Tuesday, 21 February 2012

Penyanyi Dan Pelakon Wan 'Shades' Dituduh Rogol Anak Tiri

Wan Shades

KUALA LUMPUR  – Penyanyi dan pelakon, Mohamad Faizal Mohd Ali, 38, atau di kenali sebagai Wan Shades telah membuat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana semalam selepas dituduh melakukan serangan seksual iaitu merogol anak tirinya.
Wan terkena ‘tempias’ fitnah itu berhubung dengan isu seorang ‘pelakon buas’ yang dilaporkan baru-baru ini dalam sebuah akhbar tempatan telah bertindak liar dengan merogol dan melakukan serangan seksual terhadap anak tiri sendiri.
Malah, nama Wan juga semakin di sensasikan oleh sebuah blog gosip hiburan yang meletakkan diri pelakon dan penyanyi bekas kumpulan Shades itu sebagai suspek utama dalam kes jenayah rogol tersebut.
Namun, Wan telah tampil memberikan maklum balas berhubung isu itu dan menafikan bukan dirinya sebagai suspek yang melakukan serangan seksual itu dan melihat fitnah itu adalah tidak berasas memandangkan dia masih lagi belum berkahwin.
Selain itu, Wan juga terkejut dengan fitnah tulisan dari blog gosip tersebut yang telah menjatuhkan maruah dan memburukkan nama serta kredibilitinya yang memegang jawatan penting dalam Pertubuhan Silat Seni Gayung.
“Tuduhan palsu itu menjatuhkan maruah saya yang kini aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan. Kerana fitnah blog itu, ramai pihak menunding jari dan memarahi saya hingga menjatuhkan maruah sebagai artis dan memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.

Kumpulan Shades (Wan duduk paling depan) 


“Saya terkejut selepas melihat dakwaan itu selain mendapati peminat dan orang ramai memberi kata-kata negatif hingga menjatuhkan maruah. Saya akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk saman malu terhadap penyebar fitnah,” kata Wan Shades yang diambil dari blog gosip Beuatifulnara.com.
Semalam, seorang penyanyi kumpulan R&B yang terkenal suatu ketika dulu dikatakan telah ditahan reman kerana disyaki merogol anak tirinya sendiri.
Dalam kes jenayah tersebut, butiran diri tentang pelakon yang melakukan ‘aksi’ tersebut masih tidak diketahui memandangkan polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...