Monday, 27 February 2012
Filem ‘Azura 2012’ Gagal Kutip Keuntungan
KUALA LUMPUR-Filem ‘Azura 2012’ hasil arahan pengarah ternama, Aziz M. Osman yang menampilkan pelakon muda, Shahrizal dan Neelofa ternyata tidak mendapat pulangan yang setimpal dengan segala perbelanjaan pembikinan filem itu.Filem itu yang merupakan asal lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud pada suatu ketika dahulu memang menjadi kegilaan ramai tetapi tidak mendapat sambutan meskipun banyak menggunakan Paris sebagai lokasi utama.
Dalam filem itu, Aziz telah mengeluarkan kos pembikinan sebanyak RM1.8 juta tetapi kutipan keuntungan hanyalah sebanyak RM0.61 juta, tiga kali lebih rendah dari kos produksi.
Ramai yang beranggapan walaupun Aziz mengetengahkan pelakon terkenal seperti Shahrizal dan Neelofa untuk mendukung watak utama, kedua-dua pelakon itu dikatakan gagal untuk menghayati watak dan tidak mampu memberikan impak emosi kepada penonton.
Menerusi komen penonton di lama blog hiburan Oh Bulan!, seorang peminat telah memberikan komen mengenai jalan cerita itu yang dikatakan ‘kosong’ dan tiada apa-apa keistimewaan.
“Aku baru jer lepas tgk filem ni semalam. maaf cakap lah yer. filem ni “hampeh” !!. sungguh kecewa dgn kualiti nya. buang duit tgk cerita ni.!! masa aku keluar dari panggung, ramai yg dok kutuk filem ni. — jalan cerita “kosong” . kalau setakat nak cerita org kaya, org miskin. dah bayk kat drama2 tV. kekuatan cerita nya HANYA TERLETAK PADA PELAKON DAN PENGAMBARAN DI LUAR NEGARA. itu sahaja. maaf yerr.. kalau terkasar bahasa. kalau nak lebih pasti korang p laa tgk cerita ni.” – rocklaundry
Lebih memburukkan keadaan lagi, kutipan jualan filem tersebut juga dikemas kini dari laman rasmi Finas di mana filem garapan baru Aziz itu hanya berjaya mengutip sebanyak RM0.93 juta pada pada 20 Februari lalu.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment