Sunday, 11 December 2011
Gambar Suami Penyanyi Jazz Popular Noryn Aziz
KUALA LUMPUR: Inilah antara aksi bahagia penyanyi jazz popular Noryn Aziz bersama suaminya, AR Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah iaitu seorang arkitek terkenal yang juga merupakan seorang kerabat diraja negeri Terengganu.Gambar-gambar ini dirakamkan ketika pasangan bahagia ini menghadiri majlis fesyen majalah Glam dan Glam Lelaki di Zebra Square, di sini baru-baru ini.
Raja Bahrin Shah dan Noryn Aziz yang sempat didekati oleh Detektif Stailista telah berbesar hati memberi keizinan bagi menayangkan gambar mereka berdua sepanjang majlis berkenaan, malah tidak menganggap ianya sebagai masalah.
Pada majlis itu, Raja Bahrin Shah telah dinobatkan sebaga salah satu antara sepuluh lelaki paling gaya menerusi penghargaan Malaysia's Most Stylish Men rf2011 majalah Glam Lelaki, disamping penyampai berita TV9, Amin Hayat Abd Rahim dan Pengurus Pelaburan, Erwin Azizi.
Sementara itu Noryn Aziz yang cukup jelita dengan persalinan daripada Farah Khan telah memeriahkan acara berkenaan dengan paduan beberapa lagu sebagai mengubat rindu peminat yang sudah lama tidak mendengar nyanyiannya.
Mereka tampak gembira dan cukup terbuka dengan kemunculan bersama di majlis berkenaan bermula dari acara permaidani merah sehinggalah tamat acara yang telah dihadiri ramai selebriti , pengamal fesyen dan tidak ketinggalan pembaca setia dua majalah berkenaan.
Malah Noryn Aziz dalam nada gembira berkata, bahawa dia akan mengadakan konsert solonya di lokasi fesyen berkenaan pada Februari ini dan mengharapkan sokongan tidak berbelah bagi daripada peminat serta rakan media.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment