Wednesday, 22 February 2012

Al-Fatihah!! Anak Amir Ukay’s Meninggal Dunia



Penyanyi, Amir Ukay’s kehilangan anak lelakinya, Muhammad Imran,15, berikutan masalah kompilasi jantung yang dihidapi sejak kecil.

Menurut Amir, anaknya menghembuskan nafas terakhir waktu solat Maghrib semalam, ketika dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles, Ampang.

“Saya tidak sangka dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun saya redha dengan pemergiannya," katanya.

Jelas Amir, Imran menetap bersama ibu mertuanya sejak dia bercerai dengan isterinya pada 2006.

“Kali terakhir saya berhubung dengan arwah, empat hari lalu.

"Ketika itu Imran ingin memberi tahu nombor telefon bimbitnya yang baru,” katanya.

Amir berkata, sepanjang hayat, arwah pernah menjalani tiga kali pembedahan kerana masalah jantung.

Tambah Amir, semasa arwah kecil, doktor pernah memberitahu penyakit Imran agak kompleks dan tidak ada penawarnya, malah bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan.

Malah dia sering berdepan masalah kesihatan tidak menentu.

“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan,” ujarnya yang turut memberitahu bekas isterinya berada di London di saat putera kesayangan mereka meninggal.

Jenazah anaknya dikebumikan malam tadi di Masjid Attaqwa Taman Tun Dr Ismail.

Sementara itu, vokalis kumpulan Ukay’s yang terkenal dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, ini turut mempunyai seorang lagi anak yang merupakan saudara kembar Imran.
Oleh:Wartawan Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...