi majalah tersebut pada edisi Oktober yang lalu.
Menurut laman web hiburan terkenal, Oh! Artis.com, Zarina menerima tawaran tersebut kerana dia sememangnya meminati sesi ‘photoshoot’.
“I (saya) memang sukakan photoshoot (sesi bergambar),” katanya kepada laman web hiburan tersebut.
Sebuah lagi laman web hiburan popular, Mediahiburan.com.my yang mendapatkan pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu secara eksklusif memberitahu bahawa Zarina bergambar seksi di majalah tersebut untuk mencari rezeki menampung kos sara dirinya.
“Saya perlu mencari duit untuk menanggung perbelanjaan hidup saya dan tawaran daripada majalah itu adalah satu cara untuk saya membuat duit,” kata Zarina kepada laman web tersebut.
Menurut Zarina lagi, dia tidak menyembunyikan perkembangan aktiviti seninya dan mendakwa pernah memberitahu sesi pergambaran tersebut kepada peminatnya melalui laman sosial Twitter miliknya.





“Saya tidak pernah menyorokkan hal ini daripada peminat saya. Peminat di Twitter tahu mengenai perkara ini lama sebelum hal sebenar tersebar,” jelas aktres itu yang sedang ditemui media di majlis pelancaran filem terbarunya, ‘Khon Malay’.
Di sebalik pelbagai kontroversi hangat yang sedang melanda dirinya, Zarina melahirkan rasa syukurnya apabila terpilih sebagai pelakon utama filem tersebut dan berterima kasih kepada pihak produksi yang masih mempercayai bakat lakonan yang ada padanya.
“Saya berasa bersyukur kerana masih mampu mencari rezeki di dalam bidang ini. Walaupun banyak terima penghinaan, ada pihak produksi yang masih percaya bakat yang ada pada saya. Betul kata ibu, doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan tuhan,” katanya di laman web hiburan yang sama baru-baru ini.
Mengakui pernah melakukan banyak kesilapan sebelum ini, Zarina turut menjelaskan bahawa dia rasa lebih selesa dengan dirinya sekarang dan tidak perlu berpura-pura lagi berhadapan dengan peminat industri hiburan tanahair.
“Saya akui, dahulu saya pernah melakukan kesilapan dan kerana kesilapan lalu, saya dihukum sehingga ke hari ini dan apa sahaja yang saya lakukan akan mendapat kutukan dan hinaan. Kini, saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri dan tak perlu berpura-pura lagi,” katanya lagi.


0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...